Sep 3, 2018

Isu SST : Ketua Pengarah @KastamMalaysia Wajib Letak Jawatan!



Berita yang disiarkan oleh MalaysiaKini pada 13 Mac 2018, sebelum kejatuhan Kerajaan BN telah menyiarkan bahawa Ketua Pengarah Kastam mengatakan bahawa untuk kembali ke sistem lama (SST) adalah tidak masuk akal!

Memang benar tidak masuk akal pun kerana Malaysia adalah satu-satunya negara di dalam sejarah peradaban manusia yang kembali menggunakan sistem kuno setelah melangkah setapak ke hadapan dari sudut pelaksanaan sistem percukaian era moden.


Namun, pada hari ini, setelah terlaksananya, Ketua Pengarah Kastam yang dahulunya hebat mempertahankan GST kini hanya akur terhadap Kerajaan PH mengenai pelaksanaan SST.

Yang mana betul ni wahai Ketua Pengarah Kastam?

Kenyataan anda yang dahulu betul ke atau kenyataan sekarang yang betul?

Jika salah satu tak betul, anda tidak layak untuk menjadi Ketua Pengarah Kastam!

Dahulu kata laksana GST lebih telus dalam mengutip cukai, kini jangka ruang ketirisan lebih kecil bawah SST!

Seluruh dunia sudah mengatakan bahawa GST lebih efisien! Yang tidak efisien adalah jabatan di bawah kepimpinan kamu yang gagal melaksanakan dasar serta polisi yang telah diwartakan!

Kelemahan jabatan kamu mengakibatkan sistem yang baik gagal mendapat pelaksanaan yang baik!

Letak jawatan sahajalah!

No comments:

Post a Comment