1. Apabila YAB Perdana Menteri merasmikan Residensi Kerinchi, sebuah pangsapuri moden 18 tingkat bagi menggantikan perumahan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi, saya lebih tertumpu kepada nasib 35 keluarga yang tidak mahu mengikuti program ini akibat termakan hasutan daripada ahli parlimen mereka, Nurul lzzah.
2. Saya bersimpati kerana mereka terlepas peluang yang tidak akan datang kembali ke dalam hidup mereka.
3. Saya menerima maklum bahawa ada yang diberikan perumahan PPR oleh kerajaan dan ada juga yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
4. Projek Residensi Kerinchi ini adalah bukti jelas keprihatianan kerajaan terhadap rakyat walaupun di dalam kawasan parlimen pembangkang.
5. Bayangkanlah sebuah rumah flat yang usang satu bilik telah yang mana ketika itu dinilaikan sekitar RM50,000 kini telah dibangunkan kepada bangunan moden tiga bilik lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang, padang futsal dan pelbagai lagi kemudahan dan dinilaikan sehingga hampir RM 500,000.
6. 10 kali ganda daripada nilai asal.
7. 35 keluarga yang tidak mahu mengikuti program ini diberikan pampasan RM93,000 sahaja dan jika dibandingkan dengan apa yang mereka bakal dapat sekiranya masih bersabar mengikuti program ini nescaya RM93,000 tersebut ditolak mentah-mentah tanpa berfikir panjang.
8. Nurul lzzah, individu yang bertanggung jawab menghasut 35 keluarga ini tidak merasai apa yang mereka lalui setiap hari tinggal di flat usang ini.
9. Atas dasar politik keterlaluan, perkara yang baik sebegini telah dimanipulasikan unutk menggambarkan kekejaman kerajaan sewaktu hendak menawarkan projek pembangunan semula ini.
10. Bukan sekali tetapi dua kali Nurul lzzah telah menafikan penduduk Lembah Pantai kemajuan yang mereka patut miliki.
11. Kali pertama merupakan sehari sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang mana Nurul lzzah telah memfitnah calon Barisan Nasional, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik yang menyebabkan Datuk Raja kalah pada pilihanraya tersebut.
12. Penduduk Lembah Pantai kehilangan seorang pemimpin baik yang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
13. Apa yang mereka dapat hanyalah seorang ahli politik pembangkang yang jarang-jarang turun kawasan menjenguk rakyat dan tidak mampu untuk membawa apa-apa pembangunan dan kemajuan kepada Parlimen Lembah Pantai.
14. Datuk Yasran Hussein, pemaju bagi projek ini telah menceritakan kronologi kisah penentangan pembangunan Residensi Kerinci ini.
"Dalam kes Kg Kerinchi, kami sebagai developer sudah menjelaskan dan memujuk mereka.
Jumlah keseluruhan pemilikan adalah 456 unit. 370 telah bersama kami maka 86 masih belum buat keputusan/menentang.
Usaha-usaha memujuk dan sesi penerangan terus dilakukan.
Akhirnya 51 pemilik bersetuju untuk join pembangunan menjadikan jumlah besar pemilik yang bersetuju adalah 422 maka baki 35 menentang.
Ingat lagi suasana di bilik perbicaraan.
Seorang Puteri (Nurul lzzah) hadir bersama kumpulan 35 dan seorang lawyer NGO Melayu. Kami bersalaman dan sempat minta izin untuk memujuk kali terakhir.
Beliau tidak menghalang sambil menjelaskan bahwa kehadiran beliau sekadar untuk memberi semangat dan support
Semangat dan Support apa? Saya tak pasti.
Yang pasti Akta Pengambilan Tanah ini kuat, dan belum ada kes yang melawan menang.
Lawyer Melayu yang mewakili kumpulan 35 tidak faham atau buat-buat tak faham.
Kami terangkan berkali-kali, Pengambilan Tanah tidak boleh dilawan. Yang boleh lawan hanyalah jumlah pampasan.
Apabila hakim/Pentadbir Tanah menjatuhkan hukuman pampasan iaitu sebanyak 73 ribu.
Maka menitis air mata kami. Kami telah gagal untuk menyakinkan kumpulan 35 ini.
Namun terdengar suara "lawan tetap lawan"
My partner En Hadi telah bangun dan minta izin Pentadbir Tanah untuk bercakap.
Sambil mengalir air mata, beliau telah merayu minta kumpulan ini bersama dgn kami utk dapat unit bernilai 500 ribu atau ambil cash offer sebanyak RM 142 ribu.
Si Puteri (Nurul lzzah) masih berdiam.
laungan Lawan Tetap Lawan terus berkumandangan.
Yes lawan tetap lawan.
Tapi hanya boleh Lawan jumlah pampasan dengan memasukkan borang N iaitu borang menerima dengan bantahan.
Saya difahamkan Lawyer yang konon- kononnya NGO pejuang bangsa dah buka file dan mengenakan bayaran 3000 utk setiap kes. 3000x35=105 ribu.
(malahan di peringkat permulaan Si Lawyer ada bertanya aku tentang conveyancing)
Lawan punya lawan akhirnya Mahkamah tinggi memutuskan penambahan RM 20 ribu bagi setiap pemilik menjadikan jumlah pampasan adalah RM93 ribu untuk setiap seunit.
Memang sedih mengenangkan peristiwa ini.
Saya bukan nak berpolitik tapi lebih utk menceritakan perkara yang sebenar.
Memang kami telah dituduh Penipu dan Pengkhianat Bangsa namun apa yang berlaku rasanya adalah sebaliknya.
Sebagai pejuang rasanya kepentingan Bangsa itu adalah lebih tinggi dari kepentingan Politik.
Usaha untuk menjadikan 456 pemilik Rumah Pangsa Flat 4 Tingkat telah gagal apabila 35 orang dari mereka telah mengikut nasihat orang-orang yang berkepentingan.
Si Puteri (Nurul lzzah) hanya diam dan mengikut saja kata-kata nasihat Tuan Lawyer.
Walhal beliau sebagai seorang yang berpendidikan tinggi rasanya boleh baca akta ini dengan jelas.
Sekali lagi, saya bukan nak berpolitik tapi apa yang berlaku telah berlaku.
Kumpulan 35 hanya dapat pampasan sebanyak RM 93 ribu dan menyewa rumah PPR Muhibbah milik DBKL berbanding 422 yang menerima hartanah berpemilikan bernilai lebih RM 500 ribu.
Moga peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran yang berguna buat semua tak kira Parti Politik.
Akta Pengambilan Tanah adalah amat kuat dan ia tidak kira Parti.
Kalau tuduhan ia hanya untuk kerajaan BN kenapa Kenapa Kerajaan PKR Selangor menggunakannya di Flat PKNS Jelatek.
Betul setiap orang mempunyai hak bersuara dan membuat pilihan sendiri demi demokrasi tetapi apa yang terbaik adalah fakta.
Jikalau dalam senario sebaliknya di mana si Puteri (Nurul lzzah) menyarankan untuk menerima apa yang terbaik over and above concept Demokrasi.
Agak-agak Kumpulan 35 ini terima atau tidak?
Rakyat biasa tidak faham Game Politik.
Kumpulan 35 ini lebih terdorong lawan tetap lawan (sehinggakan aktivis Adam Adli dan gang di import untuk buat huru hara).
Fikir-fikirkan lah....
Nasihat saya, sebagai rakyat biasa game politik bukanlah permainan kita tetapi akibatnya kita yang tanggung. Ini terbukti apabila Kumpulan 35 orang telah terlepas peluang untuk jadi 1/2 Millionaire..
but for Politician it is already a calculated risk and they gained some how or rather through the game they created i.e si Puteri menang dan jadi YB di Parlimen.
Fakta tetap fakta, usaha yang dibanggakan sekarang ini adalah usaha YBhg Datuk Seri Utama Raja Nong Chik dan Kerajaan Barisan Nasional."
15. Yang rugi akhirnya adalah Bangsa Melayu sendiri akibat mantra "LAWAN TETAP LAWAN' yang dilaungkan oleh mereka yang kini telah tertipu dengan Nurul lzzah.
16. Saya percaya Nurul lzzah berkemungkinan besar tidak akan bertanding semula di Parlimen Lembah Pantai semula dan akan mencari kawasan baru yang mana beliau boleh memanipulasi pengundi di situ.
17. Berhati-hatilah dengan manusia yang bernama Nurul lzzah ini.
MEKASIH pd. YAB PM Orang Asal/Indigenous/Bumiputera Islam/Melayu tercinta kita, YAB DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak serta PEMAJU yg. berINTEGRITI/PEMURAH mcm. ni ke atas projek "Kondo" utk. memBANTU rakyat BUMIPUTERA MISKIN/SEDERHANA kita di KPG. KERINCI kita ni!
ReplyDeleteHarapnya "maintenance" TAK akan diREMEHkan SELAMAnya termsk. penjagaan KOLAM RENANG & dibiaqkan PEKERJA2 ASING menDOMINASI & tinggal sampai 10-15 org. satu flat di masa akan dtg.! Begitu juga, mulai sekrg. SETIAP projek PERUMAHAN RAKYAT MISKIN/SEDERHANA mesti disediakan KEMUDAHAN2 KOMUNITI ASAS spt. TAMAN2 LUAS (termsk. utk. aktiviti berBASIKAL/berSUKAN), SURAU2-VAN2 JENAZAH/DEWAN-BAS2 KOMUNITI-yg. CANGGIH (utk. segala jenis MAJLIS & AKTIVITI SOSIAL termsk. KENDURI KAHWIN) serta tpt. LETAK MOTOSIKAL juga yg. berBUMBUNG (yg. sering diABAIkan)!
Tok Landak.
Nota: 34 PENDUDUK tu patutnya SAMAN si BETINA SUNDAL amat CELAKA PKRHOMO KURAP tu - kerana diTIPU bulat2! Ada tak PEGUAM pro-BONO yg. PRIHATIN atas nasib MANGSA2 PENIPUAN si PKRHOMO KURAP ni?