Kes Datuk Zakaria FGV yang diminta untuk berhenti telah menjadi media circus di akhbar dan juga media sosial.
Apa yang berlaku, peluang ini digunakan oleh haters Tan Sri Isa Samad untuk lebih mendesak supaya beliau berundur.
Untuk faham kes ini, pertamanya perlu dirujuk mengapa Datuk Zakaria diminta untuk berhenti.
Perkara ini timbul apabila syarikat audit luaran, iaitu PricewaterhouseCoopers (PWC) mendapati beberapa perkara yang tidak betul mengenai urusniaga Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) iaitu anak syarikat FGV.
Apa tidaknya, satu syarikat bernama Safitex Trading LLC telah berhutang dengan DOP sebanyak RM37 juta pada 31 Disember 2015. Perkara ini berlaku secara berterusan mengikut laporan suku tahunan PWC.
Datuk Zakaria maklum kata baki tu akan dapat sepenuhnya.
Tapi apa yang berlaku, baki tersebut meningkat kepada RM52 juta pula!
Lebih daripada had kredit yang dibenarkan oleh PWC.
Makanya, takdelah PWC nak sign laporan audit sehingga perkara ini selesai.
Daripada itu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan untuk siasatan audit dalaman dijalankan.
Dapatan daripada siasatan audit dalaman tersebut, Lembaga Pengarah telah menjumpai 'sesuatu' dan menasihati TS Isa Samad untuk berjumpa Datuk Zakaria dan menasihatkan beliau agar berhenti.
Dengan cara ini, dapatlah dielakkan berlakunya kekecohan dan keadaan huru-hara memenuhi ruangan akhbar.
Tetapi, Datuk Zakaria takmau berhenti. Mungkin dia rasa dia tak bersalah kot.
Terus selepas itu beliau membuat kenyataan media yang akhirnya menjadi keadaan seperti ini sampaikan PM pun mengarahkan Idris Jala selaku CEO Pemandu untuk masuk dan siasat.
Ketika ini terdapat beberapa jabatan yang menyiasat iaitu Lembaga Pengarah FGV sendiri, Jabatan Audit, SPRM dan Pemandu itu sendiri.
Makanya, sebelum keadaan melarat dengan pelbagai spekulasi, janganlah sesuka hati membuat andaian dan orang luar yang tiada kaitan pun meminta sesiapa untuk meletakkan jawatan ataupun mengatakan keputusan untuk meminta 4 orang bercuti tersebut sebagai suatu tindakan yang salah.
TS Isa Samad yang disarankan oleh lembaga pengarah untuk meminta Datuk Zakaria berhenti pula yang dijadikan 'kambing hitam' di dalam hal ini.
TS Isa Samad yang disarankan oleh lembaga pengarah untuk meminta Datuk Zakaria berhenti pula yang dijadikan 'kambing hitam' di dalam hal ini.
Ini adalah hal syarikat public listed dan amalan mana-mana syarikat public listed adalah untuk menjaga hal ehwal syarikat terlebih dahulu sebelum hal ehwal pemegang saham.
Hak untuk pemegang saham apabila tiba masanya adalah untuk melantik ahli lembaga pengarah dan pengerusi yang baru apabila tiba masanya. Sebelum tiba masanya, mereka yang dilantik tersebut mempunyai kuasa untuk menentukan hal ehwal syarikat tersebut.
PM pun nak keluarkan kenyataan hari ini. Maka kita tunggu sahajalah dan jangan lebih sudu dari kuah.
No comments:
Post a Comment