Showing posts with label Himpunan Gulingkan Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Gulingkan Kerajaan. Show all posts

Jan 14, 2014

#Eksklusif : Antara Sultan Melaka, #Kangkung dan Mahkamah.

Kecoh diperkatakan di media sosial baru-baru ini tentang perihal kangkung. Ini semua berpunca apabila misalan dan sindiran DS Najib Razak pada hari Ahad yang lalu dipermainkan oleh media pro-pembangkang. Kononnya berita pada malam tersebut dikatakan khas untuk DS Najib mengumumkan harga kangkung turun lalu diminta rakyat untuk memuji kerajaan BN oleh kerana itu.

Saya tidak mahu menceritakan tentang perihal kangkung ini dengan lebih lanjut kerana terlalu muak mendengarnya. Muak bukan kerana diulang-ulang oleh media pro-pembangkang tetapi kerana tiada satupun usaha yang ditunjukkan oleh media pro-kerajaan untuk membalas semula ejekan jahat tersebut. Jika dahulunya, media pro-kerajaan dengan pantas dan tuntas akan melawan semula ejekan jahat tersebut namun kini, seolah-olah pihak media pro-pembangkang sahaja yang wujud di media maya ini.

Jan 7, 2014

#RPDM31D : KENYATAAN RASMI S.S MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “BUGHAH” & “HALAL DARAH”.

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

#RPDM31D : Orang Pertama Yang Sepatutnya Dikenakan Hukuman Bughah adalah @IshamRais


Idea untuk menggulingkan Kerajaan ini sebenarnya sudah berlegar di media maya semenjak 1 Januari 2013 yang lalu oleh Hishamuddin Rais di Balik Pulau, Melaka bersempena dengan Himpunan KL112.

Namun ideanya yang ekstrem ini tidak mendapat sambutan orang ramai ketika itu.

Sewaktu Chegu Bard dan Azan Safar hendak menganjurkan perhimpunan TURUN pada ambang 31 Disember 2013 tempoh hari, Hishamuddin Rais pada masa yang sama hendak mengadakan himpunannya sendiri iaitu Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013. 

Jan 1, 2014

#Nasional : #HargaTol belum dinaikkan lagi! Hentikan sebaran fitnah! #RPDM31D


YB Datuk Fadillah Yusof sudah mengeluarkan kenyataan akhbar yang barang kali tidak dipedulikan oleh sesiapa pun kerana terlalu sibuk dengan Himpunan Bodoh 31 Disember semalam.

Bagi mereka yang membuat pelbagai spekulasi tentang kenaikan harga tol 1 Januari 2014 bolehlah menghentikan segala sebaran fitnah keran kerajaan belum mengeluarkan apa-apa lagi arahan untuk menaikkan harga tol.

Malah Datuk Fadillah juga telah menerangkan semenjak tahun 2008 pelbagai usaha oleh kerajaan telah dijalankan untuk mengurangkan bebanan pengguna jalan raya, termasuk dengan penutupan dan pemansuhan kutipan tol di 7 plaza tol dan pengurangan kadar tol di 3 lebuh raya.

Semua ini dilakukan sebelum desakan kumpulan NGO TURUN ke, TORON ke atau pun TOLOL. Tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada kumpulan NGO bodoh seperti mereka itu.

#Nasional : Siapa Berani Tegur Cina DAP @cmlimguaneng ? #PG1 #RPDM31D


Menjelang tahun baru, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dihadiahkan dengan kereta Mercedes 300SL baru yang berharga RM600 ribu. Dengan no plat PG1, Lim kelihatan seronok dan gembira bersama kenderaan rasmi barunya itu.

Penyokong pembangkang dengan tidak keruan telah mempertahankan Ketua Menteri Chauvinis ini dengan menyatakan bahawa kereta Mercedes ini ada potongan 50% iaitu tidak termasuk AP oleh kerana pembelian oleh Kerajaan Negeri. Mungkin penyokong pembangkang ini tidak dapat berfikir dengan panjang kerana setiap pembelian oleh mana-mana kerajaan untuk tujuan rasmi sememangnya tidak dicukaikan.

Maka, ketika DS Najib diberikan cadangan oleh DRB-Hicom untuk menggunakan Honda Accord tahun lepas, berduyun-duyun penyokong pembangkang mengkritik cadangan tersebut dengan mengatakan pembaziran dan sebagainya. Bukankah pembelian Honda Accord itu turut tidak dicukaikan dan nilainya akan berkurangan 50% juga?

Sikap double standard penyokong pembangkang ini jelas terlihat. Penyokong kerajaan UMNO-BN bila-bila sahaja boleh mengkritik pemimpinnya sendiri, namun adakah praktis ini dilakukan oleh penyokong pembangkang?

#RPDM31D : Analisis Keseluruhan Himpunan #TURUN 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka


Nampaknya himpunan kali ini yang dianjurkan oleh 4 NGO pembangkang (SAMM, SMM, TURUN & Jingga 13) boleh dikatakan sebagai gagal kerana jumlah kehadiran yang sangat tidak memberangsangkan. 

Kehadiran akhir yang direkodkan sekitar 5,000 peserta ternyata tidak menggambarkan suara rakyat lebih-lebih lagi apabila 80% daripada mereka yang turun pada malam ini adalah terdiri daripada golongan muda yang tidak merasai kesan daripada kenaikan harga barang.

Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 95% daripada jumlah peserta merupakan daripada kaum Melayu. Kehadiran anak muda kaum Cina dan India tidak signifikan jumlahnya sehinggakan Tan Keng Liang mengirim satu tweet menyindir anak muda berbangsa Melayu yang turun membuang masa di perhimpunan tersebut berbanding anak Cina dan India yang memilih untuk melakukan aktiviti lain.


Peserta mula berkumpul seawal jam 5.30 petang di 3 lokasi pertemuan utama iaitu Pasar Seni, Dataran Sogo dan Masjid Jamek. Seperti mana perhimpunan lain, modus operandi yang sama digunakan seperti penjualan t-shirt perhimpunan, solat berjemaah di tengah jalan, ucapan oleh wakil anak muda ataupun mahasiswa dan sebagainya.

Dec 31, 2013

#We1Peace : Seperti biasa, penyokong Parti PAS yang bakal memenuhi Himpunan Haram malam ini

Seperti sudah dijangka, keadaan di sekitar ibu kota pada waktu dan ketika ini masih lagi tenang dan belum ada satu gelombang manusia secara mendadak masuk melalui mana-mana pintu ke Dataran Merdeka.

Situasi di Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek kelihatan lengang sahaja. Barangkali hari ini hari kerja dan tidak ramai yang bercuti. Barangkali juga ketika ini adalah musim cuti sekolah dan mungkin ramai yang sedang bercuti ke sana-sini walaupun katanya ekonomi sedang kritikal dan rakyat sedang sengsara kesusahan.

Namun begitu, kelihatan seorang-dua individu yang berpakaian hitam dengan tertera perkataan pemantau rakyat sedang duduk di tangga hadapan Sogo. Barangkali sedang menunggu manakah gerombolan rakyat yang dikatakan sedang sengara itu.

Telahan dengan sembrono, saya mengatakan bahawa mereka ini penyokong PAS barangkali. Dengan pengalaman berhadapan dengan golongan ini sekian lama, telahan saya ini mungkin tepat.

#We1Peace : Penyokong Pembangkang Mahu Mengebom Dataran Merdeka Malam Ini


Dalam satu sidang media jam 10.30 pagi tadi, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar telah mendedahkan bahawa seorang lelaki dari Ampang telah ditahan kerana membawa bersamanya bom buatan sendiri.

Bom tersebut diperbuat daripada paip PVC yang telah diisi belerang, paku dan serpihan kaca. Semasa soal siasat, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia bukan seorang sahaja yang membawa bom tersebut, malah terdapat juga individu-individu lain yang turut akan membawa bahan letupan ke Dataran Merdeka malam ini.

Di mana pula talian hotline PAS, AMK, dan lain-lain ketika ini?

Tidak mahu ikat jamin dan membelakah lelaki ini?

Rafizi pula telah hilang ke mana?

#We1Peace : @MBNizar Perlu Mengucap Dua Kalimah Syahadah Semula?


Nampaknya ahli politik PAS ini telah kehabisan fatwa dan akal logik apabila telah menyamakan ibadah haji di Padang Arafah dengan aktiviti himpunan yang berasaskan kebencian. Apabila YB Nizar telah menyamakan ibadah haji, ibadah yang dianggap menyucikan diri serta berasaskan kasih sayang. Perhimpunan yang bakal diadakan pada malam ini pada jam 10 malam adalah satu perhimpunan yang dilakukan atas dasar nafsu amarah. Kerana terlalu mengikutkan kehendak hati, rasa tidak puas hati dengan rezeki yang dikurniakan Allah Taala, maka perhimpunan ini dirasionalisasikan untuk diadakan.

Adakah dengan menyamakan ibadah ini dengan perhimpunan yang penuh dengan hasutan dan amarah, akidah YB Nizar ini boleh terbatal?

Saya serahkan kepada yang berilmu untuk menjawabnya

Dec 25, 2013

#RTDM31D : Pembangkang Tidak Mengapa, Kerajaan Semua Salah. Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Elaun Exco Selangor!



SEKIRANYA aku kaya, tidak mengapa. Namun di negara bernama Malaysia ini rakyat tidak semuanya kaya. Pelbagai golongan rakyat ada di bumi bertuah ini. Soal mencari kekayaan dan membelanjakan banyak cara boleh dilakukan.

Namun di sebalik mencari wang ia perlu juga dibelanjakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rohani dan jasmani. Tahun baru 2014 kenaikan dalam beberapa aspek kehidupan menyebabkan ada yang sudah kepanasan hingga ada yang saling tuding-menuding jari.

Dalam menangani masalah kenaikan bayaran tol, tarif elektrik dan taksiran cukai pintu (3T) semua pihak seharusnya bersikap terbuka dan tidak melenting hingga ada yang emosional memasang niat hendak menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Di sebuah negeri yang baru-baru ini kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjadi kontroversi, kita lihat kurang pula penyokong kerajaan tersebut yang berasa marah. Tidakkah kenaikan gaji orang atasan akan menyebabkan juga kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam kalangan rakyat marhaen. Sebagai contoh seorang usahawan dan bekerja sendiri pasti akan terasa perit kerana kenaikan pendapatan orang lain selalunya tidak berjangkit kepada dirinya.

Jika kumpulan-kumpulan rakyat yang menentang kenaikan 3T ini berniat untuk mengadakan perhimpunan untuk meruntuhkan kerajaan, ada baiknya anda berfikir semula.

Dec 23, 2013

#Bersih4 : Kerajaan Jangan Bertolak Ansur Dengan Himpunan Haram Lagi!


HARAPAN untuk melihat arena politik negara pada tahun 2014 jauh daripada demonstrasi jalanan mungkin tidak akan kesampaian, ia memandangkan awal-awal lagi ada pihak yang begitu 'galak' membuat seruan melalui laman-laman sosial agar rakyat turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan.

Berdasarkan salah satu laman sosial yang menggalakkan perbuatan tidak waras tersebut, pemilik akaun Facebook itu mahu rakyat turun di jalanan dan merusuh pada 31 Disember ini bagi membuktikan rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang dianggap zalim dan bersikap Yahudi.

Dalam masa sama, ada ura-ura pakatan pembangkang pula akan meneruskan agenda politik songsang mereka iaitu untuk melancarkan Bersih 4.0. Tidak perlulah kita jelaskan secara terperinci kenapa demonstrasi itu mahu diadakan, ia pastinya berkaitan dengan pilihan raya yang kononnya mereka mahu ia dijalankan secara adil, bersih dan bebas.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu pembangkang juga pada awalnya menolak keputusan yang menyebelahi BN dan mengugut tidak akan mengangkat sumpah Ahli Parlimen biar pun mengiktiraf kemenangan mereka mengekalkan kuasa di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Dec 19, 2013

#Nasional : Dalang Dibelakang Himpunan Gulingkan Kerajaan Diburu!



Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.

Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

"Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian
Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini.