Mar 14, 2016

[LAGI GAMBAR] Isu Bukan Tentang Syed Saddiq Sahaja, Tetapi Polisi UIAM Juga. @OfficialIIUM

[GAMBAR DI AKHIR ARTIKEL]

Ramai yang terkeliru dengan pendedahan saya tentang aktiviti 'Clubbing' seorang pelajar UIAM yang memasuki Kelab Malam sewaktu menyertai program debat peringkat Asia di Manila.

Seperti penulisan saya yang lepas, saya mengutarakan soalan kepada Univerisiti ISLAM Antarabangsa Malaysia yang membenarkan pelajarnya untuk masuk ke Kelab Malam Palladium, Manila untuk berpesta dengan gelimpangan botol arak, perempuan berpakaian seksi dan sebagainya seperti mana yang berlaku di mana-mana kelab malam.

Syed Saddiq, ketua kepada Challenger bukanlah sesiapa pun untuk saya dedahkan atau malukan atas kerana maksud politik.

Tetapi terdapat dua sebab mengapa saya mendedahkan perkara ini.

Yang pertama, Syed antara ikon yang mudah dikenali mewakili Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia dan Syed juga merupakan seseorang yang berstatus pelajar yang pergi ke Manila atas tiket program rasmi debat dan seolah-olah mendapat 'keizinan' pegawai pengiring Universiti untuk masuk ke dalam sebuah Kelab Malam bernama Palladium.

Yang kedua, pendirian liberal kumpulan yang menyokong Tun M dan pembangkang harus dipandang berat. Motif Syed Saddiq yang mahu 'menyelamatkan negara' juga harus dipersoalkan. Syed juga memuat naik gambar bersama pemimpin gerakan liberal di dalam negara dan menggelarkan mereka 'heroines'. Pejuang bagi dirinya.

Pendedahan ini penting bagi menyedarkan rakyat Malaysia tentang siapakah Syed Saddiq yang sebenar agar mereka tahu siapa yang mereka sokong.

Persoalannya, Syed Saddiq mahu selamatkan negara daripada apa?

Hendak menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang tidak memandang ringan terhadap tuntutan agama? Bebas untuk melakukan apa-apa sahaja atas pegangan individu dan bukannya komuniti?

Jangan lupa ada antara 'heroines' Syed Saddiq merupakan pejuang COMANGO yang menuntut hak samarata antara agama dan memperjuangkan golongan LGBT yang ditentang keras oleh semua agama.

Walau bagaimanapun, saya ingin memfokuskan isu saya kepada tindakan pegawai pengiring dan Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia yang mengizinkan pelajar di bawah program tajaan UIAM untuk masuk ke sebuah kelab malam.

Saya ingin kembali mengulangi soalan saya kepada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia tentang pelajar universiti mereka yang DIBENARKAN untuk masuk ke sebuah kelab malam:

1. Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam?

2. Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia? 

3. Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya?

Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?

Saya dedahkan lagi gambar-gambar yang berlaku di dalam Kelab Malam Palladium sewaktu pelajar UIAM berada di Kelab Malam Palladium yang mana ada antaranya terdapat gambar Syed Saddiq.
















1 comment:

Wan Jooria Hood said...

Syed muhasabah la diri dulu sebelum sibuk nak "perbetulkan"/"menyelamat" negeri(in the first place nak selamatkan malaysia dari apa? kezaliman BN? Najib? R u sure they were zalim? Read more n analyse instead of blindly agree w accusations