Nov 19, 2012

Apakah Tawaran @AnwarIbrahim Untuk Nik Aziz Pula Yang Kata UMNO Murtad?! #SamanKami

Kerana Anwar Apa Pun Boleh!
1. Kenyataan Nik Aziz semalam pada penutup Muktamar PAS ke-58 jelas menunjukkan penguasaan Anwar Ibrahim di dalam parti tersebut.

2. Apa tidaknya, Isu kenyataan Nurul Izzah berkenaan Orang Melayu bebas memilih agama dikatakan perkara kecil. Pekara lebih besar adalah untuk menumbangkan UMNO.

3. Pada malam 16hb November bertempat di Stadium Muhammad Ke-4 pula, Nik Aziz telah membacakan doa agar ditimpakan mala petaka dan bala ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

4. Walaupun dunia sedang gempar dengan serangan Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan kematian ketua pejuang HAMAS, Nik Aziz berdoa untuk kemusnahan dan kehancuran sesama muslim.

5. Dan sebagai buah penutup, Nik Aziz di dalam sidang akhbar secara langsung, jelas telah menuduh bahawa UMNO telah murtad. Apakah agaknya tawaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk Nik Aziz berkata sedemikian?


6. Nik Aziz telah mengisytiharkan sesuatu yang amat berat untuk beliau tanggung. Parti yang memimpin negara selama 55 tahun ini digambarkan lebih teruk dari Yahudi.

7. Saya minta para pembaca untuk menilai sendiri apakah tiada sumbangan langsung dari Parti UMNO ini untuk Islam. Dan saya minta juga para pembaca untuk berikan saya satu ilmu yang disampaikan oleh Nik Aziz yang melayakkan beliau untuk bergelar Tuan Guru.

8. Pelbagai tuduhan yang telah dibuat oleh Parti yang kononnya berlandaskan Islam ini. Kafir, Fasik, Murtad dan pelbagai lagi tuduhan mencerminkan bahawa PAS sebenarnya menyebarkan kebencian semata-mata.

9. Parti 'sahabat' PAS yang lain iaitu DAP dan PKR yang terang-terang mengeluarkan kenyataan anti-Islam dan mempersoalkan agama Islam sebagai agama persekutuan langsung tidak dihiraukannya.

10. Kerana apa?

11. Anwar Ibrahim telah melayangkan satu lagi janji palsu beliau; "Haji Hadi boleh jadi Perdana Menteri".

Kerana tawaran itu, Nik Aziz Menjadi Buta!

12. Kerana kenyataan ini, PAS semakin berkobar-kobar untuk menentang UMNO habis-habisan sambil menutup kesalahan yang dibuat oleh Nurul Izzah khasnya.

13. Adakah ini tawaran Anwar Ibrahim kepada PAS agar kes Nurul Izzah ini disenyapkan dan tidak dibincangkan di Muktamar PAS?

14. Sedikit renungan untuk Nik Aziz dan juga penyokong tegar PAS;

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR At-Tirmizi)

15. Khas untuk Nurul Izzah, kenyataan anda harus ditarik balik atau #SamanKami!

15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: