Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Nov 23, 2013

#MuktamarPAS : Isu-isu Hangat Untuk Muktamar ke-59 PAS




Khamis, 20 Nov. menandakan Muktamar PAS ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula semalam 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru PAS akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang awal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.

Nov 2, 2013

#PRKSgLimau : Video Ustaz Budak PAS Buat Hal Lagi! Kemungkinan Murtad Atau Syirik Dah Budak Ni!



Pada 25 April 2013 yang lalu bertempat di satu surau di Tumpat, Kelantan. Ustad Budak sekali lagi telah melakukan perkara yang boleh dikira sebagai kontroversi. Rakaman audio ini telah berjaya diperoleh daripada seorang rakan blogger Keris Malaya dan telah dirakam dengan menggunakan telefon bimbit.

Saksikan Klip Audionya di bawah ini:

Apr 30, 2013

#TolakPR : Apabila Gereja Jerusalem Berdoa Untuk Kemenangan Pembangkang.


1. Satu revelasi yang mengejutkan pada hari ini adalah apabila rakaman video sebuah majlis bacaan doa oleh penganut agama Kristian Pro-Israel mendoakan agar kemenangan diberikan untuk pihak Pembangkang untuk PRU-13 dimuat naikkan ke laman YouTube.

2. Antara doa-doa yang dibacakan adalah seperti: 


Let Malaysia new government to do the new thing. Let the new government to open their door to Israel and have good connection with Israel.

Jan 29, 2013

#PASerabut : Sebab Sebenar Nik Aziz Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Bersama Karpal Singh


1. Baru-baru ini, ShahAlamRebels telah mengeluarkan gambar pada mana Nik Aziz telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-82 di kediaman Karpal Singh di Jelutong.

2. Kononnya mereka bermesra dan nampak seperti sahabat lama. Tetapi bukankah sepatutnya Karpal yang sepatutnya melawat Nik Aziz kerana sambutan tersebut adalah sambutan meraikan Nik Aziz?

Jan 14, 2013

#TolongFaham : Majlis Syura PAS VS Majlis Fatwa Kebangsaan : Yang Mana Fatwa Yang Mana Kenyataan?

Yang ini Ahli PAS suka tengok!

1. Tahniah diucapkan kepada Majlis Syura PAS kerana telah mengeluarkan kenyataan (bukan fatwa) kepada ahli PAS yang Kalimah Allah itu hanya terpakai buat umat Islam sahaja. bagi saya ini adalah keputusan yang tepat dibuat oleh Majlis Syura PAS untuk ahlinya walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan)

Tidak disebut pun di dalam Perlembagaan PAS sendiri yang Majlis Syura PAS boleh mengeluarkan fatwa

2. Tetapi apa yang menjadi satu pemerhatian yang janggal dilihat adalah penerimaan ahli PAS antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS dan  fatwa yang diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan.

3. Ini kerana apa yang dapat dilihat adalah ahli PAS secara akidahnya menerima segala yang dinyatakan oleh Majlis Syura PAS dan tidak selalunya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan adalah politikal.

4. Mungkin ahli-ahli PAS ini tidaklah cerdik untuk melihat yang mana politikal yang mana bukan.

Jan 12, 2013

#KL112 : Kegagalan DAP,PAS dan PKR Menandingi UMNO



1. MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan mereka menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 50K. Pihak blogger pro-pembangkang pula dengan tidak segan-silunya mencampakkan angka 100K. Manakala PDRM pula dalam anggaran 35K dan pemerhatian saya sendiri turut bersetuju dengan pihak polis dengan paling tinggi jumlah kehadiran hanyalah 40K sahaja.

2. Gambar menceritakan segalanya. Mudah untuk menambah tokok bilangan khalayak dengan aplikasi seperti Photoshop, tetapi untuk mengurangkan bilangan khalayak adalah mustahil.

3. Sehingga ketibaan DS Anwar Ibrahim, jalanraya di sekitar Stadium Merdeka tidaklah sesak dan lengang sedikit daripada hari-hari biasa. Sekiranya sasaran mereka 1 juta kehadiran, ternyata misi mereka ini gagal.

Jan 11, 2013

#TolakPR : Politik Tongong Kembali Dengan Mesej Lebih Memedihkan Hati Pro-Pembangkang

Tong dan Ngong kembali dengan Episod Ke-2

1. Mereka muncul di awal tahun 2013 dengan mesej-mesej yang 'direct hit' tanpa selindung dan tanpa belas kasihan. Mempunyai FanPage mereka sendiri di www.facebook.com/politiktongong2012 dan @PolitikTongong di Twitter.

2. Kini mereka kembali dengan episod kedua yang ternyata lebih sinikal, lebih tajam dan memedihkan telinga penyokong-penyokong pro-pembangkang.

Jan 4, 2013

#StrategiJahatPR : HELAH!!! #KL112 Setuju Berdemo di Stadium Merdeka


1. Apabila pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat, Mat Sabu bersetuju dengan pantas dengan cadangan kerajaan untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai lokasi pilihan untuk diadakah himpunan tersebut telah sedikit sebanyak menimbulkan persoalan.

2. Ini kerana dengan himpunan 'rakyat' kononnya, adalah menjadi satu kerugian dari segi publisiti sekiranya tidak dilakukan di jalanan.

3. Dahulu Sivarasa pernah berkata sebelum BERSIH 3.0, sekiranya dijalankan di stadium tidak ada gunanya kerana tidak dapat mengeksploitasikan media sepenuhnya. Tetapi boleh difikir munasabah juga kerana kegagalan BERSIH 3.0 memenangi persepsi rakyat kerana bertindak terlalu ganas.

Jan 2, 2013

#TolakPR : Setelah Hj Hadi, Nik Aziz Pula Kemaruk Populariti!


1. Apabila DSU Rais Yatim mengumumkan yang Hj Hadi boleh keluar ke kaca televisyen, Mursyidul Am PAS pula telah menyatakan hasrat beliau untuk turut muncul di siaran RTM kononnya untuk menjelaskan perjuangan parti assabiyyah itu.

2. Seperti dijangka, apabila peluang untuk muncul ke kaca televisyen diberikan, pelbagai pula permintaan-permintaan yang dituntut oleh Hj Hadi untuk membolehkan beliau keluar ke kaca televisyen. Seolah-olah seperti RTM yang benar-benar mahukan beliau untuk keluar ke kaca televisyen.

Dec 11, 2012

#StrategiJahatPR : Strategi Pembangkang Mensensasikan Isu Saman Khalwat di KB @MalaysiaKini @HDaily09 @TM_Insider


1. Isu saman yang dikeluarkan oleh MPKB ke atas seorang pelanggan dan tukang gunting rambut di Kota Bharu telah menjadi perhatian media baru-baru ini.

2. Kes ini sebenarnya sengaja disensasikan bukan oleh pihak media kerajaan tetapi parti PAS sendiri kerana ingin mengalihkan perhatian orang ramai.

Nov 19, 2012

Apakah Tawaran @AnwarIbrahim Untuk Nik Aziz Pula Yang Kata UMNO Murtad?! #SamanKami

Kerana Anwar Apa Pun Boleh!
1. Kenyataan Nik Aziz semalam pada penutup Muktamar PAS ke-58 jelas menunjukkan penguasaan Anwar Ibrahim di dalam parti tersebut.

2. Apa tidaknya, Isu kenyataan Nurul Izzah berkenaan Orang Melayu bebas memilih agama dikatakan perkara kecil. Pekara lebih besar adalah untuk menumbangkan UMNO.

3. Pada malam 16hb November bertempat di Stadium Muhammad Ke-4 pula, Nik Aziz telah membacakan doa agar ditimpakan mala petaka dan bala ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

4. Walaupun dunia sedang gempar dengan serangan Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan kematian ketua pejuang HAMAS, Nik Aziz berdoa untuk kemusnahan dan kehancuran sesama muslim.

5. Dan sebagai buah penutup, Nik Aziz di dalam sidang akhbar secara langsung, jelas telah menuduh bahawa UMNO telah murtad. Apakah agaknya tawaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk Nik Aziz berkata sedemikian?

Nov 4, 2012

Badrol Amin Sebenarnya Mahu Terapkan Modul Al-Arqam di dalam PAS


Saya bukanlah pengikut Abuya, tetapi ada juga perkara yang saya kagumi terhadap Abuya dan pengikut-pengikutnya ini. Saya rasa Dr Badrol Amin menghadiri perjumpaan mengingati Abuya ini atas beberapa sebab:


Sep 9, 2012

DS Nik Aziz Terima Anugerah Anjuran Sendiri.

Muka Nik Aziz pun tak ceria kerana tahu anjuran sendiri

1. 8hb September 2012 telah menyaksikan satu peristiwa yang bersejarah; DS Nik Aziz telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di UNISEL.

2. Ia dikatakan bersejarah kerana buat julung kalinya penganugerahan diberikan atas penganjuran sendiri.

3. Saya ingin bertanya apakah sumbangan beliau terhadap dunia pendidikan nusantara sehinggakan beliau layak untuk terima anugerah malah turut dinobatkan sebagai tokoh.

4. Saya juga ingin bertanya kepada sesiapa yang mengetahui apakah sumbangan beliau terhadap Islam di Malaysia.

 5. Haji Abdullah Sama'ah, yang merupakan Guru Pondok Geting, juga turut menyatakan bahawa PAS di bawah pimpinan DS Nik Aziz ini sudah rosak.  


6. Kerana itulah tiada institusi pendidikan tinggi selain yang dikuasai Pembangkang hendak memberikan sebarang penghormatan kepada DS Nik Aziz untuk apa jua pencapaian sekalipun.

7. Adakah ini suatu perkara yang boleh beliau banggakan sebenarnya?

8. Gunakan Hak untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

Aug 17, 2012

Nik Aziz TAKUT dengan Ust Nasharudin!

Sikap Nik Aziz yang mahu main selamat.

1. Kenyataan Nik Aziz yang dikeluarkan oleh HarakahDaily pada 16 Ogos 2012 menunjukkan sifat berdolak-dalik Nik Aziz.

2. Beliau refleks kepada portal berita yang ditulis oleh BERNAMA bertarikh 15 Ogos 2012.

3. Sebaik sahaja Ust Nasha membuat pengumuman tidak akan keluar dari PAS, (Baca di sini) secara tiba-tiba sahaja Nik Aziz menukar kenyataan beliau.

4. Kelihatan Nik Aziz benar-benar mahu bermain dengan berhati-hati dengan isu ini.

5. Tetapi adakah beliau lupa bahawa pada 17 Jun 2009 beliau dengan lebih kasar menyelar Ust. Nasha mengenai kerajaan perpaduan yang diunjurkan oleh Ust Nasha. Malah, Nik Aziz menggelarkan Ust. Nasha sebagai sampah dengan merujuk ayat beliau "Apa buat sampah,  menyusahkan".


Adakah Nik Aziz lupa tentang kenyataan beliau 3 tahun yang lalu?

6. Ketika ini Nik Aziz tidak pula membuat kenyataan balas ataupun menarik semula kenyataan mengenai isu ini dengan harapan orang ramai sudah lupa dan tidak mengungkit semula.

7. Tindakan Ust Nasha membuat pengumuman untuk terus berada di dalam PAS adalah sangat tepat kerana berjaya mengucar-kacirkan pucuk kepimpinan PAS.

8. Mungkin ayat Al-Quran ini dapat membantu kita memahami tindakan Nik Aziz ini.



(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. Surah An-Nisaa' Ayat 141.



Aug 15, 2012

Nasharudin Mat Isa: Bukti PAS menolak ISLAM!

Sudah lama tidak kelihatan Ust. Nasharudin begitu ceria
1. Setelah gambar Ustaz Nasharuddin Mat Isa berjumpa dengan DS Najib semasa mengerjakan umrah tersebar di facebook, terdapat banyak andaian yang mengatakan bahawa Ust. Nasha akan meninggalkan PAS.

2. Kemudian beliau tampil pula dihadapan TV dengan membawa mesej yang tidak begitu popular di kalangan pemimpin PAS; PAS perlu tinggalkan PR jika terdapat tentangan dari DAP mengenai isu hudud.

3. Dan tidak lama selepas itu, HarakahDaily pula mengeluarkan satu kenyataan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaakob (baca di sini) dengan hebatnya menyelar kenyataan Ust. Nasha tersebut.


4. Yang menjadi pokok persoalan, adalah Ust. Nasha hanya mencadangkan perkara tersebut JIKA ditentang oleh DAP.


5. Dan DPPNK terus mengeluarkan kenyataan ini "Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti." Begitu sayang PAS kepada Karpal Singh, Lim Kit Siang dan rakan-rakan lain dari DAP.

6. PAS ketika ini sudah terang-terangan menentang Islam dan golongan Ulama. Golongan Erdogan dan Anwarinas diangkat dan disanjung seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar dan lain-lain.

7. Sebelum itu, kita perlu ingat kembali bahawa Ust. Nasha juga mengeluarkan kenyataan yang juga tidak popular; perlu adanya Kerajaan Perpaduan antara BN dan PAS untuk menjaga kesejahteraan Agama Islam.

Ust Nasha terkedu memikirkan ancaman yang dibawa DAP
8. Tetapi yang cadangan beliau ini ditentang hebat oleh kepimpinan tertinggi parti, terutamanya Nik Aziz Nik Mat. Malah, Nik Aziz pernah menyebut bahawa kenyataan Ust. Nasharudin bukanlah kenyataan PAS. Malah Nik Aziz turut menggelar Ust. Nasha sebagai 'sampah'.

Nik Aziz menghalau Ust. Nasha dengan kejam
9. Dan sejak daripada itu, beliau mula dipinggirkan oleh kepimpinan PAS sehingga kini.

10. Sebenarnya, beliau sudah awal-awal lagi dapat meramalkan kebangkitan kuasa politik DAP.

11. Dan sejak daripada keputusan PRU 12 dibacakan, negara kita menghadapi pelbagai isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, bahasa dan lain-lain yang sebelum ini tidak pernah kedengaran.

12. Isu murtad, isu bible bahasa Melayu, Seksualiti Kemerdekaan, isu kalimah Allah, dan bermacam-macam lagi yang mencabar agama Islam sebagai agama persekutuan.

13. Isu murtad yang berlaku di DUMC yang cuba didedahkan oleh Hasan Ali turut dikecam oleh PR atas desakan DAP. Yang lebih menghairankan, PAS juga turut menyokong desakan-desakan oleh DAP terhadap Hasan Ali.

14. Adakah Ust. Nasha perlu berharap lagi agar PAS boleh mendengar saranan beliau? Ataupun sudah tiba masanya Ust. Nasha melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan lama dahulu.

15. Kemudian, selepas Ust. Nasha mungkin tiba giliran Ust. Harun Din pula? Sama-sama kita nantikan~!


Aug 10, 2012

Senario Isu Hudud di Malaysia dijelaskan!

1. Sebelum menerangkan persoalan hudud, ada beberapa perkara yang anda perlu jelas terlebih dahulu.

Soalan
Apakah Sistem Pentadbiran Negara Malaysia?
Jawapan
Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen

Soalan
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Jawapan
Yang Dipertuan Agong

Soalan
Bagaimanakah Kerajaan Dipilih?
Jawapan
Melalui Pilihanraya Umum. Undi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, Undi Dewan Undangan Negeri untuk Kerajaan Negeri

Soalan
Berapakah kerusi Parlimen yang ada?
Jawapan
222 kerusi parlimen

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk membentuk kerajaan?
Jawapan
Majoriti mudah - 112 kerusi (1/2+1 daripada jumlah kerusi Parlimen)

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk menggubal Perlembagaan?
Jawapan
Majoriti 2/3 - 148 kerusi

Soalan
Bagaimana PAS hendak membentuk Kerajaan Islam/Berkebajikan sedangkan ia bertanding kurang daripada 112 kerusi?
Jawapan
Mustahil walaupun menang semua kerusi. PAS hanya bertanding 66 kerusi Parlimen dan bercita-cita untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

Soalan
Adakah kepimpinan PAS sedar tentang perkara ini (memerlukan sekurang-kuranganya 112 kerusi)
Jawapan
Mereka ahli politik, sudah tentu mereka tahu. Yang penting ahlinya tidak perlu tahu.

Soalan
Bagaimana pula untuk melaksanakan hudud?
Jawapan
a. Perihal Agama Islam terletak kepada Sultan Negeri masing-masing. Yakni, di bawah Kerajaan Negeri.

b. PAS telahpun mewartakan satu enakmen Undang-Undang Jenayah II Negeri Kelantan pada 1993 dan telah ditandatangani oleh YM Sultan Ismail Petra, tetapi tidak dilaksanakan.

c. Daripada 7 hukum hudud itu, salah satu darinya dibuang dan tidak diguna pakai (Bughah)

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)


d. Liwat ditaksirkan kepada orang lain tetapi isteri sendiri tidak mengapa.

Soalan
Jika di peringkat Persekutuan, bagaimana untuk laksanakan?
Jawapan
Perlu mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Bagaimana hendak pinda dengan menang 23 kerusi sahaja pada PRU 12?

Soalan
Mungkinkah berlaku?
Jawapan
Boleh sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 148 ahli Dewan Rakyat beragama Islam. Buat masa ini mustahil kerana Melayu berpecah di Parlimen.

Soalan
Apa yang perlu dilakukan?
Jawapan
PAS perlu kembali ke dalam BN seperti tahun 1973 di bawah kepimpinan Dr. Asri Muda.

Soalan
Mengapa tahun 1973 tidak dilaksanakan hudud?
Jawapan
Kerana masih tidak cukup kerusi 2/3 kerana dipecahkan oleh parti Gerakan (bukan Islam) ketika itu.

Soalan
Adakah DAP wajib ditolak oleh orang Islam?
Jawapan
Wajib. Kerana terang-terangan menentang Islam dan mempunyai agenda tersembunyi untuk membawa elemen Kristian di dalam negara.


Kenyataan Ulama ini tidak akan diguna pakai oleh PAS
Soalan
Bagaimana pula dengan MCA? Bukankah Chua Soi Lek pernah mendakwa akan menentang pelaksanaan hukum hudud.
Jawapan
a. MCA masih lagi di dalam BN dan dipimpin oleh orang Islam; DS Najib Razak. Maka selagi mana beliau belum mengeluarkan MCA daripada BN, maka selagi itu beliau perlu bersetuju dengan Presiden BN.

b. Dan kita perlu tahu bahawa orang Cina tidak lagi mempercayai MCA boleh membela kaum mereka. Maka dengan itu, MCA perlu bertindak dan menampakkan diri agresif dalam mebela kaum Cina. Ini adalah salah satu cara untuk menampakkan secara persepsi bahawa MCA juga seberani DAP.

c. Janganlah orang Melayu melatah dengan kenyataan sebegini kerana ini permainan politik orang Cina.

d. Tetapi jika MCA benar keluar daripada BN dan membawa agenda anti-hudud, maka mereka juga wajib ditentang sebagaimana DAP ditentang ketika ini.

2. DAP, PKR dan PAS tidak berada di bawah organisasi yang sah ataupun berdaftar. Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pun wujud dan hanyalah cakap mulut kosong sahaja. PAS menjanjikan draf perlembagaan Pakatan Rakyat pada 2 Februari 2009, tetapi sehingga kini masih tidak ada.

3. DAP tidak berada di bawah kepimpinan orang Islam, maka ia tidak perlu untuk akur kepada PAS langsung menyebabkan ia menjadi satu entiti untuk ditentang bersama.

Mengapa bukan PAS yang mahu keluar, sebaliknya menyuruh DAP yang keluar?
4. PAS pula bersikap 'mengalah' dengan kepimpinan DAP dan setiap kali Presiden DAP, Karpal Singh membuat kenyataan menentang Islam, PAS tidak akan respon dengan agresif seperti mana respon kepada parti UMNO.
Karpal Singh mengingatkan PAS untuk menjaga ahli yang berpangkat rendah

5. Kita perlu sedar bahawa ketika ini orang Melayu hanya tinggal kuasa memerintah sahaja. Ekonomi, sosial, pendidikan terletak pada orang lain. Kita harus bersyukur kerana  kita boleh beribadah dengan selesa tanpa halangan daripada orang lain.

6. Yang menghalang diri kita untuk beribadah ketika ini adalah diri kita sendiri sahaja. Bukannya orang lain. Tidak seperti di negara lain di mana hendak beribadah pun disekat dan dihalang malah dibunuh.

7. Terdapat banyak perkara semenjak tahun 2008 yang berlaku menyentuh keperihalan orang Melayu dan Agama Islam. Diharapkan agar orang Melayu dapat membuka mata kepada realiti sebenar yang berlaku ketika ini.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj ayat 46)

Dec 23, 2011

Himpunan Kenyataan-Kenyataan Nik Aziz





1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.


                                    



6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.


                                     


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


                                        


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Dec 14, 2011

Ikut Perspektif Nik Aziz


Orang Lain
PAS
Berpakat dengan bukan Islam
Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Dengan syaitan pun ambo sanggup!
Negara Islam
Islam apa? Pakat ngan Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Negara Islam? Dalam al-Quran tak sebut pun...
Bantuan wang ringgit
Rasuah tu! Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Nampak tak PR ni berjiwa rakyat. Bukan duit untung judi ni...
Kalimah Allah
Anti-agama betul puak-puak ni. Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Takpa dia nak guna, hak dia.
Himpunan
Himpunan Sejuta Umat Islam? Tak betul puak-puak ni buat, tak boleh ikut. Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Kalau Bersih takpa. Teoh Beng Hock punya upacara pun takpa.
Bina Masjid
Bazir! Bina banyak-banyak pun bukan orang pergi. Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Kita mendokong Islam, sebab tu kita bina masjid. Tapi peruntukan tak cukup. Elaun YB tu toksah kira la.
Kenaikan elaun
Duit rakyat tu! Kerja tak buat pun! Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
MB, YB perlukan lebih belanja untuk membantu rakyat. Boleh bina masjid dengan tambahan elaun? Kita nak orang ramai dapat pahala dengan menderma!
Fitnah
Memang jahat, fitnah sana, fitnah sini, semua fitnah! Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Mana ada fitnah? semua betul, takda yang tak betul. Semua betul! Syumpah~!
Isu Murtad
Salah tu cara tangkap. Tak betul! Kena ikut itu, kena ikut ini! Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Mana ada murtad!
Lesen Judi & Arak
Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Err... itu zaman dia duluuuuu. Sekarang tak boleh buat apa-apa. Err... kawasan untuk orang bukan Islam ja. Err... Err... Tengok sana!
Undi
Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Islam! Masuk Syurga!
Runtuh bangunan
Kapir! Masuk Neraka la mu!!!
Err... Madrasah tu dah uzur... Err... tak boleh buat apa, dah sign. Err... Tengok sana!

Dec 13, 2011

Hubungan PAS-Singapura-Israel

Adakah dengan menyatakan sokongan terhadap Lee Kuan Yew, Nik Aziz menyatakan sokongan terhadap Israel?

1. Sebaik sahaja Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia, Singapura mengiktiraf kewujudan negara Israel.

2. Kedutaan Israel ditubuhkan pada Mei 1969. Bulan yang sama berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kebetulan?

3. Percambahan ekonomi Singapura adalah dari dana dan pelaburan Israel & Amerika Syarikat.

4. PAP, parti pemerintah Singapura meninggalkan DAP di Malaysia sebagai penyambung perjuangan PAP.

5. DAP merupakan ahli kepada Socialist International yang antara ahlinya adalah dari negara Israel itu sendiri.

6. Petikan daripada Perlembagaan DAP:

"Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan
Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu
sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang
menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia
dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat  Malaysia;"

7. DAP secara jelas akan memperjuangkan negara Sekular. Seperti mana dirangka oleh Malayan Union.

8. DAP akan mengiktiraf Israel jika berjaya membentuk kerajaan. Di mana pula pendirian PAS ketika itu berlaku?