Dec 31, 2013

#We1Peace : Seperti biasa, penyokong Parti PAS yang bakal memenuhi Himpunan Haram malam ini

Seperti sudah dijangka, keadaan di sekitar ibu kota pada waktu dan ketika ini masih lagi tenang dan belum ada satu gelombang manusia secara mendadak masuk melalui mana-mana pintu ke Dataran Merdeka.

Situasi di Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek kelihatan lengang sahaja. Barangkali hari ini hari kerja dan tidak ramai yang bercuti. Barangkali juga ketika ini adalah musim cuti sekolah dan mungkin ramai yang sedang bercuti ke sana-sini walaupun katanya ekonomi sedang kritikal dan rakyat sedang sengsara kesusahan.

Namun begitu, kelihatan seorang-dua individu yang berpakaian hitam dengan tertera perkataan pemantau rakyat sedang duduk di tangga hadapan Sogo. Barangkali sedang menunggu manakah gerombolan rakyat yang dikatakan sedang sengara itu.

Telahan dengan sembrono, saya mengatakan bahawa mereka ini penyokong PAS barangkali. Dengan pengalaman berhadapan dengan golongan ini sekian lama, telahan saya ini mungkin tepat.

#We1Peace : Penyokong Pembangkang Mahu Mengebom Dataran Merdeka Malam Ini


Dalam satu sidang media jam 10.30 pagi tadi, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar telah mendedahkan bahawa seorang lelaki dari Ampang telah ditahan kerana membawa bersamanya bom buatan sendiri.

Bom tersebut diperbuat daripada paip PVC yang telah diisi belerang, paku dan serpihan kaca. Semasa soal siasat, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia bukan seorang sahaja yang membawa bom tersebut, malah terdapat juga individu-individu lain yang turut akan membawa bahan letupan ke Dataran Merdeka malam ini.

Di mana pula talian hotline PAS, AMK, dan lain-lain ketika ini?

Tidak mahu ikat jamin dan membelakah lelaki ini?

Rafizi pula telah hilang ke mana?

#We1Peace : @MBNizar Perlu Mengucap Dua Kalimah Syahadah Semula?


Nampaknya ahli politik PAS ini telah kehabisan fatwa dan akal logik apabila telah menyamakan ibadah haji di Padang Arafah dengan aktiviti himpunan yang berasaskan kebencian. Apabila YB Nizar telah menyamakan ibadah haji, ibadah yang dianggap menyucikan diri serta berasaskan kasih sayang. Perhimpunan yang bakal diadakan pada malam ini pada jam 10 malam adalah satu perhimpunan yang dilakukan atas dasar nafsu amarah. Kerana terlalu mengikutkan kehendak hati, rasa tidak puas hati dengan rezeki yang dikurniakan Allah Taala, maka perhimpunan ini dirasionalisasikan untuk diadakan.

Adakah dengan menyamakan ibadah ini dengan perhimpunan yang penuh dengan hasutan dan amarah, akidah YB Nizar ini boleh terbatal?

Saya serahkan kepada yang berilmu untuk menjawabnya

Dec 30, 2013

#TolakFitnah : Anak Rosmah Beli Apartment RM110 Juta Jadi Modal Fitnah Pembangkang!


Disebabkan beliau anak kepada Rosmah Mansur, maka hak beliau terhadap titik peluh beliau dinafikan. Oleh kerana beliau anak kepada Rosmah Mansur, maka difitnahkan beliau ini menggunakan duit rakyat untuk membeli harta. Oleh kerana beliau anak Rosmah Mansur, maka beliau tidak layak untuk menikmati apa yang diusahakannya selama ini.

Sampaikan Tian Chua minta untuk SPRM menyiasat pembelian ini. Riza Aziz ini pemilik syarikat produksi Hollywood, setakat rumah RM110 Juta ini berada pada kemampuan beliau.

Sejak bila kekayaan orang lain menjadi hasad dengki rakyat Malaysia yang beragama Islam?