1. Nurul Izzah dengan lagak seorang Ilmuan Islam telah mengeluarkan 'fatwa' beliau sendiri apabila mengatakan bahawa Orang Melayu boleh memilih agamanya sendiri. Malah beliau menyelar tindakan pihak penguatkuasa terhadap golongan LGBT kerana mengganggu privasi pengamal LGBT tersebut.
2. Seperti mana yang kita faham, Orang Melayu di Malaysia ini beragama Islam. Belum wujud lagi di Malaysia ini Melayu Buddha, Melayu Kristian, ataupun Melayu Hindu secara zahiriah. Sekiranya adapun itu adalah secara sembunyi-sembunyi dan jika diketahui oleh pihak berkuasa akan di ambil tindakan.
3. Namun begitu, Nurul Izzah dengan beraninya telah berkata "Orang Melayu boleh memilih agamanya sendiri" telah menghalalkan murtad di kalangan orang Islam. Merujuk kepada orang Melayu adalah merujuk kepada orang Islam itu sendiri. Dengan berkata boleh memilih agama maka beliau telah menghalalkan murtad (keluar agama Islam).
4. Berikut adalah penerangan gejala murtad oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sekiranyanya kita baca sendiri penerangan ini, adakah Nurul Izzah perlu bertaubat semula di atas kenyataan beliau tersebut?
GEJALA MURTAD
PENDAHULUAN
Akhir-akhir ini
murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana
sahaja, di dalam perbualan harian, di dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan
disebut juga didalam ceramah-ceramah. Selain itu, mungkin ramai umat Islam di
Malaysia tidak mengetahui apa sebenarnya murtad sehingga ada yang menganggap murtad
hanya terjadi apabila seseorang itu keluar dari agama Islam dan menganut agama
lain.
DEFINISI MURTAD
Perkataan murtad
berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa perkataan
riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali
daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad
membawa pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama
Islam untuk tidak mempercayai Islam atau meninggalkan Islam untuk mempercayai
agama lain. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggalkan atau keluar
dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana
akidah lain atau
mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng sama ada dengan melalui perkataan,
perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati.
PERKARA-PERKARA
YANG BOLEH MENYEBABKAN MURTAD
Menurut Islam,
murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut
:-
Pertama : Melalui
perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)
Murtad boleh
berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh
seseorang Islam yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan
prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata
yang menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah SWT,
menghina nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain dan sebagainya, atau seseorang
itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib sembahyang lima
waktu, wajib haji dan lain-lain. Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan
hukum yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya atau sebaliknya mengharamkan
sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama tentang halal
atau haramnya seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat (hubungan
sejenis), menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan
jualbeli dan seterusnya. Maka sikap demikian boleh menjadi murtad.
Kedua : Melalui
perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li)
Murtad juga boleh
berlaku melalui apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkahlaku yang boleh
membatalkan imannya, maka seseorang itu boleh menjadi murtad seperti
sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada
mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah SWT
seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain. Begitu juga yang meninggalkan
sembahyang fardu atau puasa Ramadhan dengan mengatakan ia tidak wajib,
maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari salah satu perkara wajib
yang telah diketahui oleh setiap orang Islam, tetapi kalau dia yakin sembahyang
atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad. Begitu juga mana-mana
perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan
Al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadis dan
tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina.
Ketiga : Melalui
akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi)
Murtad melalui akidah,
kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari didalam
hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam
sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik
dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jenayah Islam) tidak layak
dilaksanakan sekarang di dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila seseorang
Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah,
mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika
seseorang itu percaya bahawa nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat
dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya
hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lampau, tidak sesuai
dengan zaman moden sekarang. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia
beriktikad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia
tidak dibangkitkan semula sesudah mati, beriktikad agama orang kafir
lebih baik dari agama Islam atau berbalik-balik hati antara mahu menjadi kafir pada
masa akan datang dan lainlain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MURTAD
1 - Tidak mendapat
didikan agama dan bimbingan daripada ibu dan bapa.
2 - Tidak mendapat kasih sayang atau
diabaikan oleh ibubapa atau keluarga yang bercerai.
3 - Tuntutan cinta
atau berkahwin dengan bangsa asing yang mendapat halangan keluarga.
4 - Saudara Baru
yang memeluk Islam dengan tujuan mendapat kemudahan dan simpati dan apabila
gagal mendapat bantuan berterusan ia akan kembali kepada agama asal mereka.
5 - Terpengaruh
dengan ajaran sesat, black metal, dadah dan gejala yang bersifat negatif.
6 - Pergaulan
bebas lelaki dan perempuan tanpa kawalan daripada ibubapa.
7 - Adanya pakatan
sulit peguam-peguam bangsa asing untuk mengeluarkan saudara baru dari agama
Islam.
8- Dengan
penyebaran risalah atau Kitab Bible dalam bahasa Melayu secara meluas di
kompleks membeli-belah dan hotel-hotel penginapan.
9 - Hiburan
melampau yang dimainkan oleh media menjadikan remaja Melayu lalai.
10 - Kurang perhatian orang Islam terhadap
Saudara Baru yang bermasalah dan tiada tempat berlindung menyebabkan mereka
putus asa.
IMPLIKASI MURTAD
1 - Disuruh
bertaubat.
Apabila seseorang
telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh
bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang
kali, dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut mengikut Jumhur
U’lama selama tiga hari tiga malam. Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu
bertaubat serta mahu kembali kepada Islam semula, taubatnya diterima dengan
melalui beberapa perkara seperti mengucap dua kalimah syahadah semula dan menginsafi
segala kesalahan dan perlu membuat pengakuan atau ikrar di atas apa yang dia
ingkar yang menyebabkan dia menjadi murtad.
2 - Dijatuhkan hukuman bunuh.
Apabila orang yang
murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan atau dikaunseling dalam tempoh
masa yang ditentukan, maka dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera
dengan dipancung lehernya. Hukuman bunuh seperti di atas telahpun dijalankan
oleh sahabat-sahabat Rasulullah SWT, antaranya Saidina Umar al-Khatab dan
Saidina Ali bin Abu Talib di zaman pemerintahan masing-masing.
3 - Dirampas
hartanya.
Setelah sabit
seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya akan dirampas dari
miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak di bawah
pengawasaan ketua negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu di ambil untuk
urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan
boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja. Sekiranya dia bertaubat
memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya.
4 - Terputus
hubungan suami isteri.
Orang murtad
dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukuman
bunuh, apabila tidak mahu bertaubat. Sekiranya salah seorang suami atau isteri
murtad, maka pernikahan kedua-duanya terbatal. Walaupun begitu, Sekiranya yang
murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa edah isterinya
belum habis (tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut
dikira
kembali seperti
asal. Tidak perlu akad nikah baru. Tetapi jika dia tidak bertaubat dalam masa
edah isterinya tamat, nikah tersebut dianggap terbatal.
5 -
Penyembelihan tidak halal dan segala pahala ibadatnya terbatal.
Penyembelihan
orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum
penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Selain itu pahala
amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan, walaupun berapa banyak
sekalipun menjadi sia-sia. Ini akan berlaku sekiranya dia murtad secara
berterusan sehingga mati di dalam kufur. Tetapi sekiranya dia bertaubat dan
kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya menggantikan
amalan-amalan ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan
sepanjang tempoh murtad tersebut. Adapun haji yang dikerjakan sebelum murtad
tidak perlu digantikan.
SYOR UNTUK MENCEGAH GEJALA MURTAD.
1 - Meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap agama Islam.
2 -
Mengemaskinikan lagi pendekatan dakwah Islam di semua peringkat dan
lapisan
masyarakat.
3 - Memperkukuhkan
instituti kekeluargaan.
4 - Mengadakan
program keluarga angkat saudara baru.
5 - Menghapuskan
program hiburan melampau.
6 -
Meng’imarah’kan masjid dan memperkasakan cara hidup Islam.
7 - Memperkukuhkan
jatidiri remaja Islam (sahsiah).
8 - Menanamkan
sikap amal makruf nahi mungkar.
KESIMPULAN
Dari ulasan-ulasan
di atas jelaslah bahawa murtad menurut perspektif Islam merupakan satu jenayah
besar dalam Islam, ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih
keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina
Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan
hukuman bunuh apabila didapati bertaubat beberapa kali sedangkan dia tetap
tidak mahu bertaubat.
5. Dengan penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di atas, anda boleh menilai sendiri kenyataan Nurul Izzah tersebut telah menyebabkan beliau murtad atau tidak.
6. Di mana pula pucuk pimpinan PAS mengenai hal ini? Adakah PAS masih mahu berdiam diri kerana tidak mahu mengecilkan hati bapa kepada Nurul Izzah?
7. Satu pesanan buat YB Nurul Izzah:
"Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara"
2 comments:
Org PAS sebelah YB tu buat dek sebab tak faham BI kut ?
pohon linkkan blog saya di blog tuan...
kulaanniring.blogspot.com
Post a Comment