Oct 20, 2015

Tok Pa Bakal Jawab Soalan Tentang #TPPA di Parlimen Hari Ini.

1. Banyak kekeliruan yang timbul akibat daripada penipuan Pembangkang tentang TPPA.
2. Ia ditambah lagi dengan serangan puak Pro-Tun yang ingin menggunakan isu ini untuk menjatuhkan kepimpinan Dato' Sri Najib Razak.
3. Namun ramai yang tidak tahu tentang asas kepada TPPA sehinggakan ramai yang menuduh ini adalah konpirasi Yahudi melalui US untuk menakhluki Malaysia melalui perjanjian ekonomi.
4. Kononnya negara akan tergadai akibat daripada perjanjian ini.
5. Namun, apa yang pasti, perjanjian ini bukanlah dimulakan oleh US tetapi oleh Brunei dan New Zealand.
6. Pada hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapha Mohamed akan menjawab soalan lisan oleh MP Bagan Serai mengenai TPPA yang dijadualkan pada 10.05 pagi ini.
 7. Sebelum itu, antara fakta TPPA yang perlu anda ketahui:

Jun 9, 2015

Apa Akan Terjadi Jika DS @NajibRazak Turun Program #NothingToHide ?



1. Seperti semua sedia maklum, keputusan pihak polis memaklumkan urusetia agar Program Dialog PM Bersama NGO bertemakan Nothing To Hide dibatalkan mendapat reaksi yang negatif terhadap imej DS Najib Razak.

2. Namun begitu, ramai yang tidak faham akan apakah implikasi sekiranya DS Najib Razak tidak menghiraukan nasihat polis dan turun ke program tersebut.


Mar 13, 2015

#DebatGST: Siapa Menang? @LokmanAdam ataupun @RafiziRamli?



1. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menang perdebatan mengenai GST di UM tempoh hari?

2. Sudah tentu penyokong pembangkang akan mengatakan bahawa Rafizi menang dan sudah tentu juga penyokong kerajaan akan berpihak kepada Lokman Adam.

3. Namun, debat yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang seperti mana semua sedia maklum merupakan pelajar dari aliran Pro-Mahasiswa yang condong ke arah pembangkang.

4. Dan dewan kuliah tempat perdebatan itu berlaku pula sudah tentu dipenuhi dengan pelajar dari aliran tersebut dan kebanyakan daripada mereka datang dari UIA dan UKM.

5. Tetapi yang atas pagar dan penyokong kepada aspirasi negara juga turut hadir dalam jumlah yang tidak boleh diperkecilkan.

6. Kembali kepada persoalan siapa menang, siapa kalah.

Jan 29, 2015

#DatumJelatek : Peminggiran Orang Melayu Secara Strategik oleh DAP



1. Projek Datum Jelatek yang bermula dari zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan diteruskan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu ini, YB Azmin Ali merupakan satu strategi jahat DAP untuk menempatkan kaum Melayu keluar daripada kawasan bandar.

2. Seperti mana yang berlaku di Singapura dahulu dan baru-baru ini di Pulau Pinang, rakyat Selangor di bawah kuasa Pakatan Pembangkang bakal melaksanakan strategi jahat ini sekali lagi melalui projek Datum Jelatek.

Bagaimana Pengasingan Strategik Ini Dilakukan?

Jan 8, 2015

Reaksi Terhadap 'Pasukan Impian' UMNO Selangor




1. Bulan lepas saya ada menaikkan satu artikel yang mengulas poster Transformasi Kepimpinan UMNO Selangor.

2. Sejak daripada itu, saya telah menerima komen, kritikan dan juga kecaman dari pelbagai pihak di UMNO Selangor melalui laman Facebook saya.

3. Jelas melalui reaksi tersebut, saya cuma akan mengulas beberapa komen yang 'masuk akal' dan boleh diterima untuk kebaikan UMNO Selangor itu sendiri.