Showing posts with label harga barang. Show all posts
Showing posts with label harga barang. Show all posts

Sep 3, 2018

Isu SST : Ketua Pengarah @KastamMalaysia Wajib Letak Jawatan!



Berita yang disiarkan oleh MalaysiaKini pada 13 Mac 2018, sebelum kejatuhan Kerajaan BN telah menyiarkan bahawa Ketua Pengarah Kastam mengatakan bahawa untuk kembali ke sistem lama (SST) adalah tidak masuk akal!

Memang benar tidak masuk akal pun kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di dalam sejarah peradaban manusia yang kembali menggunakan sistem kuno setelah melangkah setapak ke hadapan dari sudut pelaksanaan sistem percukaian era moden.

Jan 2, 2014

#NaikHarga : Bendung kenaikan harga barangan #Nasional

Kenaikan harga barang kembali melanda Malaysia. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti pekerja biasa dan golongan bawah, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, "ingat sebelum kena, jimat sebelum habis."

Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang. Antaranya masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.

Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus daripada harga sebelumnya.

Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup-cukup makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga.

Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna.