Nov 29, 2012

#PAU2012 : Cubaan Membunuh @NajibRazak : Deepak sebagai 'alat' pembangkang mengalihkan tumpuan.



1. Kenyataan Husam yang dikeluarkan di Harakah dan MalaysiaKini berkenaan kenyataan Deepak merupakan satu cubaan untuk membunuh DS Najib Tun Razak.

2. Husam secara langsung telah menyebut bahawa UMNO mempunyai pilihan untuk melepaskan DS Najib bukan dilihat sebagai saranan tetapi sebagai hasutan yang merbahaya.

3. Isu Altantuya yang telahpun selesai di mahkamah sepatutnya tidak patut menjadi pokok perbincangan. Tindakan Deepak boleh dilihat sebagai menghina keputusan mahkamah serta menyimpan maklumat berhubung kes mahkamah.

4. Dan lebih menarik lagi apabila masa yang dipilih untuk kononnya Deepak mendedahkan penglibatan langsung DS Najib dan keluarga sangat berkebetulan dengan #PAU2012.



5. Kemudian Husam pula mengaitkan bahawa ini adalah politik dalaman UMNO yang ingin membunuh DS Najib sebelum pilihanraya.

6. Malah, Husam dan blog-blog pembangkang turut membuat spekulasi bahawa Tun Mahathir yang bertanggung jawab mengarahkan Deepak untuk membuat pendedahan tersebut.

7. Tidak dapat disangkal lagi bahawa propaganda pembangkang dapat dibaca kerana mengikut secara tepat taktik propaganda yang disediakan oleh Parti Republikan US.

8. Taktik 'Attack the head and the body will fall' adalah taktik propaganda yang mula digunakan oleh Yahudi dan Israel dan ditambah baik oleh US. Serangan propaganda ini mestilah fokus kepada pemimpin tertinggi sesuatu organisasi tersebut.

9. Dengan serangan bertubi-tubi tanpa henti serta membabitkan ahli keluarga DS Najib adalah untuk mencemarkan imej moral dan kepimpinan beliau.

Siapa Deepak?

1. Deepak ini adalah seorang penjual karpet berumur 40 tahun. 

2. Beliau membuat pendedahan ini kononnya kerana kontrak beliau dengan kerajaan dibatalkan oleh DS Najib atas desakan daripada DS Rosmah.

3. Deepak telah membuat ugutan bahawa beliau akan mendedahkan lagi kes Altantuya dan bertindak untuk menyaman DS Najib.

Analisa

1. Sekiranya dikaji dengan teliti, Deepak sebenarnya membuat 'omong' kosong sahaja atas dasar kekecewaan beliau.

2. Kontrak perjanjian daripada pihak beliau tidak pernah dilepaskan kepada mana-mana media serta laporan polis pun tidak pernah dibuat.

3. Ugutan-ugutan beliau hanyalah ugutan kosong dan tidak membawa apa-apa makna. Dan sekiranya beliau ingin membawa kes ini ke mahkamah sepatutnya yang dibawa adalah nama syarikat yang beliau ingin saman tersebut dan bukannya nama UMNO itu yang keluar.

4. Dengan menggunakan sebutan UMNO sempena Persidangan ini adalah taktik sengaja yang ingin mengaitkan keburukan itu dengan UMNO. Kes belum dibicarakan tetapi persepsi awal telah dibentuk.

5. Ini adalah taktik biasa yang dibina oleh pembangkang dengan mengenakan suatu sudut persepsi sebelum sesuatu kes dibacarakkan. Apabila mahkamah tidak menyebelahi mereka, maka mahkamah tidak adil dan seterusnya mengatakan UMNO korup.

6. Seperti dijangka, pemimpin dari pihak pembangkang akan kutip isu ini dan akan membuat spekulasi sendiri yang kononnya bersifat neutral dan akademik walaupun hujahnya tidak logik.

7. Husam dengan tidak segan silu terus menuduh ini adalah hasil daripada pihak 'dalaman' UMNO sendiri. Malah beliau turut menyebut nama Tun Mahathir dan kononnya atas percaturan Tun, Deepak membuat pendedahan ini.

8. Ini adalah satu lagi percubaan lemah Husam kerana Tun secara konsisten telah menyokong kepimpinan DS Najib sejak daripada dahulu lagi.

9. Sengaja disebut nama Tun Mahathir kerana hampir separuh kem yang menyokong kepimpinan DS Najib adalah daripada mereka yang menyokong Tun Mahathir.

10. Niat Husam bukanlah untuk melagakan antara DS Najib dan Tun kerana mereka berdua sedar tentang situasi sebenar.

11. Sasaran Husam adalah di peringkat akar umbi yang tidak sedar akan perkara ini. Pertelingkaan di akar umbi adalah tujuan Husam mengeluarkan kenyataan tersebut.

12. Langkah ini dianggap terdesak kerana hari ke hari populariti DS Najib semakin meningkat dan ini merisaukan pihak pembangkang.

13. Walau apa sahaja yang khilaf dilakukan oleh DS Najib akan dibesarkan dengan sebenar-benarnya dan jika mereka tidak jumpa apa-apa kesalahan maka mereka akan 'mencipta' kesalahan tersebut.

14. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah permainan persepsi dan bukannya benar-benar kerana menegakkan keadilan.

15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum hak Untuk Bersuara!

No comments:

Post a Comment