Mar 10, 2013

#LahadDatu #SamanKami : Terdesak, Akhirnya @TianChua Salahkan Laman Berita Rasmi PKR Sendiri!


1. Kenyataan Tian Chua yang diterbitkan di Laman Berita Rasmi Parti Keadilan Rakyat, KeadilanDaily, pada 1 Mac 2013 tempoh hari akhirnya menjadi kambing hitam kepada Tian Chua.

2. Naib Presiden PKR itu telah dengan tidak tahu malu, menyalahkan lidah rasmi parti itu sendiri yang mengolah kenyataan beliau.

3. Sekiranya kenyataan pemimpin parti sendiri pun KeadilanDaily boleh olah, apatah lagi berita-berita atau kenyataan-kenyataan dari Barisan Nasional.


4. Inil secara langsung telah membuktikan bahawa integriti laman berita ini telah musnah sama sekali dan langsung tidak boleh dipercayai.

5. Inilah hakikat sebenar yang telah ditunjukkan kepada penyokong PKR sendiri yang mengutamakan sumber dari laman tersebut.

6. Perlu diingat bahawa modus operandi yang diamalkan oleh KeadilanDaily ini dipelajari daripada portal berita pro-pembangkang yang terdahulu seperti MalaysiaKini, Harakah dan yang lain-lain.

7. Turut membuktikan bahawa secara dasarnya, media pro-pembangkang ini tidak mempunyai integriti dan mengamalkan perbuatan 'mengolah' kenyataan-kenyataan. (Facts Distortion)


8. Sekiranya benar Tian Chua hendak mempertahankan maruah beliau yang beliau sendiri dakwa diolah oleh KeadilanDaily maka beliau wajib menyaman portal berita ini sendiri.

9. Jika tidak, nampaklah sikap tidak profesional PKR kerana Utusan dan TV3 berkobar-kobar DS Anwar untuk saman, termasuk dengan wartawan jika "ulang soalan", tetapi apabila terkena kepada media sendiri, adakah sanggup melakukan perkara yang sama.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

1 comment:

Yakuzakie Jitsu said...

xdak yg nak spin ka isu ni? hehehehehe