Nov 5, 2020

MENGAPA DAP CUKUP ANTI DENGAN DATUK SERI NAJIB?


Dalam sidang hari ini, Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, meminta Perdana Menteri “menyatakan keadaan-keadaan istimewa (special circumstances) seorang bekas Perdana Menteri yang menjadi penjenayah setelah didapati sabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi masih diberikan beberapa keistimewaan seperti pengawal peribadi beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan polis pengiring bermotosikal.” 

Pertanyaan ini sebenarnya lebih kurang sama saja dengan pertanyaan mengapa seorang Ahli Parlimen yang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 masih kekal sebagai seorang Ahli Parlimen walaupun Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ini telah menghilangkan kelayakannya untuk menjadi Ahli Parlimen. 

Jawapan kepada pertanyaan ini adalah kerana Perkara 48 (4) (b) dan Perkara 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kehilangan kelayakan itu hanyalah mula berkuat kuasa apabila “habis tempoh empat belas hari dari tarikh sesuatu rayuan dibereskan oleh mahkamah” jika suatu rayuan dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu serta “sebaik sahaja petisyen bagi sesuatu pengampunan dibereskan” jika ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan.

Bila pensabitan dan hukuman hanya dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta oleh Lembaga Pengampunan maka kekallah beliau sebagai seorang Ahli Parlimen, dan prinsip sama inilah juga yang berlaku di dalam pengekalan beberapa keistimewaan seperti pengawal peribadi beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan polis pengiring bermotosikal kepada seorang bekas Perdana Menteri.     

Takkanlah benda asas begini pun seorang Ahli Parlimen DAP tidak boleh faham?

6 comments:

Anonymous said...

Apa reaksi kuda tua tunggangan DAP dan barua DAP mengenai belanjawan untuk sekolah vernakular. Tunggu dan lihat

Pembangkang mempersoalkan Belanjawan 2021 yang menurut mereka meminggirkan sekolah vernakular.

Ahli parlimen DAP mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.

Namun, Khoo, yang menyentuh Belanjawan 2021 hari ini, berkata bahawa tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Setiap kali pilihanraya umum, pilihanraya kecil Adun atau Parlimen melibatkan calon Cina kaum ini akan memberi kemenangan majority dan solid pada kaumnya. Untuk PRU akan datang calon MCA , MIC hendaklah bertanding dikawasan majority kaum masing masing.

Anonymous said...

Otai Reformasi puji belanjawan 2021. Saje kopi pes dari laman reformasi

Waktu PH perintah.. takde departmant ini..tutup terus. Sebab tu perihal kerajaan masa PH tadbir dulu rakyat banyak tak tau. Fitnah-fitnah musuh sukar ditangani masa tu. Nak tubuh team cytro pro PH pon taknak. Sebab dah ada RTM, ada Bernama news katanya.

Pada gue, itu bukan soal PH potong baget JASA sebab bukan keperluan, tetapi potong dan di TIADAKAN sebenarnya PM7 Mahakuty masa tu sudah plan nak sabotaj. Supaya PH diserang teruk dan dibenci rakyat.

Kita penyokong PH pon jem nak sebar kebaikan PH pon payah. Manifesto-manifesto PH banyak yang tak tertunai.

Pasal mangkok ayun tua kutuk PM7 tu lah!!! Mentri-menteri PH masa tu pon semua bangang- bangang belaka.

Bila situa jahanam tu cakap " Manifesto bukan kitab suci " sekor siamang laut pon tak berani sanggah!!! Agaknya mulut dah disumbat projek-projek kot.

Sebab itulah sampai kini ada bekas2 menteri masih dok gilakan si tua kutuk pengkhianat PH tu.

Sedar tak masa jadi PH dulu kalian menteri2 dikhaldaikan si tua Pm7 pastu terus teruskan jadi khaldai dia sampai hari ni?

Esok if baget JASA dengan perubtukan besar nih lulus, jangan kamu hairan bila cytro2..page2 FB yang condong sokong PH dah dapat dana dedak PN dan mula mengeji PH pula ya!!!!

DAP memang tidak suka JASA sejak JASA dikenali sebagai Cawangan Khas di bawah Jabatan Penerangan pada sekitar tahun 95-2000 lagi. Ustaz ustaz JASA ini masuk kampung imamkan solat, buat taqarrub di rumah orang setiap malam jumaat, baca Yassin, imamkan solat dan perbetulkan semula dakyah songsang DAP dengan hadis dan hujah.

Sebenarnya JASA bukan cybre trooper tapi ia labih dari itu. Memanglah DAP tidak suka bila JASA menyatukan semula orang Melayu di kampung, di masjid dan di komuniti bandar dengan mencuci balik semua indoktrinasi jahat DAP selama ini.

Contoh mereka yang terpedaya dengan dakyah jahat DAP adalah seperti geng-geng walaun bodoh bangang PAN dan PejWang.

Sesudah 22 bulan (PH) + 10 bulan (PN) = 32 bulan atau 2 tahun, 8 bulan lamanya JASA sudah dikuburkan. Semua pekerja JASA ramai diberhentikan. Aset JASA termasuk kereta, pejabat di HQ, pejabat negeri dan peralatan pejabat semuanya entah ke mana.

JASA cuba perbetulkan semula persepsi rakyat, sebab itu motto JASA adalah "Memimpin Pendapat Rakyat" masa BN dan Najib jadi PM.

Pada otai yang bebulu dengan si tua kutuk tu, tak tau chek nak habak camner... samada nak gelak ka atau nak nangis... cuma chek rasa..!











haahhhh tepokkk...!!

Anonymous said...

Bossku dalam Bajet 2021 vs Tun 2021

Fakta Bossku : Terima kasih kepada Pembahas Utama Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen BARISAN NASIONAL yang bersungguh-sungguh memperjuangkan suara hati rakyat yang benar-benar mengharapkan agar Kerajaan menimbang semula beberapa keputusan Belanjawan 2021:

1. Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP
– Datuk Seri Najib bukan sahaja menegaskan keperluan Kerajaan mengkaji semula untuk rakyat mengeluarkan WANG MEREKA dalam Akaun 1 KWSP secara one-off dengan kadar maksimum RM10,000 bukannya beransur-ansur RM500 sebulan dan terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan. Bahkan dibenarkan dikeluarkan oleh semua yang terkesan termasuk M40 secara pukal kerana tidak akan menjejaskan Belanjawan, malah 3 cadangan dibuat untuk menampung kekurangan dana KWSP.

2. Yuran Pengajian universiti dikurangkan dan plan data internet untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta di berikan percuma.

3. Bantuan Prihatin dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000

4. Bantuan Prihatin untuk Golongan Bujang juga dinaikkan sebagaimana BR1M dulu daripada RM350 kepada RM600 dan lain lain

Tun dalam bajet 2021..

Fakta Tun : Mahathir persoal dari mana sumber kewangan untuk Belanjawan 2021

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan dari mana kerajaan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan negara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Beliau berkata, defisit kerajaan sahaja sudah mencecah RM85 bilion iaitu lebih besar dari bajet pembangunan sebanyak RM69 bilion.

Nampak tak perbezaan fakta yang cuba di mainkan atok kau..!! Sedangkan masa 22 bulan berkuasa negara tak ada duit, negara bangkrap kena bon samurai, bon panda bailout kedai roti The Loft dan taikun Cina dapat projek Bandar Malaysia, OPCOM dapat beratus juta dll.

Cakap siapa yang patut dinilai kewajaran dan kebenaranya dari fakta dan kedudukan kewangan negara..!? Atok cuba memainkan sentimen basi pembelit pengaruhi fikiran rakyat.

Anonymous said...

Keturunan Sultan Singapura berkerja jadi tukang cuci. Ini yang cuba dilakukan Parti DAP melalui kuda tua tunggangan mereka dan barua barua DAP.

Singapura, siapa sangka terdapat kerabat diraja Singapura pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.

Di Malaysia, kuda tua tunggangan DAP sudah jadi Perdana Menteri 2 kali dan katakan apa apa nasihatnya ditolak oleh Yang Dipertuan Agong seperti yang berlaku pada Perdana Menteri Mahyuddin baru baru ini.

Apa kah agaknya reaksi kuda tua tunggangan DAP ini..!?

Sudah dikenalpasti kuda tunggangan DAP mempunyi sikap suka bergaduh, mencaci maki, menuduh tuduhan buruk , memfitnah jijik dan memburuk burukkan Raja Raja Melayu.

Inilah nasib yang dialami oleh Tengku Shawal, 51, dan keluarganya dan keturunanya Sultan Hussein Shah waris Sultan Singapura bila kita alpa dan lupa.

Kepada kuda tunggangan DAP ini perbanyakkan wirid mengingati Allah SWT , waktu semakin singkat. Jangan ditasbihkan nama Najib!! Lebihkan tasbih nama Allah SWT

Tengku Shawal, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah diraja Singapura. Pengakhiran yang hina kerabat Sultan Singapura ini.

Suatu penghinaan pada Raja raja Melayu dlm kes fitnah jijik Prebet Adam bila terhadap Sultan Johor dulu oleh Perdana Menteri ke 4 negara..!?

Media dikuasai sepenuhnya penguasa tamak dan rakyat percaya rekayasa fitnah jijik ini.

Akhirnya kes Perebet Adam adalah kes fitnah paling kotor dan paling jijik sekali. (Link dibawah Video)

lagi link dibawah
https://klbroadcastmedia.wordpress.com/2018/04/13/video-30-tahun-mahathir-menipu-rakyat-kes-prebet-adam/

Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters berkata beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya dihalau dari istanamya utk dijadikan muzium tarikan pelancong.

Diberi peluang menjadi Perdana Menteri kali ke-2 hanya sempat berkuasa dalam kerajaan PH 22 bulan sahaja dengan harapan pelihara dan angkat Raja Raja Melayu dan jaga Agama Islam agar tidak diperlekehkan..

Apa yang cuba dia buat bila diangkat PM kali ke 2..!?

Malah bertambah lagi teruk ICERD pulak yang mahu dipersetujui. Kita tak perlu lagi pemimpin2 hodoh ini lagi dimasa akan datang.

Setakat acah acah power dng bait bait puisi konon nak jadi juara melayu, raja-raja dan islam bila kuasa sudah tiada lagi.

Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya dan Sultan Singapura kini dijadikan lokasi muzium di Singapura.

Saya ulanggg..!! hanya jadi muzium untuk tatapan rakyat Singapura.

Insyallah dengan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong dan Raja Raja Melayu dan kaum yang didatangkan dari timur akhir zaman sisa sisa panji kerajaan kalifah akan berkibar semula dari timur.

Kepada kuda tua tunggangan DAP ini dan barua baruanya dalam ICERD, COMANGO, Pluralist, Syiah, SIS yang ditaja dibiayai wang ringgit yang mewah oleh yahudi antarabangsa mahupun MCA atau MIC berpijaklah dibumi nyata bahawa tanpa Melayu anda selamanya hamba dan bukan Tuan...!! (link video dibawah)

http://wiraveteran.blogspot.com/2017/08/mahathir-adalah-dalang-fitnah-prebet.html?m=1

Karomah pulang ke gagang kuasa Raja Raja Melayu di bumi kaum yang dijanjikan akhir zaman datang sendiri. Kisah fitnah perebet Adam terhadap Raja Melayu oleh sang fitnah penguasa tamak harus dijadikan pedoman untuk generasi akan datang

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/pengajaran-perlu-diambil-disebalik-sejarah-prebet-adam-buat-umat-islam/

Anonymous said...

Tangkap dan ambil Tindakan Undang-Undang Perlu Diambil Terhadap Zeti Aziz Bekas Gabenor Bank Negara

Satu siasatan telah dibuat terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz, dan nampaknya beliau telibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa. (Link Video bawah ni haah)

https://youtu.be/9keShws0UEU

Siasatan juga telah menunjukkan yang beliau tahu tentang derma sebanyak US$680 juta dari Arab Saudi.

Zeti jugalah yang menasihati Najib Tun Razak untuk memasukkan duit itu ke dalam akaun peribadinya dan bukan ke dalam akaun Umno.

Zeti juga yang memberi kelulusan untuk duit itu dibawa masuk ke Malaysia.

Penglibatan Zeti bersama Jho Lo (link bawah ni haahh..!)

https://www.malaysia-today.net/2020/10/30/the-untold-story-of-zetis-involvement-with-jho-low/

Mengapa Zeti perlu disiasat. Tangan tangan kotor Zeti’s dan sikap diam membisunya kerana Zeti juga adalah beneficiaries dalam duit 1MDB. Pendedahan peranan keluarga suami Zeti dan keluarganya bersama Jho Lo dalam kes 1MDB sambil mengenakan Najib Tun Razak.

Anonymous said...

Senarai 13 Poli'Tikus' yang menentang Budget 2021 secara Membuta Tuli serta menderhakai Titah Yang DiPertuan Agung.

Undi belah yang bahagi akhirnya Pembangkang ditewaskan oleh pembangkang sendiri.

Malam sebelum mengundi atok u turn boleh berkerjasama kalau 'kena caranya'. Atok mula nak main game.. Akhirnya dipetang hari mengundi ini balasanya..!! Jadi ini peluang nak malukan orang tua itu...Biar orang tua itu terkonteng-konteng dengan 13 orang...

Teruk atok kena main kali ini. Daripada PKR dimalukan PN lebih baik malukan Mahathir (Ini kira balas dendam). Rupanya pengkhianatan pengkhianat akhirnya di khianati atas pengkhianatan mereka sendiri..!

Senarai 13 nama calon yang telah di belek belek samada untuk di 'timbang kati atau timbang tahil' oleh pengundi pada PRU15 akan datang. Lu fikir lah sendiri

1. Mahathir Mohamad PH - PPBM =18,954
Nawawi Ahmad (BN - UMNO) =10,061
Zubir Ahmad (PAS) = 5,512
Majority: 8,893

2. P5 JERLUN
Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
Majority: 5,866

3. P8 POKOK SENA
Mahfuz Omar (PH - AMANAH) = 28,959
Muhamad Radhi Mat Din (PAS) = 23,401
Said Ali Said Rastan (BN - UMNO) = 18,390
Majority: 5,558

4. P111 KOTA RAJA
Mohamad Sabu (PH - AMANAH) = 90,697
Mohamed Diah Baharun (PAS) = 19,555
Gunalan Velu (BN - MIC) = 17,874
Majority: 71,142

5. P96 KUALA SELANGOR
Dzulkefly Ahmad (PH - AMANAH) = 29,842)
Irmohizam Ibrahim (BN - UMNO) = 21,344
Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) = 8,535
Majority: 8,498

6. P101 HULU LANGAT
Hasanuddin Mohd Yunus (PH - PAN) = 49,004
Azman Ahmad (BN - UMNO) = 23,580
Che Rosli Che Mat (PAS) = 15,663
Majority: 25,424

7. P108 SHAH ALAM
Khalid Abd Samad (PH - AMANAH) = 55,949
Azhari Shaari (BN - UMNO) = 22,100
Mohd Zuhdi Marsuki (PAS) = 15,194
Majority: 33,849

8. P113 SEPANG
Mohamed Hanipa Maidin (PH - PAN) = 46,740
Marsum Paing (BN - UMNO) = 28,035
Sabirin Marsono (PAS) =15,882
Majority: 18,705

9. P74 LUMUT
Mohd Hatta Md Ramli (PH - PAN) = 21,955
Zambry Abd Kadir (BN - UMNO) = 21,555
Mohammed Zamri Ibrahim (PAS) = 10,135
Majority: 400

10. P88 TEMERLOH
Mohd Anuar Mohd Tahir (PH - PAN) = 23,998
Sharkar Shamsudin (BN - UMNO) = 22,094
Md Jusoh Darus (PAS) = 14,734
Mohd Khaidir Ahmad (IND) = 178
Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (IND) = 46
Majority: 1,904

11. P133 TAMPIN
Hasan Bahrom (PH - AMANAH) = 22,435
Shaziman Abu Mansor (BN - UMNO) = 21,433
Abdul Halim Abu Bakar (PAS) = 4,598
Majority: 1,002

12. P161 PULAI
Salahuddin Ayub (PH - AMANAH) = 55,447
Nur Jazlan Mohamed (BN - UMNO) = 26,523
Mohd Mazri Yahya (PAS) = 4,332
Yap Keng Tak (IND) = 591
Majority: 28,924

13. P57 PARIT BUNTAR
Mujahid Yusof (PH - AMANAH) =16,753
AbdPuhat Mat Nayan (BN - UMNO) =13,655
Ahmad Azhar Sharin (PAS) = 12,312
Majority: 3,098

Peristiwa hari ini cukup beri pengajaran pada game fitnah si lidah bercabang. Ini bererti hubungan Mahathir-Anwar putus sama sekali. Ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir. Mahathir kini disokong oleh anak beranaknya dan 11 ahli Parlimen PAN.

Anwar pun faham dia tak ada BILANGAN tanpa apa apa sokongan UMNO maka dia tidak akan cukup ahli Parlimen untuk menang dalam undian ini.

Jika Anwar dan ahli-ahli Parlimen PKR bangun untuk menyokong undi belah bahagi sekali pun, mereka akan kalah ini langkah yang sia-sia dan memalukan PH.

Lebih baik malukan Tun, selama ini pun Tun dah banyak kali malukan Anwar dan PKR. Teruk atok kena main kali ini.

Esok lusa kita boleh tengok atok akan marah sana sini dan mula sumpah seranah suma orang tak betul dan memacam lagi lah.
Esok hari sama sama kita saksikan atok yang marah marah..

kikiki..