1. Ramai Mahasiswa kini yang terperangkap dengan DS Anwar Ibrahim.
2. Malah ada yang sanggup melancarkan "Free Anwar 901".
3. Malang bagi mereka kerana tidak kenal siapa DS Anwar Ibrahim yang sebenarnya.
4. Ingin saya singkap sebuah kisah benar dari seorang hamba Allah yang mempunyai pengalaman secara langsung dengan DS Anwar Ibrahim.
5. Sahabat saya ini sekarang sudah menjangkau 60-an dan kini sedang uzur. Doakan kesihatan beliau.
6. Kisahnya bermula seawal tahun 1981.
7. Saya ceritakan kisah ini dari perspektif sahabat saya ini, sama seperti yang beliau ceritakan kepada saya.
8. Selaku Presiden ABIM Anuar menjadi seorang ahli panel bagi satu forum dalam "Seminar in Checking for Appropriate Element of Cultures in Modern Life," (lk) anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Okt. - 2hb.Nov 1981.
9. Hamba sendiri adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar tersebut.
10. Kami diletakkan di asrama yang sama.
11. Pada 1hb. November sebelah malam hamba dijemput oleh seorang sahabat untuk ke bilik Anwar Ibrahim.
12. Anwar ketika itu tinggal bersama seorang orang kuat ABIM yang kemudian menjadi seorang ADUN di Selangor.
13. Hamba pun datang dengan seorang pegawai yang tinggal sebilik dengan hamba. Jadi berlima semuanya yang hamba ingat.
14. Selepas perbincangan ringkas Anwar memaklumkan bahawa:
"Yang kita mahukan cuma 3 perkara iaitu:
a. Pangkat dan Kedudukan
b. Kuasa dan
c. Wang yang banyak, yang tak boleh habis."
15. Hamba terngaga diam dan Anwar menyambung
"Untuk mencapai ketiga tiga sekaligus adalah mustahil tetapi salah satu boleh dicapai dahulu
Pangkat dan kedudukan boleh dengan mudah dicapai dahulu"
"Boleh ke?" hamba menyampuk.
"Mudah"
"caranya juga ada 3" sambil mengangkat 3 batang jarinya dan terus membilang:
"Cara yang Pertama ialah EVOLUSI, kita dah buat dah ni. Tengoklah kita bergerak dalam Abim. Dah berapa lama dah sejauh mana yang kita capai. Dengan you all juga bergerak cara you; banyak mana yang dapat dicapai
Cara yang kedua ialah REVOLUSI. cara ini merbahaya, mungkin tak dapat dicapai langsung. Kalau kita kena tangkap, kena penjara, terbunuh dan sebagainya.
Tetapi ada cara yang ketiga yang tidak pernah dibicarakan orang dimana mana pun. Saya pun dah merujuk dengan kawan2 disekeliling dan diluar negara pun. Inilah cara yang terbaik. Caranya ialah MENYUSUP MASUK DALAM SALURAN KUASA YANG SEDIA ADA.
Tetapi kita mesti sampai ke puncak. Dengan apa cara pun"
16. Ketika itu barangkali beliau sedar raut muka hamba sudah berubah. Langsung hamba bertanya lagi; "Boleh ke ?"
Pantas beliau menjawab; "Mengapa tidak. Tapi kita semua kena satu rap masuk. Masing2 punya cara dengan masing2 punya saluran dan masing2 punya tempat; you di tempat you; you di xxxxx" giliran jarinya menunjuk ke arah hamba, beliau menyebut daerah hamba.
17. Terkejut hamba dari mana beliau tahu; kami tak berkawan pun.
18. Sampai di situ hamba pun memohon diri dengan berkata "Sorrylah saya tak campur you all carry onlah" dan terus beredar.
19. Selang beberapa minit pegawai yang mengiringi hamba buru2 datang dan cuba memujuk. "Hal besar ni" katanya.
20. Kesian kat pegawai yang masih muda itu tak semena mena kena sergah kat hamba dengan istilah yang besar. Terkebil2 dan tak terjawab dia.
Tamat Episod I
Tamat Episod I
No comments:
Post a Comment