May 24, 2017

Media Singapura Minta Rakyat Singapura Bersyukur Dengan Harga Rumah di Singapura Kerana Tidak Terlalu Tinggi Seperti di Hong Kong.


1. Video di atas telah diterbitkan oleh Facebook Akhbar Arus Perdana Singapura, The Straits Times yang telah mendapat liputan secara meluas dengan lebih daripada 1 juta views, 6.8 ribu likes, 7.2 ribu shares dan 1.8 ribu comments.

2. Ia menceritakan bagaimana satu pasangan tinggal di sebuah apartment di Hong Kong yang bernilai SGD725,000 yang hanya berkeluasan 200 kaki persegi yang mana seseorang boleh dapat dua kali ganda keluasan (400 kaki persegi) dengan 2/3 daripada harga tersebut (SGD484,000).

3. Posting video ini telah mendapat pelbagai reaksi yang bercampur daripada netizen Singapura.

4. Ini sepatutnya dijadikan pengajaran untuk rakyat Malaysia supaya menilai semula apa yang kita nikmati di negara kita ini.

5. Dengan hampir 80% rakyat Malaysia yang berusia 35 tahun ke atas memiliki rumah sendiri, ia merupakan satu kadar yang dikira amat tinggi berbanding negara maju.

6. Komentar di bawah adalah sangat wajar untuk dijadikan sedikit muhasabah buat kita di negara Malaysia.






No comments: