Nov 29, 2012

#PAU2012 : Laungan Keramat Takbir ALLAHU AKHBAR! Bergema di #PAU2012 @NajibRazak @TunFaisal @RazlanRafii


Wahai orang yang berselimut! 
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. 
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. 
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. 
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
(Surah al-Mudhatthir Ayat 1-7)


1. Persidangan Agung UMNO pada hari ini telah bergema dengan laungan keramat takbir selepas ucapan dasar Presiden.

2. Laungan keramat ini memang tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan UMNO yang sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan kesucian agama Islam semenjak daripada penubuhan parti itu 1946.

3. Kini setelah 66 tahun berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air, rakyat kini dapat menyaksikan bagaimana semangat juang UMNO tidak pernah luntur ataupun pudar.



4. Seperti yang diperkatakan oleh Ustad Rujhan, seorang penceramah agama dari Kelantan mengatakan bahawa PAU2012 kali ini adalah sangat bermakna dan memilukan apabila setiap ucapan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diakhiri dengan laungan takbir.

5. Ini adalah sangat signifikan kepada UMNO kerana selama ini UMNO lah sebenarnya yang bertindak untuk mempertahankan dan mengembangkan Islam sejak dahulu lagi dan laungan ini adalah laungan keramat yang tidak boleh dipermainkan dengan sewenang-wenangnya.

6. Kerana apabila kita lihat sejak akhir-akhir ini kalimah-kalimah suci seperti kalimah Allah pernah dimainkan oleh kumpuluan-kumpulan ekstremis yang tidak boleh diberikan ruang untuk menggunakannya di dalam negara yang agama persekutuannya adalah Agama Islam.

7. Sekiranya laungan keramat ini, laungan takbir ini dilaungkan di seluruh pelusuk negara oleh setiap  perwakilan apabila pulang nanti, Rujhan yakin bahawa Barisan Nasional khususnya UMNO dapat menpertahankan kedudukannya di peringkat akar umbi.

8. UMNO dan Barisan Nasional juga akan kekal ulung di dalam menterjaui pentadbiran negara.

9. Rujhan berharap agar laungan takbir ini dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi di setiap program, aktiviti, ceramah sebagai satu roh perjuangan yang lebih kental dan menjadi pokok kepada perpaduan dan penyatuan dan bukannya perpecahan.

10. Sekiranya setiap ahli UMNO dapat menghayati laungan ini dengan tafsir, takwil, makrifat dan hakikatnya nescaya UMNO dapat membawa negara menjadi tamadun umat Islam yang boleh menjadi pedoman buat negara Islam yang lain.

11. Jangan lupa pula sewaktu Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, laungan azan yang pertama di atas bumi merdeka ini dilaungkan oleh Uztad Hassan Azahari.

12. Laungan keramat takbir inilah mengisi roh perjuangan kemerdekaan seperti yang diperjuangkan oleh UMNO sehingga kini.

13. Mungkin waktu telah melunturkan semangat tersebut namun setiap tahun di persidangan parti keramat ini, UMNO setiap kali itulah semangat ini disuntik kembali. Dan kini lebih dari tahun-tahun yang lain, lebih dari zaman-zaman yang lain, semangat roh kemerdekaan ini adalah yang paling bermakna.

14. Perjuangan UMNO mempertahankan kesucian agama Islam, memperjuangkan nasib bangsa dan meneruskan kemerdekaan tanah air kini diancam dengan sehebat-hebatnya oleh golongan yang ingin menggunakan kuasa terakhir yang dimiliki oleh orang Melayu ini.

15. Jangan suatu hari nanti, orang Islam terpaksa meminta izin dari kaum lain, agama lain untuk melaksanakan syiar Islam.

11. Takbir!

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum hak Untuk Bersuara.

No comments:

Post a Comment