Jan 13, 2014

#DAPConflict : Proksi Lim Kit Siang Kuasai DAP Johor!



Dr. Boo Cheng Hau secara rasminya tidak lagi mengepalai DAP Johor apabila Liew Chin Tong yang datang dari negeri Selangor mengalahkan beliau di dalam pemilihan DAP Johor.

Berita ini tidaklah mengejutkan kerana sudah dijangka bahawa Lim Kit Siang bakal menguasai kepimpinan DAP Johor sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu.

Lebih memeranjatkan apabila Liew yang menang tempat ke -14 daripda 15 AJK pusat dilantik sebagai pengerusi DAP Johor dan bukannya Dr. Boo yang mendapat tempat ke-10 dan memegang kerusi tersebut selama 8 tahun.

Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu akan memilih seorang ketua daripada kalangan mereka. Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Dr. Boo. Satu daripadanya undi rosak.
Ini bermaksud, Dr. Boo diturunkan kepada anggota jawatankuasa biasa tanpa portfolio, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Perkara ini berulang lagi apabila Lim Guan Eng mula berjinak dengan negeri Pulau Pinang pada 2008 dahulu. Lim mengenepikan Chow Kon Yeow untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang mengenepikan kepimpinan DAP negeri yang bertungkus-lumus berkempen. Dan pada Disember yang lalu, Zairil pula telah dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang dan seterusnya mengenepikan ancaman buat Lim Guan Eng.

Ini adalah sikap dan amalan yang sebenar Lim Kit Siang yang bertindak untuk mengukuhkan kerusi Dinasti Lim di dalam parti DAP. Cukuplah omongan kosong tentang keadilan, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah individu yang terlalu sombong untuk melakukan seperti yang diucapkan.

No comments:

Post a Comment