Apr 29, 2012

Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda:“Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah? Jawab baginda : ”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” - H.R Muslim

Apr 28, 2012

Bersih 3.0: PDRM Hero Malaysia!

1. Alhamdulillah, nampaknya Allah Taala masih lagi melimpahkan rahmatnya ke aas bumi bertuah Malaysia ini.

2. Tindakan pihak polis yang tidak termakan dengan provokasi Unit Amal PAS dan juga beberapa individu lain berjaya menyelamatkan keadaan.



3. Anggota polis tenang berjaya mengikut SOP yang ditetapkan.

4. Lebih kemas apabila pihak polis sendiri mengambil gambar dan video untuk diupload ke internet lebih pantas daripada media pembangkang.



5. Nampaknya taktik dari CANVAS ini berjaya dipatahkan oleh pihak polis dengan sangat bijak.

6. Apabila gas pemedih mata dilepaskan, orang ramai lari bertempiaran, mereka yang gagal melarikan diri akhirnya dibantu oleh pihak polis untuk mendapatkan bantuan rawatan. 7. Satu usaha yang sangat baik dan bijak oleh pihak polis untuk menangani masalah sebegini. 8. Satu ucapan tahniah untuk warga PDRM. 9. Namun begitu, terdapat pula individu yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah mengatakan polis menggunakan kekerasan yang melampau, menggunakan peluru hidup dan pelbagai lagi cerita yang tidak masuk akal. 10. Saya mula mempersoal sama ada individu ini benar-benar berada di tempat kejadian atau tidak.

Apr 20, 2012

PMI Pro-M di Occupy Dataran Hipokrit.

1. Lawatan ke Dataran Merdeka selama 6 hari menunjukkan pelbagai karenah dan ragam mahasiswa sekarang.

2. Menjadi fokus kepada saya adalah mahasiswa dari kalangan Persatuan Mahasiswa Islam yang menyokong Pro-M.

3. Terdapat beberapa muka yang memang saya cam merupakan ahli persatuan tersebut dari UPM, UKM dan UM. Universiti lain saya tidak perasan, tetapi gaya pemakaian cukup menceritakan siapa mereka.

4. Kalau dahulu, PMI Pro M di unversiti lantang dalam membicarakan soal agama. Mereka aktif menjalankan pelbagai kempen. Seperti kempen anti-couple, kempen tutup aurat, kempen anti-rokok dan sebagainya.




5. Sampaikan jika pihak universiti hendak melakukan aktiviti kebudayaan pun dilarang, dikecam, sanggup melakukan demonstrasi dan sebagainya.

6. Tetapi pada acara Occupy Dataran ini saya mendapati mereka ini sudah boleh bertolak ansur dengan sikap-sikap dan perbuatan yang dahulunya mereka katakan lagha, berdosa besar, tidak mahu bersubahat dan banyak lagi.

7. Couple berpegang tangan, bermain alat musik, menari beramai-ramai, menyanyikan lagu 'Asal bukan UMNO' dengan iringan gitar sambil bertepuk tangan, perempuan merokok, tidak menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terjaga dan banyak lagi kejadian yang dahulunya menjadi tentangan mereka bersepah di sekeliling mereka.







8. Fokus saya bukanlah terhadap kejadian-kejadian tersebut, tetapi kepada mahasiswa PMI Pro-M ini yang amat hipokrit dalam menjalankan apa yang dikata. Jika tidak percaya, saksikanlah sendiri ataupun tanya kepada mereka yang pergi. (itupun jika dijawab dengan jujur)

9. Adakah mereka dicucuk hidung sahaja semasa berada di sini? Mengapa mereka boleh kali ini menyertai nyanyian sambil bertepuk tangan? Adakah kempen mereka ini hanya wujud ketika diperlukan sahaja? 

10. Ingin sangat saya membawa senior-senior mereka pada zaman saya belajar dahulu untuk melihat karenah mereka di sana. Ingin saya bertanya kepada PMI Pro-M sezaman dengan saya ini, apa sudah jadi?

11. Di universiti anda lantang melaungkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Adakah anda tidak dikira bersyubhat dalam kes ini? Adakah anda tidak bertanggung jawab ke atas tindakan mereka? Adakah sekarang anda hendak katakan ini hak mereka? Adakah anda hendak menyalahkan ini semua tindakan kerajaan UMNO?

12. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.

13. Saya juga mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya dijalankan ujian air kencing di acara Occupy Dataran ini. Kerana sepanjang saya di sini, bau-bauan bahan terlarang amat kuat. Mungkin saya terbau benda lain, tetapi kalau tidak bersalah, jangan takut lah untuk menjalankan ujian air kencing.

Lim Kit Siang Biadap Dengan Mahasiswa!

1. Kemudian, tiba pula Lim Kit Siang dan Tony Pua. Beliau memberikan ucapan dengan berdiri dan berkasut di atas tikar tempat mahasiswa ini duduk, baring dan juga solat. Satu penghinaan terang-terangan kepada mahasiswa ini tetapi mereka tidak nampak dan buta dengan ketaksuban mereka kepada pemimpin pembangkang.

2. Yang memegang hayler itu pula kiranya nampak seperti anak Melayu. Sedih hati melihat Melayu menjadi kuli kepada Lim Kit Siang.

3. Semalam sewaktu mahasiswa ini kononnya diserang, saya telah meramalkan bahawa Anwar Ibrahim akan turun dan memberikan sokongan dan simpati beliau kepada Mahasiswa ini. Dan benar beliau turun bersama. Saya harap pembaca dapat fikir mengapa saya katakan begini.





15. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Apr 19, 2012

Subsidi Kerajaan Untuk Setiap Kursus Pengajian di IPTA

Diperoleh daripada sini




1. Kerajaan sudahpun menanggung hampir 90% daripada yuran pengajian setiap pelajar di IPTA.

2. Setiap 10 sen subsidi yang diberikan, Kerajaan akan menanggung RM88,700. (berdasarkan jumlah peminjam PTPTN). Manakala, setiap 10 sen subsidi dikurangkan, setiap pelajar akan menanggung 10 sen sahaja.

3. Jangan jadi Mahasiswa yang hendak menyusahkan orang lain demi kebahagiaan diri sendiri. Ini belum termasuk yuran penginapan, yuran perpustakaan, subsidi perubatan, kos aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya. Banyak aspek yang perlu anda fikir sebelum sewenang-wenangnya membuat tuntutan.

4. Walaupun Kerajaan memberikan subsidi 100% untuk yuran pengajian, pelajar masih lagi memerlukan pinjaman PTPTN untuk membiayai perbelanjaan harian mereka.

5. Sekiranya benar-benar ikhlas mahu mendapatkan pendidikan percuma DAN juga perbelanjaan harian percuma, pelajar seharusnya meluangkan lebih masa untuk belajar dan bukannya terlibat dengan aktiviti politik, demonstrasi dan sebagainya.


6. Jadilah Mahasiswa yang bersyukur dan berterima kasih.

7. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. 

Apr 18, 2012

BAHAYA!!! Pendedahan Strategi Bersih 3.0

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.


2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama 'Occupy Dataran' ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.

4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik 'Duduk dan Bantah' yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Methodologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. (Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

  • Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di 'Rallying Point'. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi 'Rallying Point'.

  • Sit-In ataupun Duduk dan Bantah.

  • Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

  • Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.

  • Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).

  • Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.

  • Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang 'keganasan' yang akan dilakukan oleh pihak polis.

  • Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya.
  • Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU.
  • Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.


  • Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.

  • PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA.
  • Planned Sympathize Death. Kematian simpati yang dirancang.
  • Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang. 
Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran.

  • Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini.
  • Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh.
  • Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.
  • Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus?
  • Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.
Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan.
  • Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.

  • Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.

  • Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.

  • Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0
  • Adakah Mat Sabu? Mungkin tidak kerana beliau adalah jurucakap bagi pihak PAS. Dan jika beliau dibunuh sekalipun pihak umum tidak akan peduli sangat.

  • Adakah Anwar Ibrahim? Tidak sama sekali kerana beliau adalah watak yang akan memperoleh simpati daripada rakyat. Beliau akan memainkan peranan selepas peristiwa 'pembunuhan' itu berlaku.

  • Adakah Nurul Izzah? Kemungkinan tinggi kerana beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim dan menaikkan simpati rakyat kepada Anwar sendiri.

  • Adakah Wan Azizah? Kemungkinan yang amat tinggi kerana beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim dan kematian beliau akan meraih simpati dan kemarahan rakyat. Lagipun ketika ini beliau terlibat di dalam isu Samsidar dan sebagai cara penyelesaian untuk menutup isu tersebut.

8. Diharapkan bahawa penganjur Bersih 3.0 tidak akan bertindak sebegitu ekstrem untuk melakukan Kematian Terancang tersebut.

9. Walau bagaimanapun, penglibatan agensi daripada luar negara seperti CIA dan Mossad adalah tidak mustahil. Mereka boleh menggunakan peluang yang ada untuk bertapak di Malaysia dan kemenangan PR pada PRU-13 ini akan menguatkan lagi kehadiran mereka untuk campur tangan di Malaysia ini.

9a. Cerita yang akan dikarang oleh pembangkang dan inilah yang paling ditakuti akan berlaku. Kononnya Kerajaan melepaskan das tembakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tersasar dan terkena isteri beliau. Anwar Ibrahim akan menangis di jalanan sambil gambarnya diambil oleh media asing. Orang yang melihat akan marah dan simpati dan keluar untuk 'bertempur' dengan polis. Polis pula akan mempertahankan keamanan dan konfrantasi akan berlaku. DS Najib akan didesak untuk mengundurkan diri jika tidak pihak Amerika Syarikat akan turun dan campur tangan. Dan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia.

10. Cara penyelesaian terbaik, janganlah terlibat dengan Bersih 3.0 dan saya dengan rasa rendah hati merayu supaya pihak penganjur Bersih 3.0, tolonglah batalkan acara ini. Jangan hancurkan keamanan negara yang kita ada selama ini. Jangan musnahkan negara ini seperti Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi contoh yang ada di luar sana.



11. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

12. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita. Cinta lenyap di arus zaman.

13. *Hasil pembentangan oleh Angin Perubahan.