Jan 29, 2014

#PRKKajang : Apa Yang Rafizi Merapu Ni?


Antara YB paling kurang kebijaksanaan di dalam Parlimen Malaysia ini adalah Rafizi Ramli. Apa tidaknya bila di dalam Keldaian KeadilanDaily melaporkan tujuan Anwar diletakkan di Kajang adalah untuk pertahan Selangor jika Najib disingkirkan.

Atas logik akal mana yang memerlukan Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk pertahankan Selangor jika Najib tersingkir?

Bukankah lebih baik sekiranya Najib tersingkir, Anwar menumpukan perhatian di peringkat Parlimen untuk mengadakan undi tidak percaya lalu membolehkan parlimen dibubarkan.


AP Pandan yang kononnya Pengarah Strategik PKR, langsung tidak berfikiran strategik apabila memberikan alasan seperti ini.

Pokoknya, walau apa alasan yang Rafizi 'Jambu' berikan, ternyata Anwar perlu bertanding di kerusi Kajang ini adalah kerana masalah dalaman PKR yang memerlukan Anwar untuk menjadi Menteri Besar. Sama ada masalah dalaman itu 'diaturkan' secara strategik oleh Anwar atau tidak, itu kita tidak tahu.

Tak perlulah Rafizi menyalak bagi bermacam-macam alasan tak logik. Gunakanlah Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments:

Post a Comment