1. Pertama tentang Aku Janji BN Selangor ini, kelihatan yang ia adalah seiring dengan apa yang terkandung di dalam Aku Janji BN di peringkat Nasional.
2. Ini telah menjanjikan satu kesimbungan yang mencerminkan bahawa janji-janji BN di Selangor ini mampu untuk dilaksanakan.
3. Selain daripada itu, ia juga adalah selari dengan yang terkandung di dalam RMK-10 untuk mencapai sasaran defisit fiskal 3% KDNK menjelang 2015.
4. Janji-janji yang diberikan oleh Aku Janji BN Selangor ini juga memperlihatkan usaha BN untuk membaiki semula kerosakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PKR di bawah pimpinan TS Khalid.