Jan 8, 2018

Pakatan Harapan: Pembangkang Paling Teruk Di Dunia!


Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membuktikan kepada dunia bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling teruk di dunia.

Sejak tertubuhnya parti pembangkang utama sekitar 60-70 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin daripada parti-parti ini layak untuk menerajui pembangkang dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada blok pembangkang.

Begitu juga dengan PKR, PAN dan PPBM yang merupakan serpihan daripada parti besar di negara ini yang turut tidak dapat menampilkan calon untuk memimpin negara ini yang lahir daripada kilang mereka sendiri.

Yang mereka tampilkan sebagai 'harapan' mereka adalah individu yang lahir daripada kilang UMNO iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Selama mana parti-parti ini tertubuh dan menjadi pembangkang di negara ini adakah mereka tidak dapat menampilkan seorang calon yang lahir daripada kilang mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri sendiri.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang melahirkan pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya parti pembangkang yang lain!

Sikap dan sifat hipokrit Pakatan Harapan juga terbukti apabila meletakkan Tun Mahathir; individu yang mereka kecam selama mana beliau bersama UMNO sebagai pemimpin paling korup di Malaysia dan mengamalkan pemerintahan secara diktator sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Di mana pegangan DAP dan PKR selama mana sebelum ini meletakkan asas perjuangan mereka untuk menentang Barisan Nasional dan UMNO kerana kebencian mereka terhadap sifat, sikap dan perilaku Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun?

Perlu diingatkan berulang kali bahawa asas perjuangan PKR adalah menentang kezaliman Tun Mahathir kerana kononnya beliau telah menganiaya Anwar Ibrahim dengan memfitnah, mengasari dan memenjarakan Anwar Ibrahim sekitar era reformasi dahulu.

PKR itu sendiri ditubuhkan kerana menentang Tun Mahathir.

Dan kini, isteri kepada individu yang 'dibogelkan' oleh Tun Mahathir, kini boleh berdakapan dan berkongsi meja demi mendapatkan keuntungan politik masing-masing.

Dengan berlakunya dakapan seperti ini, secara jelas PKR sudah tidak releven lagi untuk menjadi sebuah parti politik yang terus menerus memperjuangkan keadilan kerana ketika ini, mereka sendiri sanggup mengenepikan keadilan mereka demi mendapatkan kuasa politik untuk memerintah negara.

Begitu juga dengan DAP terutamanya pemimpin de-facto mereka iaitu Lim Kit Siang yang selama ini konsisten menentang Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan korupsi, salah laku, dan menindas hak asasi manusia.

Lim Kit Siang sendiri yang mengepalai beberapa tuntutan terhadap salah laku Tun Mahathir terutamanya mengenai insiden Mamali, Kes Forex, Perwaja Steel, PKFZ dan pelbagai lagi salah laku Tun Mahathir yang terkenal.

Dengan keputusan Pakatan Harapan menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang sekaligus telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan merupakan parti pembangkang yang paling teruk di dalam sejarah Malaysia dan barangkali di dunia!

Hipokrit, tiada integriti dan tidak mempunyai prinsip perjuangan merupakan sifat terbaik untuk menggambarkan Pakatan Harapan ketika ini.

Nukilan: Bekas Pejuang Reformasi 1998

17 comments:

  1. .....sebelum konvensyen , Mukhriz jual saham OPCOM Rm25juta

    ReplyDelete
  2. dah kenyang ..jual la sikit........anak bini mengketedarah harta yg tujuh keturunan tak habis....lepas tu pura pura berlagak maksum....

    ReplyDelete
  3. Janji jangan jadi macam orang tua degil bodoh. Parti dacing pegang kerajaan selama 60 tahun banyak makan rasuah, konon tak suka Cina padahal banyak bagi cina masuk projek kerajaan. Banyak bagi projek kepada si bodoh dan si bodoh sub kepada kontraktor cina. Tapi si tua bodoh masih juga sokong Parti Dacing. Orang tua elok la kau mati cepat. Menzalimi anak-anak muda bakal mewaris negara. Dalam kubur nanti kau jawab la, kena libas sampai hancur tulang tua bodoh kau tu.

    ReplyDelete
  4. Tolong gali lubang besar dan tanam blog Islam 1% bangsat melayu UMNO-PAS awak Atua buang dalam tandas!!... Tolak Kepala Otak Hang!! Terima ini sebagai ajaran ALLAH tulin bukan buatan UMNO-PAS-Sultan_Agong Govenor IS Islam Bangsat Negara!!

    ReplyDelete
  5. kerajaan yang berasadkan sentimen fitnah tak kekal lama

    ReplyDelete
  6. Ada berbagai agenda dalam kepala Pakatan Haprak

    1.SiDAPigs nak jadi Malaysia sebagai republik...Malaysian Malaysia,hapus hak bumiputera dan islam...nak ja di Malaysia Negara secular dan liberal

    2.SiPKR lapar kuasa,dah lama sangat mengidam nak jadi PM..sanggup buat apa saja asal cita tercapai,peduli apa dengan maruah agama dan bangsa

    3.SiPAN kaki tumpang semangkuk je,suka jadi barua,kena pulas telinga takpa...asalkan dapat sikit habuan,kuah dan tulang takapa...

    4.SiBUNGA...Kaki opotunis..selalu nampak peluang...maruah tergadai tak apa asalkan tembolok penuh...

    ReplyDelete

  7. tak payah dok meroyan terimalah kekalahan dengan hati terbuka,bukan soal dari mana pemimpin tu,tak ingatkah apa yang sedang terjadi kleptokrasi bukan dari pemimpin pembangkang dulu,ini semua datang dari kilang UMNO,perompak,perogol,pembunuh,penzalim,penipu,najib perompak,isa samad penyamun dari kem UMNO bukan kem pembangkang, p.ramli kata eloklah bapa disana tu penyamun dan yang satu lagi tu perompak,elok penyamun lawan perompak,sebab tu kami pilih mahathir yang tahu selok belok pemimpin umno utk dijatuhkan,mudahan mahathir buat kerja baik selamatkan malaysia dari perompak umno.apa masalah...

    ReplyDelete

  8. umno sebuah entiti haram sejak diharamkan pada 1988,memerintah msia selam 60 tahun sejak merdeka merosakkan negara,melahirkan pemimpin yang bejat mentekedarah wang negara sejak dulu lagi hingga kini ,hutang negara terkumpul 1 trillion untuk diwarisi anak cucu bangsa msia,ini parti paling teruk dalam dunia sekarang sudah nak mampuih terus dari persada politik tanah air,mampuih kau celaka umno...

    ReplyDelete
  9. Fantastic site, I could definitely go to your web page once more…acquired some really nice info

    ReplyDelete
  10. How excellent article you have published . A lot of thanks guy for this post shared .

    ReplyDelete
  11. Thank you so much for sharing this blog with us, it is really amazing valuable and informative.
    Logistics Company in Delhi

    ReplyDelete
  12. HP help customer printer support namely HP Printers Support. The experts team helpline this support 24x7 available.


    HP Printer Customer Service Number

    ReplyDelete
  13. If you are in the initial phase and just bought our Norton security software and feeling difficulty in the installation process due to technical problem then you can call us for the support at our Norton phone number customer service. We are providing our Norton Customer Service number 1800-382-3046 to our customers.

    ReplyDelete
  14. hp is one of the most trusted brand in the world.Reach our hp customer support team for getting quick assistance from the team of professional experts.Get instant solution at hp support phone number is available 24*7 in usa.
    HP Customer Service
    HP Customer Service phone number
    HP printer support number
    HP Support number

    ReplyDelete