Sep 2, 2018

Peguam Negara Mengaku Kalah Ketuai Kes Dato' Sri Najib



Bagi saya Peguam Negara adalah seorang yang tidak berintegriti dalam mengendalikan Kes 1MDB.
1. Kertas-kertas siasatan masih BELUM dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara oleh SPRM ataupun pihak polis.
2. Apabila terima, Jabatan Peguam PERLU kaji dan menyediakan kertas pendakwaan.
3. Ini bermaksud TIADA kertas pendakwaan yang kononnya sudah tersedia semasa zaman Gani Patail seperti mana dicanang-canang oleh Tun Mahathir sewaktu kempen PRU14 yang lepas.

4. Ayat yang terakhir “komitmen kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia” seolah-olah telah menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan.
5. Proses mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan dengan mencari kebenaran yang sebenar dan bukannya untuk menghukum.
P/S: Kempen Pakatan Harapan yang dikepalai Tun Mahathir telah meyakinkan sebilangan besar pengundi bahawa Dato’ Sri Najib benar-benar melakukan jenayah. Maka tidak salah saya nyatakan bahawa Kerajaan PH terbentuk hasil fitnah yang MAHA dasyat!


1 comment: