May 19, 2020

Bagaimana @AnnuarMusa Boleh Memanfaatkan RM150 Juta nilai lot di Berjaya Times Square



Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, lot bernilai RM150 juta yang diperolehi DBKL sebelum ini ingin ditawarkan khusus untuk anak-anak muda Bumiputera untuk berniaga oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Untuk memaksimakan impak terhadap inisiatif ini, saya pernah mencadangkan di artikal sebelum ini perancangan untuk menjadikan lot ini sebagai zon khusus seperti mana zon Marrakesh dan Zon Asian Avenue di Sunway Pyramid agar usahawan Bumiputera ini dapat dinaiktaraf sebagai usahawan antarabangsa.
(Ruj: https://truthvaccine.blogspot.com/2020/05/rm150-juta-dan-berjaya-times-square.html)

Usaha yang seterusnya bagi memastikan inisiatif ini berjaya, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) perlu lakukan usahasama bersama kementerian-kementerian lain terutamanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

May 17, 2020

RM150 juta dan Berjaya Times Square: Antara Tuduhan Jahat dan Fakta Sebenar.




Penyokong PH tegar ketika ini sedang mencari apa jua kesalahan yang dilakukan oleh Kerajaan PN termasuk memutar belit fakta dan memainkan persepsi jahat dan berpihak atas apa jua inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan PN.

Salah satunya pemberitaan seperti di atas iaitu menuduh dengan sengaja bahawa YB Tan Sri Annuar Musa memberi RM150 juta kepada Berjaya Times Square untuk membantu bumiputera meniaga. Sekiranya dilihat kepada kenyataan tersebut sudah tentu tidak ada salahnya, tetapi apabila digabungkan dengan sentimen memberi RM150 juta kepada Berjaya Time Square yang merupakan milik Vincent Tan maka persepsi jahat cuba diwujudkan termasuk menyoal mengapa tidak digunakan dana itu untuk membantu Bumiputera beriniaga di tempat lain seperti di tempat sendiri, menyoalkan apakah hubungan Tan Sri Annuar Musa dengan Vincent Tan dan sebagainya.

Manusia seperti ini yang berjiwakan PH memang sengaja ingin menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan PN dan khususnya kepada pemimpin UMNO.

May 15, 2020

Gelandangan di Kuala Lumpur. Sampai Bila?



Setiap kali saya ke KL mesti ada sekurang-kurangnya sekali saya akan melihat golongan gelandangan di jalanan. Kejadian gelandangan ataupun homelessness ini merupakan satu kebiasaan di kota-kota besar di dunia dan sudah tentu Malaysia tidak terlepas dengan kejadian ini.
Individu boleh menjadi gelandangan akibat daripada pelbagai perkara. Antaranya adalah seperti faktor ekonomi seperti kekurangan rumah mampu milik, kemiskinan melampau, tidak mampu membayar sewa rumah, dan pengangguran. Ada juga yang jadi gelandangan akibat faktor sosial, perceraian, lari daripada rumah, ketua keluarga yang sakit atau meninggal dunia dan bekas banduan yang baru dibebaskan daripada penjara.
Bagi saya, golongan gelandangan ini mudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Mereka sering dijadikan sasaran bagi pelbagai sindiket jenayah termasuk mencuri, mengemis, pengedar dadah dan sebagainya. Begitu juga dengan ancaman wabak penyakit, lebih-lebih lagi COVID19 yang sedang tersebar ketika ini.

May 9, 2020

Datuk Bandar Kuala Lumpur Sengaja Sabotaj Menteri Wilayah Persekutuan?

 

DUA KENYATAAN BERBEZA!

Apa yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin di atas?

YB Tan Sri Annuar Musa, selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pub dan restoran yang menghidangkan minuman keras TIDAK dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuatkuasa.

Selang sehari selepas tu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan pula mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan apa yang telah diarahkan oleh Menteri Wilayah.