Sep 3, 2018

Jika BN Lakukan Apa Yang Kerajaan PH Lakukan...


Jika Barisan Nasional melakukan hatta separuh daripada apa yang Kerajaan PH lakukan pada hari ini nescaya tunggang terbalik dunia diperlakukan oleh barisan kepimpinan PH serta penyokong mereka.

Pelbagai jenis himpunan berdemonstrasi dilakukan, pelbagai makian, cacian, cercaan dilemparkan.
Media Barat pula serba lengkap melapor segala yang berlaku kononnya demokrasi terbunuh, terkubur di Malaysia.
Karangan berjela-jela dari ibu susah, anak pelajar susah dan sebagainya juga akan bertebaran di ruang legar maya termasuk Whatsapp!
Mana hilang mereka yang tuntut itu ini di bumi Malaysia ini?
Dah mati semuanya kah?!
Ini hipokrasi tahap tinggi.
Dulu mencemuh kini mereka lakukan juga.
Adakah kita mendiamkan diri sahaja?
Mengakulah...
Mengakulah kita semua ditipu!

No comments:

Post a Comment