Nov 26, 2012

#SindromLajim : Lagi Maklumat Diterima Tentang Kemungkinan Pembelot UMNO Selangor!!!



1. Setelah dua artikel tentang #SindromLajim dikeluarkan, nampaknya panas e-mail Salah dengan maklumat-maklumat tentang isu pembelian 'insurans' oleh pemimpin UMNO Negeri Selangor.

2. Setelah ditapis satu demi satu, nampaknya ada satu cerita baru yang agak panas dan mungkin belum pernah kedengaran lagi di mana-mana media.

2a. Laporan ini diterima daripada sahabat Salah yang kebetulan ada di tempat kejadian.

3. 3hb November yang lepas, Anwar Ibrahim telah ke Jakarta. Sesampai tiba di lapangan terbang tersebut, beliau kelihatan turun bersama 7 orang yang antara 2 orang tersebut memang dikenali sebagai pengawal peribadi beliau.


4. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah 2 orang kenamaan di dalam UMNO Selangor kelihatan berlegar-legar di lapangan terbang tersebut.

5. Anwar Ibrahim setibanya beliau terus ke ruangan pelepasan untuk beramah-mesra dengan rakyat Malaysia yang ada di sana. Satu strategi politik Anwar yang tidak asing lagi.

6. Setelah itu beliau dihampiri oleh seorang lelaki yang mukanya dikenali di UMNO Selangor ini. Setelah berbisik, salah seorang daripada pengawal peribadi Anwar beredar menuju ke tandas diekori oleh lelaki ini.

7. Maka, sahabat Salah inipun ikut mereka berdua menuju ke tandas.

8. Di sana, dia melihat bahawa berlakunya transaksi duit antara pengawal peribadi Anwar dan lelaki tersebut. Dia sempat merakam gambar, tetapi gambar tersebut belum boleh didedahkan lagi. Cuma gambar ini sahaja dikeluarkan dahulu.



9. Kemudian sahabat Salah ini mengekor pula pengawal peribadi Anwar tersebut. Pengawal peribadi tersebut pergi ke sebuah ATM untuk mengeluarkan wang lagi.

10. Melihat bahawa tiada maklumat yang boleh diterima dari kelakuan pengawal peribadi Anwar tersebut, sahabat Salah mengubah haluan untuk mengekor lelaki tersebut pula.

11. Kelihatan lelaki tersebut bergerak dengan pantas dan menuju ke ruangan pelepasan. Kelibat Anwar telah hilang.

12. Sahabat Salah sebenarnya adalah orang lama di dalam arena politik UMNO Selangor. Dia dengan bersahaja menegur lelaki tersebut dan berborak kosong. Bila ditanyakan apa tujuan lelaki itu berada di Jakarta, jawapannya mudah, ada 'confrence' katanya.

13. Datang pula seorang lagi sahabat lelaki tersebut yang juga kenal antara satu sama lain termasuk sahabat Salah.

14. Lelaki pertama ialah Ridhuan Mohd Taib, adik kepada Tan Sri Muhamad Taib, bekas Menteri Besar Selangor yang dahulu dan lelaki kedua adalah Adnan Buyung.



15. Apa tujuan mereka berada di situ?

16. Apakah tujuan duit itu diterima?

17. Adakah akan berlakunya satu lagi kes pembelotan di UMNO Selangor pula?

18. Harap dapat dijelaskan secepat mungkin. Mungkin ini yang berlaku kepada Sheikh Kadir sebelum beliau lompat keluar dari UMNO dan menjadi seperti Lajim!

19. Bukan tujuan pendedahan ini untuk menabur fitnah ataupun dengki kepada sesiapa. Cumanya, untuk menyelamatkan Selangor daripada golongan opportunis seperti Lajim dan Sheikh Kadir. Sekiranya tidak benar, tampil ke hadapan dan katakan tidak benar. Jangan berdiamkan diri.

20. TS Muhammad Taib juga harus menjawab persoalan ini dan nyatakan pendirian beliau tentang UMNO. Memang TS tidaklah berjawatan tinggi sekarang ini, tetapi itu bukan penghalang kepada TS untuk berkhidmat terus kepada Agama, Bangsa dan Tanahair!

21. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.

NOTA: Tahniah kepada Dato' Satim kerana kembali bersuara! Ketua Pembangkang Negeri Selangor perlu lebih agresif!

No comments: