Mar 5, 2013

Kempen #SamanKami Versi Papa: Saya Sudah Ulang Silalah Saman! #LahadDatu



DS Anwar Ibrahim sekali lagi telah menipu hidup-hidup rakyat Malaysia apabila beliau berbohong dengan mengatakan tidak ada satu media Filipinapun yang mengaitkan beliau dengan kumpulan pengganas yang menceroboh Lahad Datu tersebut.

#LahadDatu : Perancangan @AnwarIbrahim Semakin Menjadi Realiti


1. Seperti yang telah disebut di dalam banyak blog-blog lain mengenai insiden Lahad Datu ini, nampaknya Ketua Pengganas, Jamalul Kiram III telah menyatakan matlamat sebenar mereka.

2. Seperti yang diketahui bahawa insiden ini diberikan tanggung jawab kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dan bukan ATM jelas menunjukkan bahawa Malaysia tidak mahu kuasa asing campur tangan di Malaysia.

3. Namun begitu, perancangan DS Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari jelas menunjukkan mahu PBB campur tangan agar mendapatkan penglibatan kuasa asing di bumi Malaysia ini.

4. Apabila PBB mula turun ke Malaysia kononnya atas dasar pasukan pengaman, secara tidak langsung mereka telah menempatkan agen-agen asing yang tidak diketahui latar belakangnya bebas bergerak di bumi Malaysia.

#AnwarPenipu : Anwar suruh hentikan campur tangan politik. Yang Tian Chua Tu Buat Apa? #LahadDatu


1. Satu lagi berita hipokrit dan retorik Keadilan Daily sampaikan adalah DS Anwar meminta supaya tidak ada campur tangan politik di dalam insiden Lahad Datu.

2. Namun begitu, sebelum apa-apa pun berlaku, Tian Chua dari parti PKR sendiri telah mencampuri urusan keselamatan negara dengan membuat tuduhan liar pada 1 Mac tempoh hari.


#AnwarPenipu : Anwar Mahu Saman Utusan dan TV3 kerana kaitkan beliau dengan Krisis #LahadDatu


1. Tindakan DS Anwar Ibrahim mengugut untuk saman Utusan dan juga TV3 dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak.

2. Nama beliau yang semakin hari semakin disebut-sebut mempunyai kaitan dengan krisis Lahad Datu akhirnya telah menampakkan bahawa beliau benar-benar terlibat.