Sep 25, 2012

Pengundian Semula di UIAM perancangan jahat WUFI Pro-M


Pengumuman Pengundian Semula.


1. Sebentar tadi, dalam sekitar jam 8.25 malam, Timbalan Rektor Dato' Mirzan Hitam telah mengumumkan bahawa buat pertama kali di dalam sejarah, sistem E-Voting yang digunakan di UIA telah mengalami masalah teknikal.

2. Terdapat sebilangan besar undi yang tidak dapat ditangkap oleh sistem E-Voting tersebut.

3. Maka atas dasar kesilapan teknikal tersebut, maka UIAM akan mengadakan pengundian semula pada minggu hadapan secara pengundian manual.

Siapa Yang Mendapat Faedah?

1. Setelah dikaji dan dianalisa, didapati pengundian semula ini amat menguntungkan kepada pihak WUFI ataupun Pro-M.

2. Ini adalah langkah terakhir yang diadakan oleh pihak WUFI sekiranya mereka kalah dengan teruk.

Mengapa?

1. Kerana secara keseluruhan, pihak Pro-M telah kalah dengan begitu teruk sekali di majoriti IPTA di seluruh negara.

2. Maka UIAM yang memang merupakan kubu kuat Pro-M tidak boleh kalah sama sekali walau apapun yang berlaku.

3. UIAM juga terkenal dengan majoriti pihak pentadbiran condong ke sebelah pembangkang. Maka ini adalah salah satu akses kepada pihak WUFI untuk melakukan sabotaj.

4. Apabila pengundian semula dilakukan, UIAM akan menyaksian perkumpulan besar-besaran pihak Pro-M kerana jentera-jentera mereka di universiti lain yang telah tamat proses pengundian akan turun ke UIAM untuk menguatkan barisan jentera UIAM yang dilihat gagal pada kali ini.

Sep 15, 2012

Lagi Bukti Dalang Kepada Rusuhan Terhadap Filem Menghina Nabi


1. Klip video di atas adalah temuramah antara CNN dan penasihat calon Presiden AS dari parti Republikan, Mitt Romney.

2. Jelas menunjukkan bahawa penasihat Romney mengkritik polisi asing Obama yang lemah sehinggakan terbunuhnya Duta AS, Chris Stevens.

3. Malah Romney juga telah mengkritik polisi asing Obama sebagai celaru dan juga amatur. (Baca di sini)

Sep 13, 2012

ANALISIS: Rusuhan Filem Menghina Nabi Konspirasi Amerika Syarikat!



1. Semalam menyaksikan bumi Mesir dan Libya bergegar dengan demonstrasi di Kedutaan AS menentang penerbitan filem yang dikatakan menghina Nabi.

2. Akibat daripada demonstrasi tersebut, seorang Duta AS ke Libya, Chris Stevens telah terbunuh beserta dengan beberapa lagi warga AS yang lain.

3. Ini adalah satu perkara yang sebenarnya tidak boleh dibanggakan oleh orang Islam.

4. Kerana apa?

5. Kerana rusuhan, demonstrasi ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak AS sendiri termasuk dengan kematian-kematian warga AS itu sendiri

6. Ini disebabkan oleh pilihanraya Presiden yang sedang berlaku di AS.

7. Persaingan antara Mitt Romney dan Barack Obama kelihatan semakin sengit, dan baru-baru ini sahaja Obama dapat memintas populariti Mitt Romney.

8. Seperti yang berlaku pada perang Vietnam dahulu, rusuhan ini telah dirancang untuk memberikan satu platform untuk pihak Republikan, iaitu dengan calonnya Mitt Romney untuk mengambil semula kerusi Presiden AS.

Obama VS Romney

9. Obama akan dilihat sebagai tidak mampu untuk bertindak membela kematian-kematian warga AS di Libya dan Mitt Romney yang memang dikenali sebagai seorang Kristian Mormon akan mendapat tempat sebagai pembela warga AS terutamanya yang cenderung kepada agama.

10. Dan Mitt Romney sudahpun menyelar kelemahan pentadbiran Obama akibat kes ini. (Baca di sini)

Romney tersenyum setelah memberi komen terhadap pentadbiran Obama berikut kes rusuhan  tersebut.
11. Dan yang lebih menarik, rusuhan ini berlaku pada 12hb September, sehari selepas ulang tahun ke-11 serangan World Trade Centre 11hb September 2001. Psikologi umum warga AS yang sedang mengingati peristiwa itu dimomokkan lagi dengan senario yang berlaku di Mesir dan Libya.

12. Nampaknya sekali lagi Dunia Islam menjadi alat kepada politik yang berlaku di AS. Usaha untuk memulihkan imej Islam sebagai agama yang aman nampaknya telah dicalarkan lagi dengan peristiwa sebegini.

Sep 9, 2012

@Khalid_Ibrahim Berbohong Lagi. #SaveSgor

Sumber dari Penembak-Tepat.com

1.  Menurut Sinar Harian, (baca di sini) Khalid Ibrahim mendakwa bahawa beliau menyewa bas tersebut dengan wang beliau sendiri dan bukannya dengan duit rakyat ataupun duit wang kerajaan negeri.

2. Tetapi, setelah didedahkan oleh Panglima Perang Cyber, terbukti bahawa Khalid sekali lagi berbohong kepada rakyat Selangor.

3. Dengan bukti geran yang dikeluarkan, jelas menunjukkan bahawa beliau adalah pemilik bas tersebut.

4. Adakah beliau membeli bas tersebut kemudian menyewakannya kepada kerajaan negeri?

5. Ini adalah satu lagi bentuk penyelewengan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim.

6. Dengan mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai bas, membiayai kos guaman Rafizi Ramli, mengapa beliau tidak berbelanja untuk pelajar UNISEL?

7. Sampaikan terdapat pelajar UNISEL mengamuk kerana tidak dapat mendaftar akibat kegagalan UNISEL menjelaskan hutang utiliti yang sudah lama tertunggak. (baca di sini)


8. Sampai bila rakyat hendak menderita sedangkan pemimpin PKR sedang duduk bersenang-lenang.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Bersuara!

DS Nik Aziz Terima Anugerah Anjuran Sendiri.

Muka Nik Aziz pun tak ceria kerana tahu anjuran sendiri

1. 8hb September 2012 telah menyaksikan satu peristiwa yang bersejarah; DS Nik Aziz telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di UNISEL.

2. Ia dikatakan bersejarah kerana buat julung kalinya penganugerahan diberikan atas penganjuran sendiri.

3. Saya ingin bertanya apakah sumbangan beliau terhadap dunia pendidikan nusantara sehinggakan beliau layak untuk terima anugerah malah turut dinobatkan sebagai tokoh.

4. Saya juga ingin bertanya kepada sesiapa yang mengetahui apakah sumbangan beliau terhadap Islam di Malaysia.

 5. Haji Abdullah Sama'ah, yang merupakan Guru Pondok Geting, juga turut menyatakan bahawa PAS di bawah pimpinan DS Nik Aziz ini sudah rosak.  


6. Kerana itulah tiada institusi pendidikan tinggi selain yang dikuasai Pembangkang hendak memberikan sebarang penghormatan kepada DS Nik Aziz untuk apa jua pencapaian sekalipun.

7. Adakah ini suatu perkara yang boleh beliau banggakan sebenarnya?

8. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

Sep 8, 2012

Bukti PAS Tidak Setia Pada YDPA!

Adakah ini bendera bakal digunakan oleh Pembangkang sekiranya menang PRU 13?


1. Baru-baru ini, Sambutan Hari Kemerdekaan 55 tahun dicemari dengan insiden-insiden yang dikira biadap dan tidak menghormati pengorbanan negara dan juga jasa orang terdahulu. Salah-satunya adalah perbuatan mengibarkan Bendera Saka Merah yang mahu menggantikan Jalur Gemilang.

2. Merujuk kepada artikel daripada HarakahDaily (Baca di sini), AJK PAS Pusat yang juga merupakan seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin, berkata

Mohamed Hanipa Maidin
"Biarlah anak muda berekspresi, tidak perlulah kita keras sangat."

Adakah ini juga ekspresi diri yang dibolehkan oleh PAS
3. Beliau merujuk kepada kes pengibaran bendera Republik Sang Saka Malaya yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Hasutan.
4. Dan jika dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah akta 149 (1) (b) iaitu:

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan;
5. Jika dilihat kepada perbuatan mengibarkan bendera gantian itu, jelas bahawa mereka berdua ini telah khianat dan membangkitkan perasaan tidak setia kepada YDPA.

6. Maka, kenyataan AJK PAS Pusat ini telah membenarkan perbuatan khianat terhadap Ketua Negara iaitu YDPA.

7. Semakin jelas bahawa Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 (Hudud) tidak memasukkan salah satu daripada hukum hudud iaitu Bughah (Penjelasan di sini) kerana PAS tahu mereka akan menentang YDPA suatu hari nanti.

8. Tindakan-tindakan PAS sebelum ini juga menjurus ke arah penentangan terhadap YDPA seperti isu Mat Sabu Komunis, isu Dr. Hasan Ali, isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan pelbagai lagi.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.

Sep 6, 2012

Mangsa Banjir Serdang diabaikan Satim Diman @NajibRazak



1. Seperti yang dilaporkan oleh berita 5hb September 2012, kawasan Serdang telah dilanda oleh banjir kilat yang agak teruk.

2. Air naik setinggi 1 meter telah meneggelamkan byk rumah di kawasan Seri Serdang dan kawasan di sekitarnya.

3. Namun begitu, wakil rakyat Serdang, Dato' Satim Diman hanya datang untuk menunjukkan muka tanpa memberikan apa-apa bantuan kepada mangsa banjir.

Winnable Candidate or Questionable Candidate???
4. Malah beliau dilihat dalam tahun ini lebih banyak meluangkan masa di kawasan PDM sekitar Puchong  kerana mahu fokus kepada kawasan yang tidak meyokong beliau pada PRU yang lepas.

5. Memang benar kawasan sekitar Seri Serdang memberikan sokongan kepada Dato' Satim tetapi janganlah diabaikan terus!

6. Sampaikan ada mangsa banjir yang mendakwa "Satu tin biskut pun tak sampai!"

7. Adakah ini tindakan oleh seorang yang hendak dikatakan sebagai "winnable candidate"

8. Dalam suasana semua orang berkira-kira betsedia untuk menawan kembali Selangor, janganlah pula tindakan yang lambat sebegini boleh menjadi punca kegagalan misi tersebut.

9. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya Dato' Satim turun juga menjenguk berbanding dengan wakil dari PAS, sampai kini tidak nampak batang hidungnya.

10. Sekurang-kurangya, berilah sedikit beras, bawang, tepung dan sebagainya yang musnah dibawa banjir.

11. Satu soalan untuk Dato' Satim jawab, "Sekiranya tidak tercalon untuk PRU ke-13, adakah Dato' akan terus berjuang menyokong calon BN yang baru ataupun mengalah berdiam diri dan biarkan calon BN yang baru itu berjuang sendirian?"


Sep 4, 2012

Pelajar UNISEL Mengamuk! @Khalid_Ibrahim



1. Sinar Harian melaporkan (Baca di sini)  bahawa seorang pelajar UNISEL mengamuk dan bertindak untuk memecahkan pintu pentadbiran pejabat pentadbiran UNISEL.

2. Pelajar itu mengamuk kerana tidak dapat membuat pendaftaran dan mengambil kunci asrama atas alasan 'server down'.

3. Setelah disiasat, eksekutif pengurusan JNSB, Norrashikin Mat Juperi mengaku bahawa UNISEL tidak membayar bil internet, talian telefon dan lain-lin utiliti.

4. Nampak benar bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak pandai menguruskan UNISEL dari segi kewangan.

5. Khalid Ibrahim sepatutnya bertanggung jawab atas perkara ini dan janganlah kesalahan tersebut diletakkan ke atas pelajar tersebut.

6. Kekecewaan demi kekecewaan pelajar UNISEL semakin hari semakin bertambah dan ini menjadikan pelajar-pelajar ini akhirnya hilang sabar.

7. Bagaimanalah agaknya Pembangkang hendak menguruskan hal pentadbiran universiti seluruh negara sedangkan satu universiti ini pun terdapat diuruskan dengan baik.

Sep 2, 2012

Panggilan Bangkit Pemuda UMNO! @KhairyKJ #BangkitPemuda



1. Cukup sudah negara kita yang tercinta ini dimalukan dengan perbuatan biadap dan kurang ajar pembangkang.

2. Cukup sudah pemimpin kita DS Najib Razak dimalukan dengan sedemikian rupa.

3. Cukup sudah parti keramat ini berdiam diri sahaja mengalah kepada yang lemah.

4. Sudah sampai masanya untuk Pemuda UMNO ini kembali megeluarkan taring yang tersimpan lama.

5. Panggilan ini dibuat kepada semua ahli Pemuda.

6. Lupakan sahaja perkara remeh-temeh dan kembali memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

7. Mungkin ramai yang tidak sedar, yang dipijak itu adalah kepala seorang beragama Islam.

8. Yang dipijak itu adalah kepala seorang berbangsa Melayu.

9. Hendak dibiarkan perkara ini dengan begitu sahaja?

10. Ke mana hilangnya pejuang-pejuang Melayu?

11. Mendabik dada menggelar diri pejuang, mendabik dada menceritakan kegagahan, mendabik dada mengaku kepahlawanan.

12. Tatkala diperlakukan sedemikian, semuanya menikus menyendiri. Hebat dengan cerita-cerita tunggangan semata.

13. Jangan angka ini berulang kembali.

Kemungkinan Sabotaj Pihak Pembangkang di dalam Tweet Merdeka #Merdeka55



1. HarakahDaily ada mengeluarkan artikel (Baca di sini) mengenai Tweet Merdeka yang kononnya memalukan kerana terdapat bots ataupun kiriman tweet secara automaton serta akaun palsu (fake account).

2. Perkara ini turut disebut oleh MalaysiaKini. (Baca di sini)

3. Tetapi Harakah Daily tidak terlebih dahulu memahami tentang Tweet Merdeka itu sendiri dan sistem yang digunakan oleh Twitter.

4. Lebih malang lagi apabila penulis MalaysiaKini, Nigel Aw secara bodohnya telah mengaitkan dengan Tweet Merdeka ini dengan undi Pilihanraya. Rekod tweet terbanyak dalam masa sejam membolehkan satu akaun tweet untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin tweet dalam masa sejam bukannya satu akaun satu tweet sahaja.

Tweet Merdeka.

1. Tweet Merdeka adalah satu kejadian yang dirancang untuk menempa dua rekod baru di dalam Malaysia sekaligus meletakkan nama di dalam Malaysia Book of Records.

2. Rekod yang ingin ditempa adalah:

a. Himpunan Twitter Terbesar di Dunia (Sasaran 10,000 peserta)

b. Tweet terbanyak di dalam masa satu jam menggunakan #Merdeka55 (Sasaran 20,000 untuk rekod, 100,000 sasaran penganjur, 1,000,000 sasaran DSU Rais Yatim)

3. Maka cubaan terhadap 2 rekod ini bukanlah politikal malahan bersifat patriotik kerana hendak menaikkkan nama Malaysia sebagai pemegang rekod dunia di dalam arena media sosial.

4. Tetapi malangnya, sifat pembangkang yang selalu hendak menidakkan kejayaan Malaysia seperti mana sebelum ini dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei masih lagi tidak berubah.

Pemahaman Tentang Rekod Tweet Terbanyak Dalam Sejam.

1. Twitter adalah satu sistem terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja mendaftar sebagai pengguna.

2. Promosi tentang cubaan menempa rekod ini sudah berlangsung lebih daripada sebulan dengan penglibatan selebriti tanah air sendiri seperi Fizo Omar, Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

3. Malah, Tweet Merdeka langsung tidak menghalang ahli politik pembangkang untuk turut sama mengirim Tweet menggunakan #Merdeka55.

4. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang patriot, tidak salah untuk berusaha mengirimkan tweet sebanyak mungkin pada waktu tersebut. Dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah dan mahu mengaku kalah, maka usaha ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

5. Malah, dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan dan peluang untuk berinteraksi dengan PM @NajibRazak secara lansung juga menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengirimkan tweet sebanyak mungkin.

6. Di atas pemahaman ini, mungkin terdapat segelintir rakyat Malaysia yang cuba mengambil peluang untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk mereka memenangi hadiah ataupun menjadi pilihan tweet untuk dibalas oleh PM.

7. Maka pelbagai cara diusahakan untuk mencapai perkara tersebut.

8. Maka penggunaan sistem seperti Tweet Deck untuk mengirimkan Tweet secara pukal tidak dapat dihalang.

9. Malah, ini juga membuka peluang untuk pihak luar yang tidak bertanggung jawab untuk sabotaj cubaan ini.

Kemungkinan Sabotaj Pembangkang.

1. Tidak sampai sehari, HarakahDaily dan MalaysiaKini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan tentang wujud bots, akaun palsu dan lain-lain lagi hal untuk mengurangkan integriti terhadap cubaan terhadap rekod tersebut.

2. Perkara ini mungkin dirancang sendiri oleh pihak pembangkang. Mereka mungkin memasang beberapa akaun palsu, bots untuk turut serta bersama di dalam #Merdeka55, kemudian mendakwa bahawa Tweet Merdeka ini tidak sah dan terdapat cubaan menipu dan sebagainya.

3. Tetapi barang siapa yang turut serta tweet semasa jam 8.12 mlm sehingga 9.12 malam langsung tidak dapat melihat timeline Twitter pada waktu tersebut kerana terdapat lebih kurang 1003 tweet dikirimkan dalam masa 1 saat secara puratanya.

4. Maka mereka yang dapat kesan tweet berulang ini barangkali telah merancangnya terlebih dahulu kemudian kononnya mendedahkan perkara ini sebagai akaun palsu langsung memburukkan nama pihak Kerajaan yang mengumumkan kejayaan ini.

5. Malah sehari sebelum kejadian, pihak Telco yang telah menaikkan sistem kapasiti jalur lebar di stadium telah disabotaj dan pelbagai masalah lagi yang berlaku sebelum hari kejadian.

6. HarakahDaily dan juga MalaysiaKini menggunakan PoliTweetOrg sebagai bahan rujukan mereka.

7. Namun begitu, PoliTweetOrg tidak mengumumkan apakah sistem yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut.

8. Ini kerana kami mendapat laporan bahawa terdapat beberapa sistem yang digunakan untuk memantau #Merdeka55 ini mencapai limitasi mereka kerana terlalu banyak tweet dikirimkan pada sela masa tersebut.

9. Terdapat juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PoliTweetOrg yang menyokong Tweet Merdeka tidak diketengahkan oleh HarakahDaily dan juga MalaysiaKini.

10. Mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang  membina persepsi negatif orang awam terhadap Tweet Merdeka #Merdeka55.

11. Ini adalah satu sikap yang sangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh media pro pembangkang.

12. Sepatutnya usaha ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira parti politik kerana yang dijulang adalah nama Malaysia itu sendiri pada akhirnya.