Nov 3, 2020

Ice / Batu / Syabu Dadah Paling Cilaka Pemusnah Anak Bangsa.


Banyak pengalaman aku tempuh disebabkan ice ni. Tak ada istilah "biar kita bawak dia, jangan dia kawal kita." bullshit tu semua ayat nak cover line nak menghalalkan cara dengan perbuatan bangsat tu. Sekali kau sedut najis ni, selama itu lah kau melangkahkan kaki kau dalam lembah kehidupan paling membangsatkan.

Kalau kau jumpa orang yang membela perilaku perbuatan hisap batu / ice / syabu ni kononnya najis ni tak memudaratkan, tak payah kau layan, tu semua ayat nak menangkan diri sendiri, kalau tak dia dah jadi tahi batu, kompom memang terjebak dengan najis ni. 

Lama aku nak menulis hal ni, tapi aku tahan sebab jaga perasaan kawan² yang kaki. Tapi hari demi hari, macam² benda musibah terjadi disebabkan najis ni. Sorry kalau korang terasa. Yang mana ikut aku lama, korang tau lah macam mana aku palang najis ni. 

Aku menulis bukan atas atas cerita mulut orang, tapi aku sendiri dah melalui kisah bangsat yang berlaku depan mata kepala aku sendiri yang berpunca dari najis ni. 

Ada yg meniaga helok bertahun² tapi baru 2 bulan terjebak dah tutup kedai terus, gaji pekerja tak bayar, duit customer buat rolling benda lain, job masuk tapi bertangguh lama. Ending sama, kedai tutup, bercerai berai, hutang keliling pinggang, jadi taik batu terus jadi taik mesin. 

Ada yang abaikan tanggungjawab, anak isteri dijadikan mangsa keadaan, jadi punching bag, sewa rumah bil api air tertunggak. Culas dalam memberi nafkah. Paling bangsat sampai terjadinya haruan makan anak. 

Anak jadi biadab dengan orang tua sendiri. Sampai ada yang bergaduh dengan bapak sendiri bila ditegur. Dan paling celaka sampai bunuh bapak sendiri disebabkan kerosakan otak dan gagal berfikir dengan kewarasan akal. 

Yang terbaru, high sebab ice, memandu kereta melulu macam setan, sehingga mengorbankan nyawa insan yang tak bersalah. Kerana ice, ada anak² isteri yang hilang tempat bergantung. 

Yang jadi taik batu, tapi poket tak berapa nak tebal, terpaksa menyamun meragut semata² nak buat modal supaya kepala kekal berisi. 

Betul, ajal maut rezeki jodoh tu ditangan Allah. Tapi apa guna dikurniakan akal yang waras kalau tak mampu membezakan baik dan buruk. Ada yang kata, batu ni cuma asbab bagi setiap musibah yang berlaku, hakikatnya takdir dah tertulis. Betul. Memang tepat. Bab tiba² jadi pakar agama mengalahkan ulamak ni memang AAA lah puak ni, hanya untuk menegakkan benang yg basah. Tapi ada akal gunakan, jangan mengakal orang lain. 

Ada yang kata, dah terjebak, tak boleh reverse, susah kalau dah jadi taik. Itu semua alasan je. Semuanya dalam hati. Makhluk tak ada daya upaya, kalau betul nak berubah, kuatkan hati, mintak pada Dia. 

Nescaya Dia akan kabulkan dan permudahkan. Pokok pangkal adalah hati dan minda.

Aku harap kalau ada sahabat yg masih tegar, berhentilah. Kalau ada sahabat yang ada ahli keluarga yang terjebak, nasihatkanlah. Bagi dia semangat dan dorongan. Supaya cekal untuk meninggalkan dunia penuh kehancuran ni. Kalau semangat xjalan, sebat kan aja dengan beluti 2*4. 

Anak² gadis kita pun ramai dah terjebak dengan gejala ni. Fun² dengan kawan², tong² modal, check in hotel, lepak hotel isi kepala sampai berat. 

Ada yang pakej sampai gadai body. Aku sendiri pernah menyaksikan anak gadis helok bertudung tapi dengan bangga tanya kawan² kat mana boleh dapatkan barang. Sampai sanggup korban maruah kalau xcukup modal.

Kebanyakan mereka jadi tak keruan, halusinasi, mula nampak bayang², dengar bisikan suara² halus (bermain dengan monolog sendiri). Tahap kritikal jadi panas baran dan amuk tak tentu hala. Yang mana kahian di negara luar dah mengesahkan, syabu ni merupakan dadah yang mampu mengubah penagih menjadi lebih aggresif. 

Mak bapak tolong alert, budak sekolah sekarang ramai terjebak dah. Benda boleh hisap dalam bilik tanpa bau. Kalau anak terperap dalam bilik xnak keluar, mula perhatikan. Kalau ade anak yang mula tak tidur sampai 3 hari tu, suruh makan pun xnak, kacip tak ingat, berwaspadalah makcik pakcik, tu antara tanda² penggemar najis ni.

Banyak kesan akibat pengambilan dadah jenis batu ni, memang dengan kepala hati jadi batu. Keras susah nak bentuk. Emosi tak stabil. Panas baran tak meenentu. Kalau tengah high tu, kau bagi ape kerja kat dia, mmg tekun dia buat sampai xsedar dah 5 jam dok lipat baju yg sama tak berganjak ke baju lain. Tu contoh. Ada jugak yg bengap suruh gosok body kereta, berjam jam masih gosok fender je sampai nampak besi bila kau tegur, mula dia gelabah cakap tak rata lagi ni bos. Kepala bana dia. Kalau diperingkat awal, senang nak ubah, kalau dah tegar jadi taik ni, tunggu hidayah je lah jawabnya.

Satu je pesan, kalau dah jadi taik batu, xpayah la jadi penunggang agama nak bercerita hal² ketuhanan kerohanian padahal hanya kerana menerima wahyu bisikan halusinasi batu ni.

Pesanan paling penting kepada sahabat di luar yang pernah mengambil ice ni dan dah berjaya membebaskan diri daripada perangkap maut ni,dah berjaya cuci tangan, kalau ada sahabat atau kaum keluarga sekeliling kau yang masih tegar tu, nasihatlah, bagi semangat utk berhenti, jadikan diri kau sebagai contoh dan semangat untuk mereka sama² berhenti. 

Semoga Bermanfaat.

Sumber: Roslan Ismail

No comments:

Post a Comment