Apr 2, 2017

Serangan Propaganda Media Singapura Melalui Rancangan #OKChope



1. MediaCorp 5 telah menerbitkan rancangan terbaru mereka OK Chope yang sesuka hati mereka mempersenda Perdana Menteri Malaysia.

2. Ini merupakan satu lagi bentuk serangan propaganda media Singapura terhadap negara kita akibat daripada pelaburan yang rancak yang dijalankan di Malaysia.

3. Kaedah ini tidak ubah sepertimana yang digunakan oleh US dan Israel dengan menggunakan media untuk memomokkan penonton agar terpengaruh dengan propaganda mereka.

4. Sebagai contoh, setelah China mengubah polisi pelaburan mereka sehingga menjadikan mereka gergasi kewangan dunia, media barat terutama melalui rancangan televisyen dan media sosial sering memaparkan kemunduran mentaliti negera China dan penduduknya.

5. Pelbagai sisi buruk yang ada diantaranya dianggap kolot oleh Barat, dipaparkan seperti sikap rakyat China yang kononnya tidak peduli tentang kebersihan, Kerajaan China yang autokratik sehingga menghukum rakyat negara mereka dengan zalim dan pelbagai lagi perkara lain yang dijadikan bahan ketawa.

6. Singapura yang mana ekonomi negara mereka dikawal sepenuhnya oleh firma dari US dan Israel ini turut menggunakan kaedah yang sama untuk menyerang negara Malaysia.

7. Atas akibat tiada bahan berita yang sahih untuk diterbitkan, maka mereka menggunakan platform rancangan lawak untuk menyampaikan mesej jahat mereka agar dapat mempengaruhi orang ramai dan apabila bahan lawak mereka menjadi tular, boleh mempengaruhi pelabur luar terhadap negara Malaysia.

8. Seperti yang semua sedia maklum, dua negara yang mempunyai kekuatan ekonomi yang terkuat di dunia telah membuat pelaburan mega di negara Malaysia iaitu China melalui pelbagai projek logistik dan Arab Saudi melalui projek RAPID Pengerang.

9. Kedua-dua industri ini merupakan sumber kewangan terbesar buat negara Singapura yang bergantung kepada industri loji penapisan minyak fosil dan industri logistik yang membabitkan perkapalan dan perlabuhan 'entrepot'.

10. Kedua-dua industri ini kini sedang diancam oleh pelaburan oleh dua negara tersebut yang boleh menjadikan Malaysia sebagai alternatif yang lebih murah berbanding Singapura.




11. Pelaburan mega oleh China juga telah banyak diulas oleh pakar ekonomi serantau mengenai 'hukuman' yang sengaja dikenakan oleh China kerana beberapa faktor tertentu akibat daripada polisi Singapura sendiri yang mendokong US berbanding China. (Baca di sini)

12. China yang banyak melabur di dalam industri perlabuhan dan jaringan keretapi mempunyai potensi untuk mengalih pusat logistik perdagangan dari Singapura ke Malaysia, menjadikan kebanyakan syarikat perdagangan untuk memilih berhenti di Malaysia berbanding Singapura.

13. Barangan dari timur dunia seperti China kini tidak perlu memilih untuk berhenti di Singapura, malah boleh menggunakan perkhidmatan keretapi kargo terus daripada negara mereka, berhenti di Malaysia kemudia barulah bersambung kembali menggunakan kapal kargo untuk menghantar barangan ke negara di sebelah barat.

14. Sudah tentu ekonomi Singapura boleh terjejas akibat perkara ini.

15. Begitu juga dengan projek RAPID Pengerang.

16. Peranan industri penapisan minyak yang dijalankan di Singapura kini boleh diambil alih oleh RAPID Pengerang tidak lama lagi.

17. Atas ancaman ekonomi yang bertali arus oleh Malaysia, maka Singapura kini hendak bertindak balas melalui pelbagai kaedah dan antaranya adalah menggunakan media untuk mempengaruhi pemain industri dunia.

18. Tidak mustahil juga sabotaj ekonomi yang disebut oleh Perdana Menteri yang dijalankan oleh pemimpin politik pembangkang turut didalangi oleh Singapura.

19. Sebelum ini apabila Malaysia memperoleh kapal selam Scorpene, pihak pembangkang terutamanya Nurul Izzah kerap mendesak kerajaan melalui sidang parlimen untuk mendedahkan spesifikasi kapal selam ini.

20. Bukankah pendedahan ini akan mengakibatkan negara luar mengetahui rahsia pertahanan Malaysia dan sudah tentulah Singapura merupakan negara yang tersangat ingin tahu mengenai kelengkapan terkini pertahanan Malaysia.

21. Ini adalah kemungkinan sebenar mengapa media Singapura memilih untuk menyerang negara Malaysia dengan menjatuhkan kredibiliti dan maruah Perdana Menteri Malaysia.

22. Mediacorp merupakan syarikat milik Temasek Holdings dan sudah tentunya Temasek ini merupakan syarikat milik penuh kerajaan Singapura.

23. Blogger Cucu Tok Selampit mengulas tentang apa yang MediaCorp 5 dan rancangan terbitan mereka OK Chupe lakukan. (Klik di sini)

1 comment: