1. Lawatan ke Dataran Merdeka selama 6 hari menunjukkan pelbagai karenah dan ragam mahasiswa sekarang.
2. Menjadi fokus kepada saya adalah mahasiswa dari kalangan Persatuan Mahasiswa Islam yang menyokong Pro-M.
3. Terdapat beberapa muka yang memang saya cam merupakan ahli persatuan tersebut dari UPM, UKM dan UM. Universiti lain saya tidak perasan, tetapi gaya pemakaian cukup menceritakan siapa mereka.
4. Kalau dahulu, PMI Pro M di unversiti lantang dalam membicarakan soal agama. Mereka aktif menjalankan pelbagai kempen. Seperti kempen anti-couple, kempen tutup aurat, kempen anti-rokok dan sebagainya.
5. Sampaikan jika pihak universiti hendak melakukan aktiviti kebudayaan pun dilarang, dikecam, sanggup melakukan demonstrasi dan sebagainya.
6. Tetapi pada acara Occupy Dataran ini saya mendapati mereka ini sudah boleh bertolak ansur dengan sikap-sikap dan perbuatan yang dahulunya mereka katakan lagha, berdosa besar, tidak mahu bersubahat dan banyak lagi.
7. Couple berpegang tangan, bermain alat musik, menari beramai-ramai, menyanyikan lagu 'Asal bukan UMNO' dengan iringan gitar sambil bertepuk tangan, perempuan merokok, tidak menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terjaga dan banyak lagi kejadian yang dahulunya menjadi tentangan mereka bersepah di sekeliling mereka.
8. Fokus saya bukanlah terhadap kejadian-kejadian tersebut, tetapi kepada mahasiswa PMI Pro-M ini yang amat hipokrit dalam menjalankan apa yang dikata. Jika tidak percaya, saksikanlah sendiri ataupun tanya kepada mereka yang pergi. (itupun jika dijawab dengan jujur)
9. Adakah mereka dicucuk hidung sahaja semasa berada di sini? Mengapa mereka boleh kali ini menyertai nyanyian sambil bertepuk tangan? Adakah kempen mereka ini hanya wujud ketika diperlukan sahaja?
10. Ingin sangat saya membawa senior-senior mereka pada zaman saya belajar dahulu untuk melihat karenah mereka di sana. Ingin saya bertanya kepada PMI Pro-M sezaman dengan saya ini, apa sudah jadi?
11. Di universiti anda lantang melaungkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Adakah anda tidak dikira bersyubhat dalam kes ini? Adakah anda tidak bertanggung jawab ke atas tindakan mereka? Adakah sekarang anda hendak katakan ini hak mereka? Adakah anda hendak menyalahkan ini semua tindakan kerajaan UMNO?
12. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.
13. Saya juga mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya dijalankan ujian air kencing di acara Occupy Dataran ini. Kerana sepanjang saya di sini, bau-bauan bahan terlarang amat kuat. Mungkin saya terbau benda lain, tetapi kalau tidak bersalah, jangan takut lah untuk menjalankan ujian air kencing.
3 comments:
mane ko tahu kot yg pegang tgn tu dh kawin?macam sial fitnah orang.blogger BABI
Nampaknya gambar tersebut melarikan fokus kepada permasalahan sebenar. Saya akan bawa turun gambar tersebut dan gantikan dengan gambar lain. Terima kasih atas komen anda.
to anonymous-"mane ko tahu kot yg pegang tgn tu dh kawin?macam sial fitnah orang.blogger BABI"
teruknye bahasa.. adab sopan hilang ke mana ntah.. konon nak husnudzan yg pegang tgn tu da kawin, tp bahasa mengalahkan org kafir..
Post a Comment