1. Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dimana Al-Sultan Abdullah mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
2. Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua Ahli Parlimen di Malaysia untuk bersatu hati dan pastikan Belanjawan Negara 2021 diluluskan di Parlimen demi rakyat Malaysia. Umum ketahui bahawa pandemik ini kini berada pada tahap yang kritikal di mana jumlah kes telah mencecah tiga digit setiap hari.