Mar 15, 2016

[Lagi Gambar] UIA Halalkan Clubbing Untuk Selamatkan Syed Saddiq. @OfficialIUM @DrMizamHitam


Saya berasa amat kecewa dengan kenyataan Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyebut perbuatan pelajarnya sendiri, Syed Saddiq berpesta di kelab malam yang bergelimpangan dengan arak dan gadis seksi dianggap sebagai hak peribadinya sendiri. Kira-kiranya Rais tidak melihat perkara ini sebagaimana saya melihatnya.

Rais,

Rais perlu sedar bahawa kegiatan pelajar Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia ini memasuki kelab malam bukanlah pada waktu lapang mereka. Mereka menyertai satu program di mana terdapat minuman keras dihidangkan merata-rata, gadis berpakaian menjolok mata dan melakukan aktiviti yang dianggap tidak bermoral (seperti gadis perlu menyedut minuman keras dari celah kelangkang lelaki, t-shirt perlu dibuka menggunakan hanya mulut sahaja dan lain-lain).

Syed Saddiq telah berpesta di sebuah kelab malam bernama Palladium pada 26 Mei 2013 ketika menyertai pertandingan debat UADC 2013 di Manila, Filipina. Syed telah berpesta pada satu tempoh masa perjalanannya ditaja oleh UIAM sendiri menggunakan duit UIAM sendiri yang sebahagiannya diberikan oleh kerajaan melalui duit yang dikutip daripada pembayar cukai. Duit tersebut seharusnya dibelanjakan oleh UIAM untuk tujuan yang disebut di dalam visi UIAM sendiri dan bukannya untuk membiayai satu pesta arak dan gadis yang berpakaian seksi.

Rais,

Rais ada sebut bahawa perkara ini tidak ada di dalam peraturan Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia. Saya ingin mengingatkan Rais tentang 'IIUM Students' Discipline Rules 2004'. (Klik di sini untuk salinan).

Di dalam peraturan disiplin pelajar ini, telah dinyatakan beberapa perkara yang jelas telah dilanggar oleh Syed Saddiq apabila dia memasuki dan berpesta di kelab malam tersebut.





Jika dilihat kedua-dua gambar di atas, Syed telah melanggar peraturan 29 (iii) iaitu memeluk individu yang bukan mahram baginya. Ingin saya tekankan bahawa saya ingin menunjukkan kepada Rais, seorang pelajar di universitinya telah melanggar peraturan yang ditulis oleh UIAM sendiri.

Pelajar Rais merupakan wakil pendebat daripada sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan label ISLAM. Sudah tentu tanggung jawab sebagai pelajar yang mewakili institusi sebegini adalah untuk membawa nama baik ISLAM itu sendiri. Perbuatan tidak bermoral ini perlu mendapat perhatian yang serius terutamanya dari Rais sendiri dan juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Mizan Hitam.

Sekiranya ini mesej yang diberikan kepada pelajar UIAM, maka menjadi satu malu yang teramat besar bagi seluruh rakyat negara ini termasuk di luar negara akan sebuah institusi yang kononnya mendokong asas ilmuan ISLAM.




No comments: