Jan 30, 2014

#Gempar : @SPRMMalaysia Tolong Siasat Bekas ADUN PKR N25 Kajang, Lee Chin Cheh.



Sejurus selepas mendengar berita yang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan ADUN N25 Kajang, saya menelefon sahabat-sahabat saya di Kajang. Salah seorang daripada mereka meminta saya untuk turun ke Kajang untuk bersembang.

Sahabat saya merupakan seorang kontraktor oppurtunis di Selangor yang banyak bergaul dengan orang-orang politik di Selangor. Maklumlah, nak dapatkan projek.

Sampai di Kajang, sahabat saya bawa saya untuk minum di Sup Power Ali.

Sahabat saya menceritakan yang Lee Chin Cheh telah ditawarkan RM2-3 Juta untuk melepaskan jawatan ADUN. Bagi seorang ADUN yang belum sempat berkhidmat kepada rakyat ini merupakan peluang yang terbaik untuk meraih keuntungan tanpa memerlukannya untuk bekerja.

Maklumat ini telah diterima oleh sahabat saya daripada kenalannya daripada Parti DAP. Telah kecoh sesama ahli DAP yang Lee telah menerima sejumlah wang untuk melepaskan jawatan tersebut.

Walaupun tiada bukti yang sahih, saya meminta untuk pihak SPRM menyiasat terlebih dahulu kes pelepasan jawatan ini sebelum PRK N25 Kajang ini diadakan.

Jan 29, 2014

#PRKKajang : Apa Yang Rafizi Merapu Ni?


Antara YB paling kurang kebijaksanaan di dalam Parlimen Malaysia ini adalah Rafizi Ramli. Apa tidaknya bila di dalam Keldaian KeadilanDaily melaporkan tujuan Anwar diletakkan di Kajang adalah untuk pertahan Selangor jika Najib disingkirkan.

Atas logik akal mana yang memerlukan Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk pertahankan Selangor jika Najib tersingkir?

Bukankah lebih baik sekiranya Najib tersingkir, Anwar menumpukan perhatian di peringkat Parlimen untuk mengadakan undi tidak percaya lalu membolehkan parlimen dibubarkan.

Jan 27, 2014

#PRKKajang : Dr. Asri Juga Tidak Bersetuju Dengan Pilihanraya Kecil.



Kali ini Dr. Asri kelihatan seperti tidak sehaluan dengan tindakan PKR di Selangor yang bertindak untuk meletakkan jawatan bagi membuka laluan kepada orang lain. Spekulasi menyatakan bahawa calon yang bakal diletakkan oleh PKR adalah DS Anwai Ibrahim sendiri atas tujuan untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Ini adalah ekoran beberapa masalah dalaman parti itu sendiri yang berpunca daripada krisis Azmin-Khalid yang berlanjutan sehingga kini.

Persoalan yang ingin ditimbulkan adakah TS Khalid Ibrahim gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor sehinggakan PKR perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi membuka laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar yang baharu? Indikator manakah yang menunjukkan bahawasanya Khalid telah gagal mengurus tadbir kewangan negeri sehingga ia di ambang muflis? Dan adakah tindakan menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ini wajar semata-mata krisis dalaman yang melanda PKR?

Jan 25, 2014

#SaveSelangor : Khalid Bakal menjadi Korban Terbaru PKR.



DI ATAS kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.

Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.

Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.

Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jan 18, 2014

#SaveSelangor : Badan Penyelidikan Antarabangsa Anggar Industri Judi Haram Selangor Bernilai RM779.25 Juta!


Amat memalukan apabila HavocScope, sebuah badan penyelidikan pasaran gelap dunia telah melaporkan bahawa Selangor merupakan lubuk perjudian haram terbanyak di Malaysia dan menyumbangkan sejumlah USD 779.25 Juta nilai industri ini.

Angka ini juga meletakkan Malaysia tempat ke-40 nilai pasaran gelap mengikut negara. Sedih apabila difikarkan bahawa dahulunya semasa BN memerintah negeri ini, PAS sering kali menyerang mengatakan bahawa pemerintahan BN ini tidak mengikut hukum Islam. Terdapat kilang arak, penjualan arak di kawasan orang Melayu dan sebagainya.

Apabila mereka pula yang mendapat kuasa, lebih teruk negeri Selangor ini dijadikan mereka. Seolah-olah PAS ini akur dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP dan PKR. PAS tunduk dengan setunduk-tunduknya.

Jan 17, 2014

#GiatMara : Strategi Halus Pembangkang Hapus Kedudukan Istimewa Melayu


ENTAH apalah 'dosa' para pelatih GiatMara di Taman Selayang Baru apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan premis tersebut ditutup hujung tahun ini atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Sukar agaknya untuk mereka menerima hakikat tersebut memandangkan pusat latihan kemahiran untuk anak-anak muda bumiputera itu telah wujud di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

GiatMara berkenaan merupakan yang kedua ditutup di Selangor selepas cawangan di Merbau Berdarah, Sabak Bernam menerima nasib sama, dua tahun lalu.

Selepas ini, GiatMara di Jalan Rantau Panjang, Kapar, Klang juga dikatakan bakal ditutup atas alasan sama.

Pun begitu, bagi bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman, apa yang berlaku kepada pusat latihan kemahiran yang merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar-pelajar Melayu yang tidak berkemampuan itu tidak sama sekali mengejutkan.

Jan 15, 2014

#PKRosak : Siapa Kata @TianChua Minta Maaf?

Kecoh diperkatakan di seluruh negara bahawa Tian Chua telahpun meminta maaf kepada UMNO dan bersetuju untuk menarik kembali artikel fitnah beliau daripada KeadilanDaily yang menuduh Tragedi Lahad Datu merupakan sandiwara UMNO. UMNO bertindak untuk mengheret Tian Chua ke mahkamah untuk disaman.
Setelah kes berlangsung, UMNO sedia menarik kembali dakwaan saman tersebut dengan syarat Tian Chua menarik kembali kata-katanya itu. Dipernampakkan kepada seluruh negara bahawa Tian Chua telah meminta maaf kepada UMNO dan bersetuju untuk menarik semula artikel beliau itu.

Jan 14, 2014

#Eksklusif : Antara Sultan Melaka, #Kangkung dan Mahkamah.

Kecoh diperkatakan di media sosial baru-baru ini tentang perihal kangkung. Ini semua berpunca apabila misalan dan sindiran DS Najib Razak pada hari Ahad yang lalu dipermainkan oleh media pro-pembangkang. Kononnya berita pada malam tersebut dikatakan khas untuk DS Najib mengumumkan harga kangkung turun lalu diminta rakyat untuk memuji kerajaan BN oleh kerana itu.

Saya tidak mahu menceritakan tentang perihal kangkung ini dengan lebih lanjut kerana terlalu muak mendengarnya. Muak bukan kerana diulang-ulang oleh media pro-pembangkang tetapi kerana tiada satupun usaha yang ditunjukkan oleh media pro-kerajaan untuk membalas semula ejekan jahat tersebut. Jika dahulunya, media pro-kerajaan dengan pantas dan tuntas akan melawan semula ejekan jahat tersebut namun kini, seolah-olah pihak media pro-pembangkang sahaja yang wujud di media maya ini.

Jan 13, 2014

#DAPConflict : Proksi Lim Kit Siang Kuasai DAP Johor!



Dr. Boo Cheng Hau secara rasminya tidak lagi mengepalai DAP Johor apabila Liew Chin Tong yang datang dari negeri Selangor mengalahkan beliau di dalam pemilihan DAP Johor.

Berita ini tidaklah mengejutkan kerana sudah dijangka bahawa Lim Kit Siang bakal menguasai kepimpinan DAP Johor sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu.

Lebih memeranjatkan apabila Liew yang menang tempat ke -14 daripda 15 AJK pusat dilantik sebagai pengerusi DAP Johor dan bukannya Dr. Boo yang mendapat tempat ke-10 dan memegang kerusi tersebut selama 8 tahun.

Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu akan memilih seorang ketua daripada kalangan mereka. Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Dr. Boo. Satu daripadanya undi rosak.

Jan 11, 2014

#Santai : Senarai Awek Bloggers Yang Comel-comel~ #Lifestyle


Tidak dapat dipastikan mengapa saya ingin pos artikel sebegini, tetapi apakan daya... idea nak menulis tak datang. Jadi sedang blogwalking ke blog-blog lain, terjumpalah senarai gadis-gadis blogger yang cantik-cantik, comel-comel khas untuk tatapan pembaca TruthVaccine. Semoga saya cepat recover daripada mental block dan boleh menulis seperti biasa.

Jangan ambil terlalu serius dan harap dapat bersantai bersama-sama.

Jan 9, 2014

#KalimahAllah : [Video] Azhar Idrus VS Tun Mahathir Tentang Isu Kalimah Allah.


Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ayahanda Tun. Kita dok cakap kita punya, kita punya tetapi mengapa kita punya tidak diterangkan. Mungkin dengan cara dakwah berilmiah ataupun secara bijaksana yang Tun lakukan, kita dapat meredakan keadaan ketegangan yang hasilnya daripada seorang paderi yang menyokong perjuangan Pembangkang secara terang-terangan.

Jan 8, 2014

#KalimahAllah : Strategi Anwar Berkesan. Rakyat Malaysia Ditipu Lagi!


Isu kalimah Allah yang mula diperkatakan kembali pada 27 Disember 2013 tempoh hari adalah strategi licik manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Ini juga termasuk dengan insiden JAIS merampas bible berbahasa Melayu di pejabat Persatuan Bible Malaysia.

Strategi Anwar Bin Ibrahim ini berjaya mengalihkan isu dan pandangan rakyat Malaysia terhadap permasalahan yang beliau dan juga politikus pembangkang hadapi.

Permasalahan penggunaan Kalimah Allah telah lama senyap dari terpampang di dada akhbar ataupun di media maya. Tetapi dengan persepakatan antara Anwar dan juga Father Lawrence Andrew dari Klang ini sedikit sebanyak telah mengolakkan perpaduan negara.

Bagi Anwar tidak mengapa kerana asalkan imej dan juga kredibiliti beliau tidak tercabar, apapun di'halal'kan oleh beliau.

Jan 7, 2014

#KalimahAllah : Mengapa Perlu Pinda Enakmen Agama Bukan Islam 1988?

BARU-BARU ini, tiga wakil rakyat DAP di Selangor dilaporkan mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda atas alasan menjaga hak bukan Islam di negeri ini.

Cadangan itu dinyatakan Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San yang masing-masing mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama, DUN Bukit Gasing dan DUN Kampung Tunku.

Mereka mengusulkan pindaan dibuat terhadap Sub-Seksyen 9 enakmen terbabit susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 , ada menyatakan seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan Allah atau 34 perkataan Arab termasuk Hadis, Syariah, Khalifah, Fatwa, Alhamdulillah dan Insya-Allah untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

#RPDM31D : KENYATAAN RASMI S.S MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “BUGHAH” & “HALAL DARAH”.

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

#RPDM31D : Orang Pertama Yang Sepatutnya Dikenakan Hukuman Bughah adalah @IshamRais


Idea untuk menggulingkan Kerajaan ini sebenarnya sudah berlegar di media maya semenjak 1 Januari 2013 yang lalu oleh Hishamuddin Rais di Balik Pulau, Melaka bersempena dengan Himpunan KL112.

Namun ideanya yang ekstrem ini tidak mendapat sambutan orang ramai ketika itu.

Sewaktu Chegu Bard dan Azan Safar hendak menganjurkan perhimpunan TURUN pada ambang 31 Disember 2013 tempoh hari, Hishamuddin Rais pada masa yang sama hendak mengadakan himpunannya sendiri iaitu Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013. 

Jan 6, 2014

#KalimahAllah : Jangan Berlagak Di Bumi Islam!

SEJAK beberapa tahun ini umat Islam, kumpulan majoriti di negara ini menahan sabar. Hanya dalam kurun ini, umat Islam dicabar sebegitu rupa. Dulu-dulu tidak sebegini berat cabarannya, Begitu besar gelombang propaganda dan agenda tersembunyi yang tujuannya mahu melemahkan Islam perlu dihadapi.

Hanya tahun-tahun kebelakangan ini kata-kata mufti dipermainkan bahkan diejek-ejek sesuka hati. Hanya mutakhir ini, nafsu liar kumpulan tertentu mahu mengubah Perlembagaan negara semakin menggelegak dan mengapung di permukaan.

Asakan itu seperti sudah tiada batasnya. Tetapi kerana terdidik dalam kehidupan saling toleransi dan sederhana dalam bersikap, apa jua asakan dan cabaran dihadapi dengan penuh bijaksana dan tertib. Maka, Malaysia kekal dalam keadaan harmoni dan makmur.

#KalimahAllah : Hentikan Sakiti Hati umat Islam

POLEMIK penyalahgunaan kalimah suci 'Allah' masih lagi berterusan pada ketika ini sejak keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober 2013 diumumkan. Pelbagai pihak memberi komentar positif dan negatif terhadap penghakiman tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik seolah-olah mereka terlibat secara langsung di dalam perbicaraan kes tersebut sama ada di peringkat Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Rayuan.

Polemik ini 'diberatkan' lagi sesetengah pihak apabila Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan ke atas sebuah premis di Petaling Jaya dan dilaporkan menyita 'Bible' berbahasa Melayu baru-baru ini.

Timbul pelbagai persoalan yang dibangkitkan di kalangan awam dan perkara ini perlu dijelaskan mengikut undang-undang tanpa mengambil kira faktor politik kepartian. Seharusnya di dalam isu-isu Islam, politik kepartian diketepikan demi memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan sumpah Yang di-Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Jan 4, 2014

#Nasional : 11 Langkah Penjimatan @NajibRazak Merugikan Bumiputera?

Pengumuman 11 langkah penjimatan sektor awam bermula 1 Januari 2014 oleh Perdana Menteri dilihat sebagai satu usaha kerajaan ke arah perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun ini. Semestinya setiap langkah yang direncanakan telah dibuat kajian yang mendalam.

Namun begitu jika diperhalusi setiap satu langkah yang diumumkan masih terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Tetapi jika dilihat lebih jauh kemungkinan akan timbul beberapa isu yang melibatkan kepentingan bumiputera.

Langkah Pertama: Elaun keraian menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan JUSA C ke atas akan dikurangkan 5 hingga 10 peratus. Menurut surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008, kadar terkini imbuhan tetap keraian bagi pegawai kanan kerajaan JUSA bermula RM2,500 sebulan bagi JUSA C sehingga RM 4,000 sebulan bagi JUSA A. Pengurangan sebanyak 10 peratus dilihat kecil dan masih dapat ditampung oleh pelbagai elaun lain yang diterima.

Cuma persoalannya, adakah individu-individu yang banyak berjasa dan berbakti kepada pengurusan dan pelaksanaan sistem kerajaan yang terlibat dalam langkah penjimatan ini dapat menerima dengan hati terbuka. Kemungkinankah risiko penolakan kepada agenda kerajaan dalam diam akan berlaku?

Jan 2, 2014

#Nasional Ops Ambang Maksiat : Bawa anak kecil 'teman' melakukan maksiat

GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.

#NaikHarga : Bendung kenaikan harga barangan #Nasional

Kenaikan harga barang kembali melanda Malaysia. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti pekerja biasa dan golongan bawah, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, "ingat sebelum kena, jimat sebelum habis."

Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang. Antaranya masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.

Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus daripada harga sebelumnya.

Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup-cukup makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga.

Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna.

Jan 1, 2014

#Nasional : #HargaTol belum dinaikkan lagi! Hentikan sebaran fitnah! #RPDM31D


YB Datuk Fadillah Yusof sudah mengeluarkan kenyataan akhbar yang barang kali tidak dipedulikan oleh sesiapa pun kerana terlalu sibuk dengan Himpunan Bodoh 31 Disember semalam.

Bagi mereka yang membuat pelbagai spekulasi tentang kenaikan harga tol 1 Januari 2014 bolehlah menghentikan segala sebaran fitnah keran kerajaan belum mengeluarkan apa-apa lagi arahan untuk menaikkan harga tol.

Malah Datuk Fadillah juga telah menerangkan semenjak tahun 2008 pelbagai usaha oleh kerajaan telah dijalankan untuk mengurangkan bebanan pengguna jalan raya, termasuk dengan penutupan dan pemansuhan kutipan tol di 7 plaza tol dan pengurangan kadar tol di 3 lebuh raya.

Semua ini dilakukan sebelum desakan kumpulan NGO TURUN ke, TORON ke atau pun TOLOL. Tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepada kumpulan NGO bodoh seperti mereka itu.

#Nasional : Siapa Berani Tegur Cina DAP @cmlimguaneng ? #PG1 #RPDM31D


Menjelang tahun baru, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dihadiahkan dengan kereta Mercedes 300SL baru yang berharga RM600 ribu. Dengan no plat PG1, Lim kelihatan seronok dan gembira bersama kenderaan rasmi barunya itu.

Penyokong pembangkang dengan tidak keruan telah mempertahankan Ketua Menteri Chauvinis ini dengan menyatakan bahawa kereta Mercedes ini ada potongan 50% iaitu tidak termasuk AP oleh kerana pembelian oleh Kerajaan Negeri. Mungkin penyokong pembangkang ini tidak dapat berfikir dengan panjang kerana setiap pembelian oleh mana-mana kerajaan untuk tujuan rasmi sememangnya tidak dicukaikan.

Maka, ketika DS Najib diberikan cadangan oleh DRB-Hicom untuk menggunakan Honda Accord tahun lepas, berduyun-duyun penyokong pembangkang mengkritik cadangan tersebut dengan mengatakan pembaziran dan sebagainya. Bukankah pembelian Honda Accord itu turut tidak dicukaikan dan nilainya akan berkurangan 50% juga?

Sikap double standard penyokong pembangkang ini jelas terlihat. Penyokong kerajaan UMNO-BN bila-bila sahaja boleh mengkritik pemimpinnya sendiri, namun adakah praktis ini dilakukan oleh penyokong pembangkang?

#RPDM31D : Analisis Keseluruhan Himpunan #TURUN 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka


Nampaknya himpunan kali ini yang dianjurkan oleh 4 NGO pembangkang (SAMM, SMM, TURUN & Jingga 13) boleh dikatakan sebagai gagal kerana jumlah kehadiran yang sangat tidak memberangsangkan. 

Kehadiran akhir yang direkodkan sekitar 5,000 peserta ternyata tidak menggambarkan suara rakyat lebih-lebih lagi apabila 80% daripada mereka yang turun pada malam ini adalah terdiri daripada golongan muda yang tidak merasai kesan daripada kenaikan harga barang.

Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 95% daripada jumlah peserta merupakan daripada kaum Melayu. Kehadiran anak muda kaum Cina dan India tidak signifikan jumlahnya sehinggakan Tan Keng Liang mengirim satu tweet menyindir anak muda berbangsa Melayu yang turun membuang masa di perhimpunan tersebut berbanding anak Cina dan India yang memilih untuk melakukan aktiviti lain.


Peserta mula berkumpul seawal jam 5.30 petang di 3 lokasi pertemuan utama iaitu Pasar Seni, Dataran Sogo dan Masjid Jamek. Seperti mana perhimpunan lain, modus operandi yang sama digunakan seperti penjualan t-shirt perhimpunan, solat berjemaah di tengah jalan, ucapan oleh wakil anak muda ataupun mahasiswa dan sebagainya.