Apr 10, 2013

#StrategiJahatPembangkang : Singapura Membantu DAP untuk PRU-13



1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.
3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

8. Setelah Singapura yang sebelum ini merupakan tanah milik Orang Melayu berjaya di'republik'kan, nampaknya usaha untuk meng'republik'kan Malaysia ini masih menjadi agenda utama PAP-DAP.

9. Orang Melayu di Malaysia hanya mempunyai sesama sendiri, namun begitu dengan perpecahan yang ada ketika ini, tidak mustahil DAP mampu untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


2 comments:

azlishukri said...

salam sudah dilink

Anonymous said...

Saya dah post link di Anwaraidc.