Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Apr 30, 2013

#TolakPR : Apabila Gereja Jerusalem Berdoa Untuk Kemenangan Pembangkang.


1. Satu revelasi yang mengejutkan pada hari ini adalah apabila rakaman video sebuah majlis bacaan doa oleh penganut agama Kristian Pro-Israel mendoakan agar kemenangan diberikan untuk pihak Pembangkang untuk PRU-13 dimuat naikkan ke laman YouTube.

2. Antara doa-doa yang dibacakan adalah seperti: 


“Let Malaysia new government to do the new thing. Let the new government to open their door to Israel and have good connection with Israel.”

Feb 2, 2013

#AnwarHipokrit : Bila @AnwarIbrahim Berpesan Kepada @NajibRazak Jangan Politikkan #Gaza



1. Keadilan Daily pada 1 Februari telah mengeluarkan kenyataan DS Anwar Ibrahim yang bertajuk 'Jangan Jadikan Lawatan Najib Ke Gaza Gimik Politik'.

2. Di sini sahaja sudah cukup untuk menampakkan betapa hipokritnya kenyataan DS Anwar Ibrahim ini.

3. Apanya tidak, sekiranya dibandingkan dengan lawatan Najib ke Gaza dan lawatan Hamas ke Pejabat PKR, yang manakah lebih bersifat politikal?

Dec 8, 2012

Rahsia Peranan Malaysia Membantu Negara Islam


1. Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

2. Semenjak daripada Rasullullah SAW mengeluarkan sabda tersebut, maka ramailah antara sahabat-sabahat baginda mencari dan mengembara keluar dari Tanah Arab untuk mencari siapakah yang akan datang membawa Panji-panji Hitam dari Timur itu.

3. Rasullullah juga bersabda bahawa yang akan membawa panji-panji hitam ini adalah dari kalangan pemuda Tamim. (Ta Mim = Tanah Melayu?)



Nov 19, 2012

Apakah Tawaran @AnwarIbrahim Untuk Nik Aziz Pula Yang Kata UMNO Murtad?! #SamanKami

Kerana Anwar Apa Pun Boleh!
1. Kenyataan Nik Aziz semalam pada penutup Muktamar PAS ke-58 jelas menunjukkan penguasaan Anwar Ibrahim di dalam parti tersebut.

2. Apa tidaknya, Isu kenyataan Nurul Izzah berkenaan Orang Melayu bebas memilih agama dikatakan perkara kecil. Pekara lebih besar adalah untuk menumbangkan UMNO.

3. Pada malam 16hb November bertempat di Stadium Muhammad Ke-4 pula, Nik Aziz telah membacakan doa agar ditimpakan mala petaka dan bala ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

4. Walaupun dunia sedang gempar dengan serangan Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan kematian ketua pejuang HAMAS, Nik Aziz berdoa untuk kemusnahan dan kehancuran sesama muslim.

5. Dan sebagai buah penutup, Nik Aziz di dalam sidang akhbar secara langsung, jelas telah menuduh bahawa UMNO telah murtad. Apakah agaknya tawaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk Nik Aziz berkata sedemikian?

Sep 15, 2012

Lagi Bukti Dalang Kepada Rusuhan Terhadap Filem Menghina Nabi


1. Klip video di atas adalah temuramah antara CNN dan penasihat calon Presiden AS dari parti Republikan, Mitt Romney.

2. Jelas menunjukkan bahawa penasihat Romney mengkritik polisi asing Obama yang lemah sehinggakan terbunuhnya Duta AS, Chris Stevens.

3. Malah Romney juga telah mengkritik polisi asing Obama sebagai celaru dan juga amatur. (Baca di sini)

Sep 13, 2012

ANALISIS: Rusuhan Filem Menghina Nabi Konspirasi Amerika Syarikat!



1. Semalam menyaksikan bumi Mesir dan Libya bergegar dengan demonstrasi di Kedutaan AS menentang penerbitan filem yang dikatakan menghina Nabi.

2. Akibat daripada demonstrasi tersebut, seorang Duta AS ke Libya, Chris Stevens telah terbunuh beserta dengan beberapa lagi warga AS yang lain.

3. Ini adalah satu perkara yang sebenarnya tidak boleh dibanggakan oleh orang Islam.

4. Kerana apa?

5. Kerana rusuhan, demonstrasi ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak AS sendiri termasuk dengan kematian-kematian warga AS itu sendiri

6. Ini disebabkan oleh pilihanraya Presiden yang sedang berlaku di AS.

7. Persaingan antara Mitt Romney dan Barack Obama kelihatan semakin sengit, dan baru-baru ini sahaja Obama dapat memintas populariti Mitt Romney.

8. Seperti yang berlaku pada perang Vietnam dahulu, rusuhan ini telah dirancang untuk memberikan satu platform untuk pihak Republikan, iaitu dengan calonnya Mitt Romney untuk mengambil semula kerusi Presiden AS.

Obama VS Romney

9. Obama akan dilihat sebagai tidak mampu untuk bertindak membela kematian-kematian warga AS di Libya dan Mitt Romney yang memang dikenali sebagai seorang Kristian Mormon akan mendapat tempat sebagai pembela warga AS terutamanya yang cenderung kepada agama.

10. Dan Mitt Romney sudahpun menyelar kelemahan pentadbiran Obama akibat kes ini. (Baca di sini)

Romney tersenyum setelah memberi komen terhadap pentadbiran Obama berikut kes rusuhan  tersebut.
11. Dan yang lebih menarik, rusuhan ini berlaku pada 12hb September, sehari selepas ulang tahun ke-11 serangan World Trade Centre 11hb September 2001. Psikologi umum warga AS yang sedang mengingati peristiwa itu dimomokkan lagi dengan senario yang berlaku di Mesir dan Libya.

12. Nampaknya sekali lagi Dunia Islam menjadi alat kepada politik yang berlaku di AS. Usaha untuk memulihkan imej Islam sebagai agama yang aman nampaknya telah dicalarkan lagi dengan peristiwa sebegini.

Dec 25, 2011

Cara Yahudi Menghancurkan Negara Islam


1. Di dalam buku Protokol Ilmuan Zionis, telah tertulis 5 langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghancurkan sesebuah negara.

2. Cara tersebut mestilah dijalankan dari dalaman dan digerakkan oleh agen-agen Yahudi samada agen tersebut sedar ataupun tidak tahu dia digunakan.

3. Langkah ini dijalankan dalam jangka masa panjang. Yang penting bagi Yahudi adalah penanaman agen itu terlebih dahulu.

4. Agen ini mestilah rakyat tempatan dan boleh mempengaruhi pemikiran majoriti rakyat negara tersebut.

5. 5 langkah tersebut adalah:

a. Menimbulkan ketidakpercayaan sesama rakyat. 

b. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap penguatkuasa undang- undang terutamanya Polis. 

c. Menimbulkan ketidakpercayaam terhadap sistem kehakiman dan perlembagaan. 

d. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap pemerintah, kerajaan, raja dan pemimpin majoriti. 

e. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan, amalan keagamaan, pantang larang agama. 
(Sudahkah ini berlaku?)

6. Dalam masa 5 langkah ini berjalan, akan muncul kumpulan ekstremis yang akan mengepalai rasa ketidakpuashatian terhadap kepimpinan negara tersebut.

7. Di sini adalah suatu bentuk kesempatan kepada Yahudi untuk menyelinap masuk melalui golongan ekstremis, revolusis, pemberontak.

8. Secara sedar atau tidak, kelima-lima langkah ini bercanggah dengan Rukun Negara kita. Rupa-rupanya, Tun Dr Ismail dan kumpulannya mencipta Rukun Negara berasaskan kepada anti-gerakan Zionis.

9. Rukun Negara;

a. Kepercayaan kepada Tuhan
b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
c. Keluhuran Perlembagaan
d. Kedaulatan undang-undang
e. Kesopanan dan kesusilaan

10. Di Malaysia ada satu pihak yang membawa agenda Yahudi ini secara langsung dan terus.

11. Pakatan Rakyat. Bagaimana?

a. Menimbulkan ketidakpercayaan sesama rakyat.
Mewujudkan ketidakpercayaan antara kaum majoriti Melayu dan minoriti Cina dan India. Mewujudkan satu kaum yang kononnya rasis dan berat sebelah dan menindas kaum lain.

Buktinya:


b. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap penguatkuasa undang- undang terutamanya Polis.
Memberi imej kepada masyarakat bahawa korupsi berlaku secara berleluasa di kalangan anggota penguatkuasa undang-undang. Membina emosi yang negatif dan benci terhadap anggota penguatkuasa secara menyeluruh. 

Bukti:




c.  Menimbulkan ketidakpercayaam terhadap sistem kehakiman dan perlembagaan.
Mewujudkan satu tanggapan bahawa perlembagaan negara tidak betul. Memberi tanggapan kepada umum bahawa sistem kehakiman negara di pengaruhi oleh orang-orang berkepentingan dan menyebelahi sesetengah pihak.

Bukti:



d. Menimbulkan ketidakpercayaam terhadap pemerintah, kerajaan, raja dan pemimpin majoriti.
Monarki, feudal, raja merupakan musuh utama Zionis kerana mereka ini boleh membuat keputusan tanpa mengira majoriti ataupun desakan. Pemimpin yang tidak menyokong Zionis pula akan dikecam, difitnah dan diberikan satu imej negatif yang berpanjangan.




e. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan, amalan keagamaan, pantang larang agama. 
Menimbulkan persengketaan antara agama. Melalaikan selain Yahudi dengan hiburan dan keseronokan. Mempersoalkan hukum-hakam agama.






12. Banyak lag bukti-bukti pengaruh Yahudi ini berleluasa di Malaysia.

13. Banyak darinya dibawa oleh DS Anwar Ibrahim itu sendiri. Terutamanya bila beliau mengecam UMNO kerana menggunakan APCO sebagai agen Yahudi. Jika anda perasan, setelah beliau pulang dari US pada bulan Jun, 2011, terus beliau diam tentang isu APCO serta UMNO dan Yahudi.


15. Maka kita sama-sama fikirkan dan renung kembali adakah kita mahukan negara kita ini diruntuhkan oleh Yahudi atas tangan kita sendiri.

Dec 24, 2011

SMM Ugut REVOLUSI sekiranya Adam Adli dikenakan tindakan.


1. Sangat kasihan melihat anak muda berwajah sombong ini mengeluarkan penyataan sedemikian.

2. Barangkali maksud REVOLUSI itu pun tidak difahaminya.

3. Selari dengan laungan REFORMASI, ternyata SMM dibawah pengaruh DS Anwar Ibrahim.

4. Sampaikan cara hujah yang disampaikan pun mirip daya DS Anwar.


5. Ternyata anak muda ini terpengaruh juga dengan revolusi yang berlaku di Timur Tengah.


6. Malang sekali anak muda ini gagal mentafsirkan kejadian secara yang tersirat.




7. Revolusi di Mesir sebenarnya dibiayai oleh Kerajaan US sendiri (baca di sini) dan di dokong oleh Open  Society (baca di sini) yang dikepalai oleh George Soros. Simbol tangan tergengam menjadi ikon kepada revolusi-revolusi tersebut.







8. SMM perlu tahu bahawa George Soros merupakan penaja utama dan pendokong REVOLUSI WARNA yang digerakkan di Timur Tengah.


9. National Endowment for Democracy (NED) telah menaja banyak gerakan anak muda di Mesir dengan menjalankan forum dan seminar secara kecil-kecilan dengan bermodalkan USD 1500 setiap aktiviti tersebut.




10. Di Malaysia, NED telah menyelinap masuk dan telah memberi tajaan kepada 4 agensi/ syarikat iaitu: (baca di sini)


a. International Republican Institute

$802,122

To enhance responsiveness in politics and governance. IRI will work with political par­ties at the national and state level as they prepare for legislative elections with spe­cial emphasis on the state of Sarawak. IRI will also work with state leaders in Penang and Selangor to provide them with public opinion research, training and other re­sources to enable them to be more effec­tive representatives of their constituents.

b. Mkini Dotcom Sdn Bhd

$100,000

To strengthen independent media in Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd will sup­port an online media outlet that provides professional and responsible coverage of issues and news often ignored or distorted by the mainstream media.

National Democratic Institute for International Affairs

$285,000

To encourage greater fairness in the electoral process and accountability in governance in Malaysia. NDI’s program will support ongoing parliamentary strengthening and electoral reform ef­forts. NDI will strengthen the ability of political parties and parliamentarians to be more effective legislators and bet­ter representatives of constituent con­cerns, and enhance the capacity of civil society to assess electoral redistricting efforts and advocate for reforms.

d. Suara Inisiatif Sdn Bhd

$90,000

To promote human rights in Malaysia. Suaram will organize human rights campaigns on the issues of the Internal Se­curity Act, the right to trial, refugees, and migrant workers. Suaram will also continue to issue its annual survey and evaluation of the human rights situation in Malaysia.

13. Dua NGO yang disenaraikan di atas, iaitu IRI dan NDI adalah dua daripada empat badan yang bernaung di bawah NED.
14. International Republican Institute dikepalai oleh John McCain, seorang ahli Republican yang mendokong kuat Israel. IRI lebih menumpukan kepada pilihanraya di Malaysia khususnya di Sarawak. IRI juga turut menaja badan pemantau pilihanraya di Malaysia yang dikenali sebagai MAFREL.
15. NDI pula menumpukan kepada seminar, bengkel dan forum khususnya untuk latihan kader-kader aktivis parti pembangkang di Malaysia, sama ada dalam bidang media, propaganda, latihan pengucapan awam dan sebagainya.
16.  Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi.
17. Bukti DS Anwar Ibrahim terlibat secara langsung ada di sini. (mukasurat 11)
18. Badan tersebut yang didakwa menyalurkan dana tahunan jutaan ringgit kepada PKR bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu ‘demokrasi’ tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan.
19. Nampaknya SMM ini terperangkap dengan jerat yang dipasang khas oleh Yahudi.
20. Mahasiswa memang merupakan alat terbaik DS Anwar Ibrahim dalam melepaskan beliau daripada penjara sekaligus menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

21. Saya amat berharap agar SMM boleh membuka mata dan lihat kebenaran yang ada. Bukti ada di hujung jari sahaja. Tugas anda sebagai Mahasiswa adalah untuk sambungkan sahaja titik-titik maklumat yang ada dan lihat detapa kejinya anda ditipu oleh DS Anwar Ibrahim.
22. Manusia memang secara lazimnya mencari bukti untuk menyokong pendapat sendiri, mencari bukti untuk meng'ia'kan pendirian. Tetapi buka pemikiran dan lihat dunia yang sebenar. 
23. Buah-buah catur sedang giat digerakkan oleh Yahudi dan SMM ini adalah sebahagian dari buah catur tersebut.

Dec 13, 2011

Hubungan PAS-Singapura-Israel

Adakah dengan menyatakan sokongan terhadap Lee Kuan Yew, Nik Aziz menyatakan sokongan terhadap Israel?

1. Sebaik sahaja Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia, Singapura mengiktiraf kewujudan negara Israel.

2. Kedutaan Israel ditubuhkan pada Mei 1969. Bulan yang sama berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kebetulan?

3. Percambahan ekonomi Singapura adalah dari dana dan pelaburan Israel & Amerika Syarikat.

4. PAP, parti pemerintah Singapura meninggalkan DAP di Malaysia sebagai penyambung perjuangan PAP.

5. DAP merupakan ahli kepada Socialist International yang antara ahlinya adalah dari negara Israel itu sendiri.

6. Petikan daripada Perlembagaan DAP:

"Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan
Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu
sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang
menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia
dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat  Malaysia;"

7. DAP secara jelas akan memperjuangkan negara Sekular. Seperti mana dirangka oleh Malayan Union.

8. DAP akan mengiktiraf Israel jika berjaya membentuk kerajaan. Di mana pula pendirian PAS ketika itu berlaku?