Oct 30, 2020

1st Wave Covid-19 : TSMY Berjaya Tangani Dengan Baik


Pelbagai spekulasi hari ini seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditukar ganti dengan parti lain sememangnya stiuasi yang kurang menyenangkan bagi rakyat terutamanya.

Namun seperkara yang perlu kita perhalusi adalah kejayaan beliau memimpin negara ketika baru beberapa hari memegang tampuk kepimpinan negara dan dalam keadaan negara sememangnya tidak bersedia langsung menghadapi serangan wabak ini.

Pelbagai langkah serta strategi diatur dan digunapakai untuk pastikan rakyat Malaysia terutamanya terselamat daripada terus menjadi mangsa serangan Covid-19 yang tidak mengenal rupa, pangkat dan warna kulit.

Di saat negara sedang berhadapan saat genting, kerajaan faham akan kegusaran rakyat. Perdana Menteri faham akan keadaan ini dan tampil dengan gaya bersahaja mengumumkan pelbagai inisiatif bantuan untuk rakyat. Semua peringkat rakyat mendapat perhatian daripada kerajaan ketika itu.

Sehinggalah di saat angka kes positif Covid-19 yang dinantikan rakyat ketika itu menjadi satu digit dan mengurangkan keresahan rakyat. Ini adalah fakta yang mana kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak seiringan dan dalam masa yang sama tidak terlalu terikut dengan keadaan politik yang tidak sihat.

No comments:

Post a Comment