Showing posts with label chegu bard. Show all posts
Showing posts with label chegu bard. Show all posts

Mar 18, 2013

#LahadDatu : Politik Tongong Kembali Dengan Episod 3!!!



1. Setelah hampir sebulan menyepi, akhirnya pasangan Tong dan Ngong kembali ke arena YouTube dengan isu Lahad Datu.

2. Saksikan siapakah yang bergelar Tongong pada minggu ini!

Apr 28, 2012

Bersih 3.0: PDRM Hero Malaysia!

1. Alhamdulillah, nampaknya Allah Taala masih lagi melimpahkan rahmatnya ke aas bumi bertuah Malaysia ini.

2. Tindakan pihak polis yang tidak termakan dengan provokasi Unit Amal PAS dan juga beberapa individu lain berjaya menyelamatkan keadaan.



3. Anggota polis tenang berjaya mengikut SOP yang ditetapkan.

4. Lebih kemas apabila pihak polis sendiri mengambil gambar dan video untuk diupload ke internet lebih pantas daripada media pembangkang.



5. Nampaknya taktik dari CANVAS ini berjaya dipatahkan oleh pihak polis dengan sangat bijak.

6. Apabila gas pemedih mata dilepaskan, orang ramai lari bertempiaran, mereka yang gagal melarikan diri akhirnya dibantu oleh pihak polis untuk mendapatkan bantuan rawatan. 7. Satu usaha yang sangat baik dan bijak oleh pihak polis untuk menangani masalah sebegini. 8. Satu ucapan tahniah untuk warga PDRM. 9. Namun begitu, terdapat pula individu yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah mengatakan polis menggunakan kekerasan yang melampau, menggunakan peluru hidup dan pelbagai lagi cerita yang tidak masuk akal. 10. Saya mula mempersoal sama ada individu ini benar-benar berada di tempat kejadian atau tidak.