Showing posts with label #UndiBN. Show all posts
Showing posts with label #UndiBN. Show all posts

Apr 30, 2013

#AkuJanjiBNSelangor #UndiBN : Video Sebuah Manifestasi janji Ditepati

#TolakPR #SaveSelangor : Kuala Langat Indikator Kemenangan BN


1. Baru-baru ini, di dalam pusingan perkhabaran BN, dimaklumkan bahawa DUN di bawah Parlimen Kuala Langat iaitu Morib, Sijangkang dan Teluk Datok berada di dalam keadaan krisis.

2. Apa tidaknya kerana khabaran yang diterima menyatakan bahawa terdapat sabotaj daripada ahli BN sendiri terutamanya ahli UMNO akibat daripada kekecewaan calon yang dipilih.

3. Namun begitu, apabila turun ke lapangan sendiri, didapati keadaan adalah sangat berbeza.

Apr 10, 2013

#ManifestoBukanJanji VS #ManifestoBN #AkuJanjiBN


1. Setelah DS Najib Razak mengumumkan Manifesto BN yang dinamakan sebagai Aku Janji BN, pelbagai analisis telah dibuat samada dari pihak Pro-BN ataupun Pro-Pembangkang.

2. Namun satu persetujuan telah dibuat bahawa Manifesto BN pada kali ini adalah yang terhebat antara manifesto-manifesto sebelum ini.

3. Sampaikan pihak Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang asas untuk menolak tawaran Barisan Nasional sehinggakan terpaksa menggunakan taktik untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional meniru tawaran Pembangkang.

Feb 21, 2013

#UndiBN : Malaysia Bakal Bangkrap!

1. Anwar Ibrahim serta barisan pemimpin pembangkang yang lain telah mendakwa bahawa Malaysia bakal bangkrap sekiranya BN terus memerintah.

2. Tetapi rekod pula menunjukkan perkara yang sebaliknya.

3. Hasil daripada pemerintahan DS Najib Tun Razak, Kadar pertumbuhan negara telah meningkat kepada 6.4%. Satu kadar pertumbuhan yang tidak pernah kita nikmati setelah hampir 10 tahun.

4. Dan sekiranya DS Najib terus mentadbir negara, Wawasan 2020 untuk mencapai negara maju kelihatan tidak lagi mustahil.

5. Disamping negara mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan, kualiti hidup rakyat juga semakin bertambah baik.

6. Apa tidaknya, salah satu punca kadar pertumbuhan ini berlaku adalah kerana rakyat mempunyai lebihan wang untuk berbelanja.

7. Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga telah berjaya meletakkan lebihan wang belanja ke dalam poket rakyat.

8. Terbukti bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya memberikan RM 500 itu kepada rakyat tanpa mengira soal ekonomi dan juga pertumbuhan negara.

9. Inilah yang DS Najib katakan Janji Ditepati!

10. lagi bukti kepada kesenangan hidup rakyat adalah mereka yang pro kepada pembangkang kini mempunyai lebihan masa untuk berbicara tentang keburukan BN dan juga mempunyai masa lebih untuk menghadiri ceramah pembangkang.

11. Sekiranya ekonomi teruk, duit tidak ada mestilah mereka ini akan menumpukan tenaga untuk mencari sesuap nasi.

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Jan 25, 2013

#SiapaLayak : Profil DS @NajibRazak VS Profil @AnwarIbrahim


1. Di atas adalah pemeriksaan kelayakan buat DS Najib Razak dan juga DS Anwar Ibrahim.

2. Antara keduanya adalah pengalaman dan tempoh berapa mereka berdua berkhidmat serta pengalaman politik mereka sebagai ahli Parlimen ataupun ahli DUN.

3. Menarik di sini adalah DS Najib Razak merupakan Ahli Parlimen yang termuda di dalam sejarah politik tanah air. Kita lihat profil antara kedua-dua tokoh politik ini.

Jan 24, 2013

#UndiBN : Koleksi 31 Gambar DS @NajibRazak Melawat #Gaza


1. Berikut adalah koleksi gambar PM DS Najib Tun Razak sewaktu lawatan beliau ke Gaza.

2. Gambar-gambar ini diperoleh dari pelbagai sumber dan disusun di dalam entri blog ini.

3. Nota : Kebanggaan melihat Jalur Gemilang berdiri megah di sebelah Bendera Palestin.

Dec 30, 2012

#UndiBN : Gunting Rambut Percuma!





1. Baru-baru ini pada 29 dan 30hb Disember 2012, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat telah menganjurkan program Gunting Rambut 1 Malaysia secara percuma di sekitar daerah Kuala Langat.

2. Program ini yang telah diadakan di sekitar Pekan Telok Panglima Garang dan Kanchong Darat telah mendapat sambutan seramai lebih 200 orang kanak-kanak.