Nov 30, 2012

#PAU2012 : Lagu Warisan Berkumandang Kembali Di Dewan Keramat @TunFaisal @RazlanRafii



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Nov 29, 2012

#PAU2012 : Cubaan Membunuh @NajibRazak : Deepak sebagai 'alat' pembangkang mengalihkan tumpuan.



1. Kenyataan Husam yang dikeluarkan di Harakah dan MalaysiaKini berkenaan kenyataan Deepak merupakan satu cubaan untuk membunuh DS Najib Tun Razak.

2. Husam secara langsung telah menyebut bahawa UMNO mempunyai pilihan untuk melepaskan DS Najib bukan dilihat sebagai saranan tetapi sebagai hasutan yang merbahaya.

3. Isu Altantuya yang telahpun selesai di mahkamah sepatutnya tidak patut menjadi pokok perbincangan. Tindakan Deepak boleh dilihat sebagai menghina keputusan mahkamah serta menyimpan maklumat berhubung kes mahkamah.

4. Dan lebih menarik lagi apabila masa yang dipilih untuk kononnya Deepak mendedahkan penglibatan langsung DS Najib dan keluarga sangat berkebetulan dengan #PAU2012.

#PAU2012 : Laungan Keramat Takbir ALLAHU AKHBAR! Bergema di #PAU2012 @NajibRazak @TunFaisal @RazlanRafii


Wahai orang yang berselimut! 
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. 
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. 
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. 
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Surah al-Mudhatthir Ayat 1-7)


1. Persidangan Agung UMNO pada hari ini telah bergema dengan laungan keramat takbir selepas ucapan dasar Presiden.

2. Laungan keramat ini memang tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan UMNO yang sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan kesucian agama Islam semenjak daripada penubuhan parti itu 1946.

3. Kini setelah 66 tahun berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air, rakyat kini dapat menyaksikan bagaimana semangat juang UMNO tidak pernah luntur ataupun pudar.

Nov 28, 2012

#PAU2012 : Fokus Serangan Portal Pro Pembangkang Terhadap #PAU2012 @NajibRazak @Khairykj @TunFaisal @RazlanRafii



1) PORTAL A
8.00 PAGI – 9.00 PAGI
• CAN UMNO REALLY CHANGE ITS SPOTS? (1 KOMEN)
• Perhimpunan sayap Umno tumpu persediaan p'raya (20 komen)
11.30 tengahari – 12.30 tengahari
• Khairy: Fight like Churchill, never surrender! (65 komen)
• Shahrizat to Malays: Unite or lose political power (110 komen)
• Shahizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk' (238 komen)
• KJ: Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana' (87 komen)
• Puteri Umno tarik sokongan pengundi atas pagar
• Rosnah: Tangani politik fitnah dengan fakta, bukan emosi ( 12 komen)
3.30 petang – 4.30 petang
• Diplomatic Kamilia holds back all-out support for Shahrizat (2 komen)
• PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat (64 komen)