Jan 8, 2014

#KalimahAllah : Strategi Anwar Berkesan. Rakyat Malaysia Ditipu Lagi!


Isu kalimah Allah yang mula diperkatakan kembali pada 27 Disember 2013 tempoh hari adalah strategi licik manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Ini juga termasuk dengan insiden JAIS merampas bible berbahasa Melayu di pejabat Persatuan Bible Malaysia.

Strategi Anwar Bin Ibrahim ini berjaya mengalihkan isu dan pandangan rakyat Malaysia terhadap permasalahan yang beliau dan juga politikus pembangkang hadapi.

Permasalahan penggunaan Kalimah Allah telah lama senyap dari terpampang di dada akhbar ataupun di media maya. Tetapi dengan persepakatan antara Anwar dan juga Father Lawrence Andrew dari Klang ini sedikit sebanyak telah mengolakkan perpaduan negara.

Bagi Anwar tidak mengapa kerana asalkan imej dan juga kredibiliti beliau tidak tercabar, apapun di'halal'kan oleh beliau.

Persoalan yang timbul daripada kes Kalimah Allah ini dan juga serbuan JAIS adalah seperti berikut:

  1. Mengapa Paderi Lawrence dari Klang (Selangor) yang membuat kenyataan provokasi?
  2. Mengapa JAIS (di bawah kuasa negeri) yang melakukan serbuan tanpa polis ataupun JAKIM?
  3. Mengapa Exco Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam diam?
  4. Mengapa MB Selangor diam?
  5. Mengapa Anwar Bin Ibrahim menjawab isu ini bagi pihak MB Selangor?
Dan banyak lagi persoalan yang timbul yang boleh mendatangkan pelbagai tanda tanya kepada mereka yang berfikir dengan lebih mendalam lagi. Ini jelas menunjukkan yang pihak pembangkang mempunyai satu bentuk 'Storyboard' yang kemas yang boleh mengalihkan perhatian rakyat dalam masa yang singkat sahaja.

Isu kalimah Allah ini dipilih Anwar Bin Ibrahim kerana bukan mudah bagi pihak kerajaan untuk menemui jalan keluar. Isu ini juga adalah teramat sensitif dan mana-mana kenyataan yang dibuat tidak kena dengan 'waktu' dan juga 'tempat' boleh menimbulkan ketegangan yang melampau malah boleh juga mendatangkan huru-hara dan kekacauan.

Malah, isu kalimah Allah ini digunakan sebagai persediaan untuk pihak pembangkang menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang pada hemat saya belum difikirkan lagi oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapula dengan isu yang masih GAGAL dijawab oleh Anwar Bin Ibrahim dan juga politikus dari PKR?
  1. Isu kenyataan 'U-Turn' Anwar Ibrahim mengenai isu undi Bangladesh
  2. Isu Rafizi yang mendesak Gani Patail untuk mendedahkan akaun peribadi (yang mana Gani bersetuju)
  3. Isu Mat Sabu yang ingin saman Zahid Hamidi tentang soal syiah
  4. Isu kenaikan gaji ADUN, Exco, Speaker dan Menteri Besar Selangor yang keterlaluan
  5. Isu kenaikan tol pada 1 Januari 2014 yang ternyata palsu.
  6. Isu penjualan aset negara yang ternyata palsu.
  7. Kes-kes mahkamah Anwar Ibrahim
Teknik 'silap mata' yang dipanggil sebagai falasi (fallacy) ini sememangnya kepakaran Anwar Bin Ibrahim. 

Tetapi malangnya pihak kerajaan tidak berjaya untuk menguruskan kembali perhatian masyarakat terhadap perkara yang lebih baik. Pengurusan persepsi dan juga penasihat-penasihat Perdana Menteri yang lemah membuatkan kerajaan sentiasa diserang bertubi-tubi dengan isu yang tidak dapat diuruskan dengan baik.

Lebih mengejutkan lagi apabila penasihat-penasihat Perdana Menteri ini sendiri yang turut terpengaruh dengan dakwaan pembangkang dan mengeluarkan kenyataan yang tidak seiring dengan aspirasi kerajaan.

Dengan ketiadaan sebarang petunjuk daripada kerajaan, amat sukar bagi penyokong kerajaan baik di lapangan ataupun di media maya untuk mempertahankannya. Malah ada yang di antaranya akibat tiada penerangan yang baik dan jelas, turut terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang.

Jangan salahkan mereka kerana mereka gagal faham dan termakan hasutan pembangkang. Sebaliknya salahkan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penjelasan dan juga penasihat-penasihat kerajaan yang gagal bertindak sebagai penasihat, sebaliknya sebagai punahsihat.

Anwar Bin Ibrahim adalah manusia yang penuh dengan muslihat, tipu daya, sikap buruk dan juga kesalahan yang jelas dan nyata. Tetapi, pengurusan persepsi yang beliau dan juga pasukan beliau miliki, segalanya yang ada pada Anwar Bin Ibrahim dipandang mulia dan baik.

Penipuan terancang akan dapat kalahkan kebenaran yang tidak diurus dengan sempurna.

2 comments:

  1. Kalau itulah kelebihan dan keistmewaan yang ALLAH kurniakan pada Anwar dan disalahgunakan pula untuk hal-hal yang membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan kepada ummah...jadi tak salah rasanya pada ummah yang tak bersalah, memohon juga pada ALLAH agar dihapuskan saja atau ditarik saja kelebihan-kelebihan itu.Semoga diperkenankan.Ammin....

    ReplyDelete
  2. patutnya pada tahun 1998 seblm Tun sack sipeliwat tua tu, trap dia semasa tgh melakukan aksi, bawa 4 saksi, bawa press mcm dia trap mat sabu di hotel perdana dulu. mungkin apa yg berlaku pada hari ini tidak terjadi... tapi apalah daya manusia. Sesungguhnya ini semua adalah ketentuan Allah Maha Besar. Allah telah tunjukkan sedikit demi sedikit kesesatannya dan semoga si peliwat tu sempat bertaubat dan jika benar dia telah murtad biarlah kematiannya penuh kehinaan supaya menjadi pengajaran

    ReplyDelete