34 tahun yang lalu sewaktu di dalam sidang Parlimen, ahli parlimen Bukit Katil, Lim Kit Siang dengan secara tegasnya telah mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai skandal BMF dan juga pembunuhan penolong pengurus BBMB, Jalil Ibrahim.
Lim Kit Siang turut membacakan 10 kenyataan atau tuntutan pengundi pilihanraya kecil Seremban 19 November 1983.
Berikut adalah 10 Kenyataan/Tuntutan tersebut:
Inilah kenyataan rakyat Seremban mengenai skandal BMF yang
diterima sempena pilihanraya kecil Seremban. Ketetapan rakyat mengenai skandal
BMF: Seremban
"Kami, rakyat Seremban yang
berhimpun di Dewan Rekreasi China Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 11hb November,
1983 di rapat umum bantahan skandal BMF memutus untuk membuat kenyataan yang
berikut untuk diterima dan disahkan oleh pengundi-pengundi Seremban pada hari
membuang undi pada 19hb November, 1983.
Kami, rakyat Seremban:
(1) Mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya skandal pinjaman
$2,500 juta ringgit Bumiputera Malaysia Finance di Hong Kong yang telah
disifatkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, sebagai satu
"jenayah yang menjijik" dan satu "pengkhianatan amanah";
(2) Melahirkan rasa paling terkejut apabila meskipun skandal
$150 juta ringgit Bank Rakyat telah berlaku dalam akhir tahun 1970an, ia tidak
menjadi satu pengajaran kepada institusiinstitusi dan agensi-agensi Kerajaan
termasuk syarikatsyarikat dan anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan
seperti Bank Bumiputera dan BMF hinggakan sekarang kita menghadapi skandal BMF
yang 20 kali ganda lebih serius dari Skandal Bank Rakyat.
(3) Merakamkan rasa marah bahawa skandal BMF yang melibatkan
jumlah wang yang begitu banyak sejumlah $2,500 juta akan melemahkan dengan
seriusnya pembangunan sosio-ekonomi rakyat Malaysia semua kaum oleh kerana wang
sejumlah $2,500 juta ringgit bolehlah disamakan atau digunakan untuk perkara-perkara
berikut:
(a) la boleh menampung perbelanjaan pembangunan bagi seluruh
negeri Negeri Sembilan untuk lebih 12 tahun;
(b) la boleh digunakan untuk menubuhkan 100 buah universiti
lagi berasaskan kepada peruntukan permulaan sejumlah $27 juta ringgit yang
diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa untuk tahun 1983;
(c) la boleh digunakan untuk membina 125,000 unit rumah kos
rendah dengan hanya $20,000 bagi setiap unit, atau 2 unit rumah kos rendah
untuk setiap 60,000 pengundi di Seremban;
(d) la boleh digunakan untuk menggandakan Pasukan Polis di
negara ini dengan menaikkan gaji mereka sebanyak 50%, dan selepas berbuat
demikian, masih akan tertinggal lebih kurang $1,500 juta ringgit;
(e) la boleh digunakan untuk membangunkan tanah seluas
150,000 hektar lagi untuk menempatkan sekurang-kurangnya 30,000 peneroka;
(f) la boleh digunakan untuk membangunkan malah membina
semula Seremban beberapa kali ganda.
(4) Mengisytiharkan hak untuk mengetahui rakyat Malaysia
terhadap segala cerita mengenai skandal BMF dan menolak sebarang usaha untuk
menutup skandal kewangan, dan bank yang paling terbesar yang berlaku di dalam
sejarah Malaysia;
(5) Menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja
untuk mengadakan penyiasatan awam secara menyeluruh ke dalam skandal BMF dan
memberikannya kuasa untuk menyiasat kekurangan tanggungjawab dan kecuaian serta
penyelewenganpenyelewengan bukan sahaja pegawai-pegawai Bank Bumiputera tetapi
juga Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri serta
Kabinet;
(6) Menggesa Perdana Menteri memperkotakan janjinya di dalam
Pilihanraya Umum 1982 untuk mengadakan satu pentadbiran yang "Bersih,
Cekap dan Amanah" serta janji beliau sebelumnya untuk 'menghukum sesiapa
sahaja yang berasuah'—dengan menubuhkan dengan serta-merta sebuah Suruhanjaya
Siasatan Di Raja untuk menyiasat skandal BMF yang seharusnya dianggotai oleh
rakyat Malaysia yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan yang tidak celah yang
boleh mendapat keyakinan penuh masyarakat seperti Ketua Audit Negara, Tan Sri
Ahmad Noordin, Presiden Mahkamah Perusahaan, Hakim Harun Hashim, Presiden
ALIRAN, Dr Chandra Muzaffar, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Encik
S.M. Mohd. Idris, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin, bekas Ahli
Parlimen Pembangkang, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Presiden Persatuan Graduan Selangor, Encik Gurmit Singh
dan pendita Professor Syed Hussein Alatas;
(7) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF
seharusnya mengkaji perhubungan "Mastermind" Carrian, George Tan,
dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia, sama ada setaraf Menteri atau bekas
Menteri, oleh kerana tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan mempercayai
bahawa hanya beberapa orang pengarah dan pegawai BMF akan mengkomitkan pinjaman-pinjaman
sejumlah $2,500 juta di Hong Kong kepada 3 buah syarikat tanpa kelulusan
golongan atasan politik, oleh kerana jumlah ini adalah 5 kali ganda jumlah
modal dan simpanan syarikat induk BMF, iaitu Bank Bumiputera;
(8) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu
seharusnya mengkaji bagaimana skandal $2,500 juta BMF itu akan menjejaskan
dengan teruknya saham-saham Amanah Saham Nasional yang dipegang oleh seramai
1.3 juga orang bumiputera disebabkan syarikat induknya, Permodalan Nasional
Berhad, memegang 80% saham dalam Bank Bumiputera;
(9) Mencadangkan
bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu seharusnya mengkaji sama ada
Malaysia menghadapi lebih banyak masalah-masalah yang sama yang dicipta dengan
keruntuhan kumpulan Carrian, seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi
Executive Bank Bumiputera, Tan Sri Kamarul Ariffin yang menyatakan bahawa 3
atau 4 masalah seakan-akan masalah Carrian semakin muncul di Malaysia dalam
tahun 80an; dan
(10) Mendesak supaya orang yang bertanggungjawab ke atas
$2,500 juta skandal tersebut didakwa dan dihukum tanpa mengira taraf atau
pengaruh mereka kerana kita tidak boleh menerima kewujudan satu "jenayah
yang menjijik" tanpa penjenayah-penjenayah.
Kerajaan hendaklah menerima keputusan rakyat Seremban yang
diputuskan dalam pilihanraya kecil tersebut serta menyahut seruan supaya satu
Suruhanjaya Siasatan Di Raja diadakan ke dalam skandal BMF.
Tetapi malangnya pada hari ini, Lim Kit Siang telah mempertahankan pula Tun Mahathir bahawa tiadak ada apa-apa yang baru mengenai laporan CIA tersebut.
Jelas ini menunjukkan sikap hipokrasi seorang pemimpin DAP yang lidah bercabang sejak dahulu lagi. Lim Kit Siang hanya akan mempertahanklan satu-satu isu sekiranya terdapat kepentingan politik bagi dirinya.
Kini apabila Tun Mahathior bersamanya, apa jua skandal yang pernah Lim Kit Siang tuduh semuanya telah diampunkan.
Ini adalah hipokrasi tahap tertinggi seorang manusia!
Tun perlu habiskan sisa² kehidupan dgn tenang ..
ReplyDeleteGrreat blog
ReplyDelete