Apr 17, 2013

#StrategiJahatPembangkang : Agen Asing Mula Penuhi Malaysia Sejak 3 Bulan Yang Lalu


1. Maklumat yang diterima daripada sumber dalaman menyatakan bahawa didapati bahawa ejen asing daripada luar negara mula memasuki Malaysia sejak 3 bulan yang lalu.

2. Agen ini masuk bertopengkan pelancong, pemerhati politik, wartawan, NGO dan pelbagai lagi cover-up.

3. Malah,  dengan kemasukan secara drastik pengundi luar negara terutamanya daripada US, Canada, Australia, China, dan Taiwan, tidak mustahil mereka yang pulang untuk mengundi ini membawa bersama mereka 'misi-misi' lain yang perlu dilaksanakan.

3. Mereka ini mempunyai pelbagai bentuk misi untuk dilaksanakan. Antaranya adalah untuk menasihati dan merangka strategi untuk pakatan pembangkang.

4. Lebih mengejutkan lagi apabila kumpulan agen asing ini sudah menyediakan kerangka untuk melakukan keadaan huru-hara semasa hari pembuangan undi kelak. Perkara ini sudah didedahkan oleh pelbagai blog lain dengan bukti dokumen SOP yang berjaya diperoleh.


5. Model yang dirangka oleh Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) akan diguna pakai sebelum, semasa dan selepas hari pembuangan undi, 5 Mei 2013.

6. Seperti yang berlaku pada kejadian BERSIH 3.0 setahun yang lepas, didedahkan kepada umum kehadiran agen CIA yang bernama Mr. Brown yang setiap hari berlegar di kawasan Dataran Merdeka sebulan sebelum kejadian.

7. Satu lagi maklumat yang berjaya diperoleh dari lapangan mengatakan bahawa sebelum berakhirnya hari pembuangan undi ini, akan ada satu rusuhan yang bakal berlaku. Dan kali ini, rusuhan tidak akan memperlihatkan antara Melayu dengan Cina tetapi antara Melayu dengan Melayu.


8. Kejadian di Gombak tempoh hari merupakan percubaan mereka untuk melihat impak yang berlaku dalam skala yang kecil. Satu sampling yang dilakukan untuk melihat reaksi daripada kawasan sekeliling.

9. Kejadian itu juga akan diulang di beberapa tempat di seluruh negara menjelang hari pembuangan undi.

10. Parlimen yang disasarkan adalah parlimen Putrajaya. Dengan meletakkan Husam untuk mencabar BN di Putrajaya, Melayu bakal berpecah kepada dua kelompok yang besar.

11. Perlu dikaji mengapa Husam yang dipilih oleh Pakatan Pembangkang sebagai calon untuk merampas kerusi parlimen yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh BN dengan apa cara sekalipun.

12. Husam mewakili parti PAS yang mempunyai sokongan dari kalangan pengundi Melayu daripada pantai Timur. Putrajaya pula majoritinya berhijrah daripada luar terutamanya dari Pantai Timur dan bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Husam pula merupakan implant Anwar Ibrahim di dalam Parti PAS. Husam juga telah dilatih untuk menyuntik perasaan benci dan amarah di dalam ceramah-ceramah beliau kepada pendengar. Beliau juga merupakan seorang pemujuk yang baik sehinggakan Nik Aziz juga turut di'pujuk' oleh Husam. 

13. Bayangkan pertelingkahan yang bakal berlaku di pusat pemerintahan Negara. Ketika inilah, wartawan seluruh dunia menantikan untuk ia berlaku. Ini bukan satu cerita fiksyen, tetapi strategi yang telah diatur selama 4 tahun untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia.

14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: