Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Nov 3, 2020

Mahathir: 22 Bulan Tak Sempat Buat Apa-Apa?


Mahathir: 22 Bulan Tak Sempat Bantu Rakyat Tetapi Sempat...

  1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL.

Perikatan Nasional Tiada Kejujuran Politik



Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mestuarat MKT dua kali dalam masa seminggu. 

Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking. 

Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat  berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata.

Ada pihak mempersoalkan kenyataan terbaru Muhyiddin kerana baru sekarang cuba merasionalkan kenapa darurat perlu. Apakah perlu darurat untuk mengelak PRN Sarawak dan PRK Batu Sapi?

Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu. 

Ice / Batu / Syabu Dadah Paling Cilaka Pemusnah Anak Bangsa.


Banyak pengalaman aku tempuh disebabkan ice ni. Tak ada istilah "biar kita bawak dia, jangan dia kawal kita." bullshit tu semua ayat nak cover line nak menghalalkan cara dengan perbuatan bangsat tu. Sekali kau sedut najis ni, selama itu lah kau melangkahkan kaki kau dalam lembah kehidupan paling membangsatkan.

Kalau kau jumpa orang yang membela perilaku perbuatan hisap batu / ice / syabu ni kononnya najis ni tak memudaratkan, tak payah kau layan, tu semua ayat nak menangkan diri sendiri, kalau tak dia dah jadi tahi batu, kompom memang terjebak dengan najis ni. 

Lama aku nak menulis hal ni, tapi aku tahan sebab jaga perasaan kawan² yang kaki. Tapi hari demi hari, macam² benda musibah terjadi disebabkan najis ni. Sorry kalau korang terasa. Yang mana ikut aku lama, korang tau lah macam mana aku palang najis ni. 

Oct 30, 2020

1st Wave Covid-19 : TSMY Berjaya Tangani Dengan Baik


Pelbagai spekulasi hari ini seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditukar ganti dengan parti lain sememangnya stiuasi yang kurang menyenangkan bagi rakyat terutamanya.

Sep 6, 2018

Azmin Ali Faham Tak Apa Tu B40?!


Azmin kata kerajaan lepas gagal membantu golongan B40 menjadi golongan M40.

Faham tak yang B40 tu bermaksud pendapatan 40% terbawah. Dalam matematik selamanya ada 40% tersebut!

Kalau pendapatan setiap rakyat Malaysia ni bertambah RM15,000 sebulan pun tetap akan ada golongan B40!

Faham tak?! (Stress!)

Kenapalah barisan menteri yang ada sekarang ni macam tak sekolah ya!

Baca lanjut penjelasan di bawah:

Sep 3, 2018

Isu SST : Ketua Pengarah @KastamMalaysia Wajib Letak Jawatan!



Berita yang disiarkan oleh MalaysiaKini pada 13 Mac 2018, sebelum kejatuhan Kerajaan BN telah menyiarkan bahawa Ketua Pengarah Kastam mengatakan bahawa untuk kembali ke sistem lama (SST) adalah tidak masuk akal!

Memang benar tidak masuk akal pun kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di dalam sejarah peradaban manusia yang kembali menggunakan sistem kuno setelah melangkah setapak ke hadapan dari sudut pelaksanaan sistem percukaian era moden.

May 24, 2017

Media Singapura Minta Rakyat Singapura Bersyukur Dengan Harga Rumah di Singapura Kerana Tidak Terlalu Tinggi Seperti di Hong Kong.


1. Video di atas telah diterbitkan oleh Facebook Akhbar Arus Perdana Singapura, The Straits Times yang telah mendapat liputan secara meluas dengan lebih daripada 1 juta views, 6.8 ribu likes, 7.2 ribu shares dan 1.8 ribu comments.

2. Ia menceritakan bagaimana satu pasangan tinggal di sebuah apartment di Hong Kong yang bernilai SGD725,000 yang hanya berkeluasan 200 kaki persegi yang mana seseorang boleh dapat dua kali ganda keluasan (400 kaki persegi) dengan 2/3 daripada harga tersebut (SGD484,000).

3. Posting video ini telah mendapat pelbagai reaksi yang bercampur daripada netizen Singapura.

Apr 2, 2017

Serangan Propaganda Media Singapura Melalui Rancangan #OKChope



1. MediaCorp 5 telah menerbitkan rancangan terbaru mereka OK Chope yang sesuka hati mereka mempersenda Perdana Menteri Malaysia.

2. Ini merupakan satu lagi bentuk serangan propaganda media Singapura terhadap negara kita akibat daripada pelaburan yang rancak yang dijalankan di Malaysia.

3. Kaedah ini tidak ubah sepertimana yang digunakan oleh US dan Israel dengan menggunakan media untuk memomokkan penonton agar terpengaruh dengan propaganda mereka.

4. Sebagai contoh, setelah China mengubah polisi pelaburan mereka sehingga menjadikan mereka gergasi kewangan dunia, media barat terutama melalui rancangan televisyen dan media sosial sering memaparkan kemunduran mentaliti negera China dan penduduknya.

Jan 18, 2017

Mengapa Projek Forest City 'Diserang' Media Barat dan Apakah Peranan Tun Mahathir?



1. Projek Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia, sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.

2. Artikel Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menyerang Forest City mempunyai muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk menggagalkan projek tersebut.

3. Mengapa projek Forest City ini diserang?

4. Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.

5. Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk-burukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.

6. Situasi ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila mereka diserang oleh media ekonomi sewaktu hendak menerbitkan IPO pada tahun 2013 yang lepas.

7. Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November 2016.

Mar 13, 2015

#DebatGST: Siapa Menang? @LokmanAdam ataupun @RafiziRamli?



1. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menang perdebatan mengenai GST di UM tempoh hari?

2. Sudah tentu penyokong pembangkang akan mengatakan bahawa Rafizi menang dan sudah tentu juga penyokong kerajaan akan berpihak kepada Lokman Adam.

3. Namun, debat yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang seperti mana semua sedia maklum merupakan pelajar dari aliran Pro-Mahasiswa yang condong ke arah pembangkang.

4. Dan dewan kuliah tempat perdebatan itu berlaku pula sudah tentu dipenuhi dengan pelajar dari aliran tersebut dan kebanyakan daripada mereka datang dari UIA dan UKM.

5. Tetapi yang atas pagar dan penyokong kepada aspirasi negara juga turut hadir dalam jumlah yang tidak boleh diperkecilkan.

6. Kembali kepada persoalan siapa menang, siapa kalah.

Dec 6, 2013

#AgendaYahudi : Agenda Yahudi Melabelkan Malaysia TIDAK Demokrasi!

Awal pagi tadi saya ada terbaca satu kiriman tweet daripada Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Tan Sri Hassan seperti yang menyatakan bahawa;



"Msia tidak diseranaikan negara sistem demokrasi oleh laporan Freedom Hse. Tapi disebariskan dgn Rwanda & Korea Utara. Siapa punya kerja ni?"

Tidak pernah pula sehingga hari ini saya mendengar tentang laporan daripada Freedom House ini, maka sedikit penyelidikan telah dijalankan maka saya ketemui hasil yang berikut.

Nov 28, 2013

#MySpySingapore : Singapura Perlu Berterus-Terang Atau Hadapi Masalah Dari Malaysia

SEJAK dua bulan lalu terdapat desas-desus yang menuding Bahagian Keselamatan dan Perisikan (SID) Kementerian Pertahanan Singapura telah membantu beberapa agensi perisikan seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) United Kingdom dan Direktorat Isyarat Pertahanan (DSD) Australia mendapatkan maklumat risikan beberapa negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.

Khabar angin tersebut yang didedahkan oleh beberapa akhbar antarabangsa bersandarkan kepada dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Edward Snowden yang pernah bekerja dengan NSA.

Tetapi beberapa hari lalu desas-desus tersebut bagaikan telah disahkan kesahihannya apabila kumpulan akhbar Australia iaitu Faifax Media yang memetik dari sumber akhbar Belanda NRC Handelsblad mendedahkan SID Singapura melalui syarikat telekomunikasi SingTel telah menceroboh saluran komunikasi kabel gentian optik dasar laut SEA-ME-WE-3.

Perlu ditegaskan SEA-ME-WE-3 adalah saluran komunikasi terpanjang di dunia yang menghubungkan rantau Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat dan rakyat Malaysia adalah antara pengguna saluran ini sama ada untuk berkomunikasi melalui telefon atau internet. SingTel pula yang dimiliki oleh kerajaan Singapura merupakan pengendali saluran kabel ini.

Nov 27, 2013

#Cukai : Memahami Kepentingan Membayar Cukai

SEPERTI dijangka, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah dipolitikkan oleh segelintir pihak demi kepentingan diri sendiri. Ini tidak langsung mengejutkan kerana sudah menjadi lumrah apabila disebut sahaja perkataan cukai, apa yang terlintas di fikiran manusia, ialah beban.

Itu secara kasarnya sedangkan kalau diteliti secara mendalam, membayar cukai sememangnya merupakan tanggungjawab bagi setiap warganegara sesebuah negara.

Tanggungjawab ini bukanlah kecil tetapi merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar sebagai seorang warganegara yang sentiasa sayangkan negara. Kenapakah saya berkata begitu?

Hujahnya cukup mudah, kita sering mempersoalkan apa yang kita akan dapat apabila melaksanakan sesuatu tugas. Biasalah dalam dunia serba materialistik, maka segala-galanya memerlukan wang. Tidak ramai golongan yang benar-benar melakukan kerja tanpa meminta bayaran.

Jadi, kalau kita sering mempersoalkan apa yang kita dapat, maka pihak lain juga boleh mempersoalkan apa yang mereka dapat.

Di sinilah hak kerajaan untuk bertanya kepada rakyat tentang tanggungjawab rakyat kepada negara.

Sep 18, 2013

Al-Kisah Melayu Malaysia 'mewafatkan' mayat Chin Peng



MELAYU l:

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.

Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.

Seorang lagi pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!

Tidak pasti apakah budak itu sedar apa yang dia cakap? Atau hanya mahukan perhatian murahan.

Sep 12, 2013

#Perpaduan : Rapat jurang perkauman, berkawan etnik lain



SAYA telah memerhatikan bahawa salah satu daripada 11 langkah yang diumumkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah berkaitan pembentukan dan pemupukan perpaduan dalam kalangan pelajar yang merupakan pemimpin masa depan negara kita yang berbilang kaum.

Ia telah dinyatakan dalam Pelan tersebut mengenai keperluan untuk meningkatkan dan mengembangkan Rancangan Integrasi Perpaduan antara pelajar untuk memudahkan interaksi di pelbagai jenis sekolah.
Ia harus ditekankan bahawa Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyatukan sesebuah negara.

Tugas dalam mengharungi cabaran ini perlu dipikul oleh guru-guru yang merupakan ejen atau sebagai contoh demi integrasi antara kaum dan perpaduan negara.

Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan semangat patriotik mereka berdasarkan prinsip Rukun Negara amatlah tinggi jika kita ingin melihat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu-padu.

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain dan mempunyai rakan-rakan daripada pelbagai kaum selaras dengan 1Malaysia.

#PPPM : Persiapan hadapi alaf 21



Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.

Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.

Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.

Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.

Sep 10, 2013

# PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Suatu pendekatan transformatif


PADA 6 September yang lalu Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri melancarkan secara rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025.

Meneliti Ringkasan Eksekutif PPPM ini ternyata ia amat komprehensif, merangkumi semua aspek pendidikan arus perdana. Ia adalah pendekatan transformatif (perubahan) bagi menyediakan generasi pelajar menghadapi cabaran abad ke-21.

Pendekatannya tidak sahaja mengukuhkan asas-asas fundamental dalam pendidikan acuan Malaysia tetapi pada masa yang sama respons terhadap perubahan global terutama dalam bidang ilmu, khususnya sains dan teknologi.

Sifat ilmu dan pendidikan negara ini pada tahap global dan dinamik perlu berubah, terutama dalam bidang sains dan teknologi. Malaysia harus proaktif terhadap perubahan ini kerana tahun 2020 negara ini ingin mencapai tahap negara maju sepenuhnya.

Aug 19, 2013

#Merdeka56 : Apa Lagi Bukan Islam Mahu?


"MENTANG-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak."


Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

NGO ini dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, berhubung kes seperti ini.

Satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke Parlimen.

Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan daripada kumpulan bukan Islam.

Jul 30, 2013

Malaysia Negara Paling Tidak Selamat? Senarai Kes Tembakan Tahun 2013 #DontShoot


1. Dengan kejadian tembakan yang terbaru yang mengakibatkan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi meninggal dunia telah menjadikan tahun 2013 sebagai tahun kes tembakan profil tinggi yang tertinggi pernah dicatatkan.

2. Kes tembakan ini adalah yang ke-12 pada tahun ini sahaja.

3. Samada kes tembakan sebegini adalah perkara lazim di Malaysia ataupun hanya disensasikan oleh media, ia telah mengundang pelbagai kerisauan dan ramai mula mempersoalkan keberkesanan pihak Polis DiRaja Malaysia.

4. Kes tembakan profil tinggi ini bermula pada 25 April yang lalu dan yang terbaru adalah pada 29 Julai, semalam. Dalam  tempoh 95 hari sahaja, telah berlaku 12 kes tembakan menjadikan secara puratanya satu kes tembakan seminggu.

5. Senarai kes yang berlaku adalah seperti berikut:


Feb 19, 2013

#TolakXenophon : Apabila Orang Australia Sendiri Bersuara! @MalaysiaKini


1. Menarik pada hari ini apabila The Australian, antara akhbar utama di Australia telah menerbitkan satu ruangan khas di dalam bahagian 'Opinion' yang menyentuh tindakan Nick Xenophon yang turut serta mencampuri urusan politik Malaysia. (Baca di sini)

2. Di dalam ruangan tersebut, ramai bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang Nick Xenophon serta menolak campur tangan beliau di dalam soal politik tanah air.