Dec 25, 2012

#TolakPR : @TeresaKok Menipu Rakyat Selangor Lagi!



1.Teresa yang telah kalah teruk pada pemilihan CEC DAP baru-baru ini telah memetik artikel daripada Free Malaysia Today yang bersifat memanipulasikan dakwaan tentang isu air Selangor.

2. Dengan menggunakan tajuk posting 'Bekalan air cukup sehingga 2030', secara tidak langsung mahu menepis dakwaan pelbagai pihak termasuk Syabas dan Puncak Niaga sendiri yang kini berlakunya krisis bekalan air terawat di Selangor.

3. Tetapi di dalam artikel tersebut, LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) menyatakan bahwa bekalan air mentah cukup sehingga tahun 2030.

4. Permasalahan yang utama tentang Krisis Air Selangor ini bukanlah soal bekalan air mentah, tetapi bekalan air terawat, pada mana kapasiti hampir kesemua loji rawatan air di Selangor telah beroperasi pada kadar lebih daripada optimum dan sudahpun pada kadar maksimum.

5. Permasalahan ini telahpun diterangkan di 2 artikel sebelum ini.
6. Sudah berkali-kali dibangkitkan dan diketengahkan oleh semua pihak yang menasihati Kerajaan Negeri Selangor tentang Krisis Air yang bakal dihadapi, tetapi Menteri Besar Selangor bersama konco-konconya tetap berdegil dan berkeras kepala mengatakan bahawa air di empangan cukup sampai bila-bila!

7. Masalahnya sebenar terletak di Loji Rawatan Air yang sudah beroperasi pada tahap maksimum dan tidak dapat membekalkan air terawat secukupnya kepada rakyat.

8. Kemudahan yang ada cukup pada tahun 2008, tetapi dengan pertambahan penduduk dan juga perkembangan industri yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa menyebabkan kadar penggunaan air terawat juga meningkat.

9. Kerana itulah diperlukan juga Loji Rawatan Air yang baru. Tolong jangan politikkan isu air ini kerana kelak yang menderita adalah rakyat juga.

10. Loji Rawatan Air yang baru pun memerlukan 2, 3 tahun untuk siap pembinaannya. Jika tidak dilakukan semasa berlakunya keadaan darurat, maka 2, 3 tahunlah baru selesai darurat air tersebut.

11. Exco seperti Teresa Kok seharusnya memberhentikan menipu rakyat. Jangan kerap kali hendak mengatakan air di empangan banyak serta melimpah-ruah. Masalah tetap pada air terawat dan bukannya bekalan air mentah.

12. Sekiranya benar-benar Teresa Kok dan TS Khalid tidak tahu membezakan maka tidak layaklah mereka memimpin kerajaan Selangor. Sekiranya mereka tahu, maka ini adalah satu penipuan dan manipulasi fakta untuk terus mengaburkan mata rakyat negeri Selangor.

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments:

Post a Comment