Jan 1, 2014

#Nasional : Siapa Berani Tegur Cina DAP @cmlimguaneng ? #PG1 #RPDM31D


Menjelang tahun baru, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dihadiahkan dengan kereta Mercedes 300SL baru yang berharga RM600 ribu. Dengan no plat PG1, Lim kelihatan seronok dan gembira bersama kenderaan rasmi barunya itu.

Penyokong pembangkang dengan tidak keruan telah mempertahankan Ketua Menteri Chauvinis ini dengan menyatakan bahawa kereta Mercedes ini ada potongan 50% iaitu tidak termasuk AP oleh kerana pembelian oleh Kerajaan Negeri. Mungkin penyokong pembangkang ini tidak dapat berfikir dengan panjang kerana setiap pembelian oleh mana-mana kerajaan untuk tujuan rasmi sememangnya tidak dicukaikan.

Maka, ketika DS Najib diberikan cadangan oleh DRB-Hicom untuk menggunakan Honda Accord tahun lepas, berduyun-duyun penyokong pembangkang mengkritik cadangan tersebut dengan mengatakan pembaziran dan sebagainya. Bukankah pembelian Honda Accord itu turut tidak dicukaikan dan nilainya akan berkurangan 50% juga?

Sikap double standard penyokong pembangkang ini jelas terlihat. Penyokong kerajaan UMNO-BN bila-bila sahaja boleh mengkritik pemimpinnya sendiri, namun adakah praktis ini dilakukan oleh penyokong pembangkang?


Lihat pula pada keadaan pembangkang mengatakan bahawa kos sara hidup rakyat meningkat, rakyat sengsara, rakyat terpaksa makan sampah untuk terus hidup dan seumpama dengannya. Pembangkang sendiri berbelanja dengan mewah dan gembira. TS Khalid Ibrahim dengan tidak segan silu menaikkan gajinya sendiri tidak mengapa. Sekiranya UMNO-BN yang lakukan, semuanya menjadi kesalahan dan terpekik, terlolonglah penyokong pembangkang ini ibarat kera disembelih!

Wayang di Selangor diteruskan dengan Anwar Ibrahim menegur TS Khalid atas kenaikan yang begitu drastik. Saya ingin CABAR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana ahli politik pembangkang untuk menegur Lim Guan Eng atas pembelian kereta Mercedes 300SL itu.

Saya juga ingin mencabar Che'gu Bard, Azan Safar, Edy Noor Reduan, Hishamuddin Rais, Adam Adli, Khalid Ismath Syiah dan sahabat mereka yang lain untuk menegur perbuatan Lim Guan Eng itu. Tidak perlu berdemo, cukup setakat menegur sahaja. Saya yakin bahawa individu-individu MELAYU ini tidak akan berani sama sekali untuk menyentuh atau mengusik sedikit pun perbuatan CINA DAP yang rasis ini.

Rakyat Malaysia jangan terus tertipu dengan perbuatan hina petualang Melayu pembangkang ini!

No comments:

Post a Comment