Nov 5, 2020

MENGAPA DAP CUKUP ANTI DENGAN DATUK SERI NAJIB?


Dalam sidang hari ini, Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, meminta Perdana Menteri “menyatakan keadaan-keadaan istimewa (special circumstances) seorang bekas Perdana Menteri yang menjadi penjenayah setelah didapati sabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi masih diberikan beberapa keistimewaan seperti pengawal peribadi beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan polis pengiring bermotosikal.” 

Nov 4, 2020

Tolong Jawab: 5 Soalan Najib Untuk Mahathir & 10 Soalan Najib Untuk Lim Kit Siang!


Dato' Sri Najib yang kini bukan lagi Perdana Menteri Malaysia dan tidak tertakhluk kepada etika dan tatacara seorang Perdana Menteri menjadi semakin ganas dengan mencabar Tun Mahathir dan Lim Kit Siang untuk berdebat.

Walaupun cabaran Najib ditolak oleh kedua-duanya, namun Najib telah mengemukakan soalan-soalan debat yang beliau akan ajukan kepada kedua-dua ahli politik veteren tersebut.

Berikut adalah 5 Soalan Najib Untuk Mahathir & 10 Soalan Najib Untuk Lim Kit Siang!

Nov 3, 2020

Mahathir: 22 Bulan Tak Sempat Buat Apa-Apa?


Mahathir: 22 Bulan Tak Sempat Bantu Rakyat Tetapi Sempat...

  1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL.

Perikatan Nasional Tiada Kejujuran Politik



Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mestuarat MKT dua kali dalam masa seminggu. 

Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking. 

Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat  berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata.

Ada pihak mempersoalkan kenyataan terbaru Muhyiddin kerana baru sekarang cuba merasionalkan kenapa darurat perlu. Apakah perlu darurat untuk mengelak PRN Sarawak dan PRK Batu Sapi?

Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.