Feb 2, 2013

#AnwarHipokrit : Bila @AnwarIbrahim Berpesan Kepada @NajibRazak Jangan Politikkan #Gaza



1. Keadilan Daily pada 1 Februari telah mengeluarkan kenyataan DS Anwar Ibrahim yang bertajuk 'Jangan Jadikan Lawatan Najib Ke Gaza Gimik Politik'.

2. Di sini sahaja sudah cukup untuk menampakkan betapa hipokritnya kenyataan DS Anwar Ibrahim ini.

3. Apanya tidak, sekiranya dibandingkan dengan lawatan Najib ke Gaza dan lawatan Hamas ke Pejabat PKR, yang manakah lebih bersifat politikal?


4. Sepanjang lawatan DS Najib ke Gaza tidak kelihatan satu pun bendera UMNO ataupun Barisan Nasional berkibaran di Gaza. Yang ada cumalah bendera Malaysia sahaja yang megah berkibar bersama bendera Palestin.


5. Lawatan Hamas ke Pejabat PKR pula, terang-terangan dilihatkan bendera PKR sebagai 'backdrop' serta pemberian 'mock-check' yang besar berjumlah USD 700,000 .

6. Adakah itu tidak cukup politikal lagi, DS Anwar Ibrahim?

7. Lawatan DS Najib Razak ke Gaza membawa nama Malaysia dan juga sumbangan yang diberikan lebih daripada apa yang PKR mampu berikan. Tetapi tidak pula kita lihat DS Najib memberikan 'mock-check' yang besar untuk diambil gambar semasa di Gaza.

8. DS Najib semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi telah banyak kali menghantar bantuan kepada Palestin tanpa pengetahuan sesiapapun. Malah, genjatan senjata di Palestin juga berlaku kurang daripada 24 jam setelah DS Najib bertemu dengan Obama di Phnom Pehn.


9. Sewaktu lawatan DS Najib juga, beliau telah memberi sumbangan untuk membina sebuah kolej industrial dan juga membina semula pejabat Perdana Menteri Palestin yang dimusnahkan Israel.

10. Apakah mesej yang ingin dihantar oleh DS Najib Razak dengan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin ini kepada Israel? Adakah Individu lain seberani beliau ketika ini untuk melakukan sedemikian?


11. Media Israel dan US juga telah mengambil perhatian khusus tentang lawatan DS Najib ini. Akhbar Israel terutamanya telah mengeluarkan propaganda yang disahut oleh Hishamuddin Rais yang kononnya lawatan ini tidak disukai oleh pemimpin Hamas itu sendiri.

12.Hakikatnya, dengan lawatan DS Najib yang pasti memenangi hati bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat Islam sedunia, ini telah menyebabkan DS Anwar Ibrahim berasa tidak senang hati.

13. Maka diaturkannya pula lawatan balas dari Hamas untuk mengimbangi tindakan DS Najib tetapi malangnya skalanya tidaklah begitu besar.

14. Akhbar Israel dan US sedikitpun tidak mengambil peduli kerana mereka tahu ini cuma gimik politik DS Anwar Ibrahim sahaja.

15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: