Nov 29, 2013

#PAU2013 : Sudah Tiadakah Ahli UMNO Yang Hebat Berpidato? #MahasiswaNasional @ShaberyC @RazaliIbrahim @TunFaisal

"BERIKAN aku 1,000 anak muda maka aku akan memindahkan gunung tapi berikan aku 10 pemuda yang cinta akan tanah air maka aku akan menggoncang dunia."

Kata-kata hikmah di atas datang dari pidato Presiden pertama Indonesia, Ir. Soekarno yang dianggap sebagai antara pemimpin dunia yang mempunyai kehebatan berpidato yang mampu memukau jutaan rakyat Indonesia pada zaman kegemilangannya. Kehebatan sebuah pidato adalah apabila kita mendengarnya semangat diri yang telah hilang akan kembali menguasai diri.

Di negara ini pemimpin yang hebat berpidato memang ramai dan mengikut sejarahnya pemimpin yang mahir berpidato adalah yang mempunyai latarbelakang sebagai seorang peguam mahupun seorang guru. Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar merupakan seorang pentadbir dan penulis yang mapan , Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan pemimpin yang berlatarbelakang undang-undang manakala Tun Ghafar Baba berpendidikan Maktab Perguruan.

Dengan pidato hebat berdepan orang Melayu di kampung-kampung, Datuk Onn sanggup berbasikal menemui mereka sendiri. Beliau menjadi pemimpin orang Melayu yang berjaya menyatukan ahli-ahli UMNO dalam satu perjuangan untuk menjadi bangsa yang tidak perlu dijajah lagi oleh Inggeris. Pada 11 Mei 1946 di Johor maka lahirlah UMNO sebagai sebuah parti terulung membela bangsa Melayu ke arah melepaskan diri dari cengkaman penjajah.

#MahasiswaNasional : F.A.Q Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 @ShaberyC @RazaliIbrahim @TunFaisal

F.A.Q (Frequently Asked Question) Persidangan Mahasiswa Nasional 2013


Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.

#MahasiswaNasional : Lembaran Baru Dalam Meraikan Intelektual Mahasiswa @RazaliIbrahim @TunFaisal @ShaberyC


Persidangan Mahasiswa Nasional anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO bakal mencatatkan satu sejarah baharu apabila memperkenalkan format persidangan ala parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Razali Ibrahim turut menyatakan bahawa format ini dipilih untuk menjadikan persidangan ini lebih interaktif dan dapat menjana pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

Persidangan ini memerlukan peserta untuk membahaskan 4 usul yang terdiri daripada politik, agama, ekonomi dan pendidikan.

#MahasiswaNasional : Persidangan Mahasiswa Nasional 1 Disember ini - @RazaliIbrahim


Seramai 75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di PWTC pada 1 Disember ini.

Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara.