Nampaknya himpunan kali ini yang dianjurkan oleh 4 NGO pembangkang (SAMM, SMM, TURUN & Jingga 13) boleh dikatakan sebagai gagal kerana jumlah kehadiran yang sangat tidak memberangsangkan.
Kehadiran akhir yang direkodkan sekitar 5,000 peserta ternyata tidak menggambarkan suara rakyat lebih-lebih lagi apabila 80% daripada mereka yang turun pada malam ini adalah terdiri daripada golongan muda yang tidak merasai kesan daripada kenaikan harga barang.
Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 95% daripada jumlah peserta merupakan daripada kaum Melayu. Kehadiran anak muda kaum Cina dan India tidak signifikan jumlahnya sehinggakan Tan Keng Liang mengirim satu tweet menyindir anak muda berbangsa Melayu yang turun membuang masa di perhimpunan tersebut berbanding anak Cina dan India yang memilih untuk melakukan aktiviti lain.
Peserta mula berkumpul seawal jam 5.30 petang di 3 lokasi pertemuan utama iaitu Pasar Seni, Dataran Sogo dan Masjid Jamek. Seperti mana perhimpunan lain, modus operandi yang sama digunakan seperti penjualan t-shirt perhimpunan, solat berjemaah di tengah jalan, ucapan oleh wakil anak muda ataupun mahasiswa dan sebagainya.
Sekitar jam 10.00 malam, mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka dan dihadang oleh pihak Polis dan juga DBKL di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak. Dalam kira-kira jam 11.37 malam, pihak polis telah melepaskan peserta untuk masuk ke dalam Dataran Merdeka.
Tindakan pihak polis ini sedikit sebanyak telah memberi kejutan kepada peserta himpunan kerana mereka datang dengan niat untuk menghadapi kekasaran polis. Namun, strategi polis kali ini telah menyebabkan ramai peserta himpunan ragu-ragu dan bingung. Mereka selepas itu seperti hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana.
Akhirnya mereka terus ke pentas dan mula mengganggu orang ramai yang datang untuk menikmati sambutan tahun baru 2014. Tindakan liar peserta demonstrasi telah menyebabkan pengunjung yang datang berasa tidak selesa dan memilih untuk meninggalkan Dataran Merdeka lebih awal sebelum jam 12.00 tgh malam atas dasar keselamatan.
Konsert yang diadakan bersempena dengan sambutan tersebut juga dihentikan serta-merta atas sebab keselamatan. Terdapat peserta himpunan bertindak liar dengan membaling botol ke arah pentas dan dilaporkan terdapat petugas pentas yang cedera.
Jelas menunjukkan di sini, perhimpunan 'aman' yang diwar-warkan oleh Che'gu Bard dan lantikan 57 orang sebagai pemantau anti-provokasi hanyalah retorik semata-mata. Perancangan kononnya untuk rakyat kerana harga barang naik cuma alasan semata-mata kerana pada akhirnya laungan reformasi jugalah yang berkumandang. Bukan sangat untuk membela rakyat tetapi demi kepentingan peribadi politik individu.
Kehadiran pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli, Dr. Dzulkifli Ahmad, Salahuddin Ayub, Che'gu Bard dan sebagainya tidak berjaya menarik kehadiran khalayak yang ramai. Rakyat semakin muak dengan demonstrasi demi demonstrasi yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Lebih-lebih lagi apabila mereka yang mengikuti perhimpunan ini bukanlah golongan yang benar-benar menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Mungkin pihak kerajaan patut melihat mengapa golongan muda menjadi majoriti kepada perhimpunan kali ini. Kaji dan lihat mengapa sokongan anak muda lebih popular di kalangan pembangkang berbanding kerajaan.
Mungkin pihak kerajaan patut melihat mengapa golongan muda menjadi majoriti kepada perhimpunan kali ini. Kaji dan lihat mengapa sokongan anak muda lebih popular di kalangan pembangkang berbanding kerajaan.
MENGAKU MAHASISWA, TETAPI TAHAP PEMIKIRAN SUB STANDARD.
ReplyDeleteJAGUH DI JALANAN, BUKAN DI DEWAN EXAM.
ITULAH MAHASISWA MELAYU, YANG KURANG GUNA AKAL ANUGERAH TUHAN.
RELA DI PERBODOH BEGITU SEKALI.
KITA MAHU FIRST CLASS, BUKAN THIRD CLASS GRADUATES.
OH MY MELAYU !